750 sertai perhimpunan Global BERSIH di Melbourne

Melbourne Bersih 2.0Ketika polis mengawal ketat Kuala Lumpur, rakyat Malaysia di seluruh dunia mengadakan perhimpunan masing-masing menyokong tuntutan BERSIH untuk pilihan raya yang bebas dan adil.

Perhimpunan itu dilaporkan berlangsung di 30 bandaraya.

Di Melbourne, Australia, peserta perhimpunan di Federal Square mencecah 750 orang, lapor tweet terkini Bersih Oz Twitter.



Perhimpunan itu bermula kira-kira jam 9 pagi waktu tempatan dengan kira-kira 30 orang membawa plakad menyokong pilihan raya bebas dan adil serta menyanyikan lagu 'Negara Ku'.

Menjelang tengah hari, semakin ramai menyertai perhimpunan tersebut, dengan topeng Ambiga diedarkan untuk dipakai oleh para peserta.

Melbourne Bersih 2.0"Topeng Ambiga kini diedarkan, kita semua Ambiga!" tulis satu tweet.

Semasa di Perth, Australia, 150 rakyat Malaysia dilaporkan berkumpul 
di hadapan menyanyi konsulat Malaysia, manakala 300 lagi berhimpun di Dewan Bandaran Sydney sekitar jam 2 petang.

Di Adelaide, kira-kira 150 orang menyertai perhimpunan menyokong BERSIH di bandar tersebut.

Sementara itu di New Zealand, perhimpunan dilaporkan bermula di Christchurch, di Universiti Canterbury sekitar jam 10.30 pagi waktu tempatan.

Di Seoul, kira-kira 30 rakyat Malaysia mengadakan perhimpunan itu 
serentak dengan di Malaysia yang berdepan dengan tembakan gas pemedih mata dan meriam air.

Bersih Korea"Kami menuntut pilihan raya yang bebas dan adil. Bebaskan semua tahanan," laung peserta perhimpunan itu di persimpangan Gwanghwamun di tengah-tengah bandaraya Seoul (kiri).

Memakai baju-T kuning, mereka - kebanyakannya pelajar Malaysia dan pekerja yang tinggal di ibu negara Korea Selatan itu - membawa kain rentang dan bergilir-gilir menyampaikan ucapan menuntut pembaharuan pilihan raya di Malaysia.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 11:21 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III