Arahan tutup mulut dikeluarkan pada SYABAS

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan media berhubung operasinya tanpa kebenaran daripada kerajaan negeri, kata menteri besar.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sebarang pengumuman hanya boleh dibuat selepas sesuatu perkara dibincangkan dalam mesyuarat harian antara SYABAS-kerajaan negeri yang akan bermula minggu depan.

"Ini termasuk pengumuman berkaitan catuan atau gangguan bekalan," kata Khalid selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Shah Alam hari ini. Katanya, kerajaan negeri juga menguatkuasakan sebagagian daripada perjanjian antara kedua-duanya yang membenarkannya memantau operasi SYABAS. Sementara itu, dalam kenyataannya hari ini, Khalid berkata, Jawatankuasa Pemantauan SYABAS yang dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri akan mengeluarkan kenyataan akhbar setiap hari selepas selesai bermesyuarat dengan SYABAS.
Katanya, langkah itu bertujuan memaklumkan perkembangan terkini tentang status pembekalan dan perkhidmatan air kepada seluruh rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Cara ini juga membuktikan kerajaan Selangor sangat telus dalam menangani isu pembekalan air demi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan yang terbaik dan memuaskan setimpal dengan kadar tarif air yang dibayar," katanya.



Petikan : malaysiakini

PERINGATAN : Malaysia Terjah tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Blog sosial ini. Ia pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab masing-masing sendiri.

ads

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III