Cari punca susah dapat bantuan Baitul Mal

musa awang syarie lawyers association pgsmPersatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menegaskan Baitul Mal perlu lebih agresif dan turun padang, untuk mencari punca dan masalah kenapa ada pihak yang susah mendapatkan bantuan daripadanya.

"...(ini) kerana dana yang dipegang oleh Baitul Mal adalah amanah dari seluruh umat Islam yang mengeluarkan zakat," kata timbalan presiden PGSM, Musa Awang.


Katanya, ia ekoran rentetan isu yang disiarkan oleh kebanyakan media berhubung pujukan gereja terhadap umat Islam, untuk menerima bantuan gereja bagi meneruskan kehidupan, lantaran kepayahan
mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitul Mal.

"Dedahan media tentang isu ini boleh menyebabkan kebolehpercayaan umat Islam terhadap institusi Baitul Mal terjejas, dan ditakuti pihak yang akan mengeluarkan zakat akan membelakangkan Baitul Mal," tambahnya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, PGSM menggesa Baitul Mal dan JKM mengkaji semula kaedah mengumpul data dan maklumat masyarakat fakir miskin serta menambahbaik kaedah pengagihan dana kebajikan kepada masyarakat yang layak menerimanya.


"... supaya tidak ada lagi masyarakat Islam yang tercicir, yang akhirnya dipujuk oleh pihak-pihak tertentu untuk menerima bantuan dari gereja.

NONE"Kebenaran dakwaan bahawa ada masyarakat susah menerima dan atau sumbangan dari JKM atau Baitul Mal perlu dilihat dari aspek positif, bahawa masih terdapat kelemahan sistem sedia ada yang digunapakai sekarang," tambahnya.

PGSM, tegas Musa, tetap menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menguatkuasakan undang-undang Syariah sebagaimana yang termaktub dalam Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, serta Enakmen Prosedur Jenayah Syariah Selangor 2003.

"Jika terbukti dakwaan terdapat pujukan dari gereja terhadap umat Islam untuk menerima bantuan dari pihak gereja, maka PGSM menganggap ia satu usaha dakyah dan dakwah terancam yang perlu ditangani segera, dengan menguatkuasakan Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam di Kalangan Orang Islam," katanya.

ads

Ditulis Oleh : Reduan 64 Hari: 11:51 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III