Utusan Malaysia atau Utusan UMNO – apa masalahnya

Kenapa riuh dengan Utusan Malaysia. Kalau benar pun Utusan Malaysia adalah Utusan UMNO apa salahnya? Kalau sudah tahu bahawa Utusan Malaysia tidak akan membuka ruangan terbuka untuk pembangkang dan akan menyokong UMNO maka – itu adalah hakikat. Bila pembangkang mahu mencabar Utusan Malaysia – NGO Pro UMNO dan Pemuda UMNO Malaysia mempertahankan – maka itu sudah jelas milik UMNO. Apa perlu semua pihak berselindung – memang Utusan milik UMNO dan tidak payah pembangkang pura-pura terkejut dan membantah. Kalau media Internet dan tabloid lain ada yang cenderung kepada pembangkang maka Utusan Malaysia adalah milik UMNO pasti cenderung pada UMNO.

Apa yang perlu kita lihat adakah Utusan Malaysia mendapat imuniti terhadap apa sahaja berita yang mereka siarkan? Maka kalau ada imuniti tersebut maka kerajaan harus bersikap lebih adil untuk menghentikannya. Namun kalau media pembangkang boleh menyalurkan perang saraf dan makluman yang tidak sahih – apa pula salah kalau Utusan Malaysia merangka strategi untuk memenangkan UMNO. Ini adalah hakikat dan janganlah kita membesar-besarkan isu ini – Utusan Malaysia adalah suara kerajaan BN dan itu adalah hakikatnya.
Namun adakah Utusan Malaysia berjaya dalam usaha mereka untuk memenangkan UMNO atau akhirnya Utusan Malaysia berjaya membuat BN dalam keadaan yang lebih kritikal lagi. Itu satu persoalan lain yang perlu dijawab oleh pakar-pakar penganalisis media yang ada. Kita katakan dengan jelas – Benar Utusan Malaysia cenderung kepada UMNO dan lebih dari itu tidak sehaluan dengan pembangkang maka Utusan Malaysia mengambil prinsip sebagai suara kerajaan BN – salah ke?
Jadi menyedari hakikat itu maka penerimaan harus dibuat oleh mereka dari pembangkang dan kita sebagai rakyat Malaysia. Media Utusan Malaysia adalah milik UMNO dan itu bukan satu yang menjadi rahsia – oleh itu apa kata pelayar semua

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 7:39 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III