Polis: Baharuddin mati akibat komplikasi jantung..Polis jadi Doktor.....Doktor jadi Polis..ha.ha..ha..!!!


Polis mendakwa kematian Baharuddin Ahmad, seorang pemandu teksi berusia 59 tahun yang menyertai perhimpuan Bersih 2.0 semalam adalah akibat komplikasi jantung dan bukannya berpunca daripada gas pemedih.

Sehubungan itu, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata polis menafikan bahawa kematian Baharuddin berpunca daripada sebarang tindakan mereka.

“Kematian ada tetapi kematian itu tidak ada kaitan dengan tindakan yang diambil polis dan sebagainya, doktor yang merawatnya mengesahkan bahawa kematian mangsa berpunca daripada komplikasi jantung,” katanya dipetik Bernama Online.

Amar juga memberitahu bahawa usaha untuk menyelamatkan nyawa Baharuddin, seorang ahli PAS, telah dilakukan oleh pakar perubatan Hospital Kuala Lumpur namun pada pukul 5.30 petang, mangsa gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia.

“Semasa bedah siasat malam tadi pada pukul 11.30 malam oleh pakar perubatan yang berkhidmat bernama Khairul, semasa siasatan mereka mendapati tidak ada kecederaan luar, tidak ada kecederaan atau apa sahaja kecederaan dalaman,” kata beliau.
Amar juga menegaskan tiada sebarang gas pemedih mata atau meriam air digunakan untuk meleraikan perhimpunan semasa Baharuddin berada di kawasan di KLCC.
Beliau berkata Baharuddin melarikan diri ketika polis meleraikan perhimpunan haram tersebut dan menuju ke KL Avenue, dan pada ketika di situlah dia mengalami masalah pernafasan.

“Kerana twitter menyatakan bahawa ia ada kaitan dengan tindakan polis. Siasatan oleh polis, tiada sebarang pemedih mata yang digunakan ketika beliau berada di situ,” katanya.
Amar Singh juga berkata anak Baharuddin iaitu Mohd Nasrul, 22, dalam keterangannya kepada polis memberitahu bahawa bapanya ada memaklumkan mahu pergi ke KLCC untuk menghadiri perhimpunan tersebut dan juga merupakan seorang penghidap penyakit darah tinggi.

Ketika ditanya mengenai dakwaan pihak tertentu yang mempunyai bukti bahawa kematian Baharuddin disebabkan tindakan polis meleraikan perhimpunan, Amar Singh berkata polis bersedia menerima apa-apa bukti berkaitan perkara tersebut.

“Jika anda ada bukti mengenainya, sila tunjukkan kepada kita tetapi polis mengesahkan bahawa mereka tidak ada kaitan dengan tindakan polis seperti gas pemedih mata dan meriam air,” kata beliau.

Dalam kenyataan media yang diedarkan pada sidang media itu, Amar berkata polis menjalankan siasatan kes itu sebagai kes mati mengejut.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 11:06 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III