Sambil mempertahankan tindakannya mempertikaikan status dua akuan bersumpah yang menurutnya telah dipaksa menandatanganinya dua tahun lalu, Rahimi Osman menegaskan, dia tidak berniat mahu mengganggu kes liwat kedua dilalui Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang.
Bekas pembantu Anwar itu yang dihubungi The Malaysian Insider hari ini berkata, dia hanya mahu membetulkan “kesilapan” yang dia telah lakukan sebelum ini.
“Saya tiada niat untuk mengganggu perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sukan Komanwel: Kami sedar Aricco guna logo Sabah bukannya Malaysia, kata Razali
Dalam acara angkat berat kelas 62 kilogram Selasa lalu, Aricco memakai jersi yang mempunyai logo negeri kelahirannya Sabah bukan Malaysia yang lazimnya digunakan oleh mana-mana atlet negara ketika menyertai temasya antarabangsa.
Pemansuhan PMR, UPSR diumum 'bila-bila masa'
Keputusan sama ada untuk memansuh atau mengekalkan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dibuat pada "bila-bila masa", kata Timbalan Menteri Pelajaran, Puad Zarkashi.
Katanya, pengumuman rasmi berhubung keputusan itu akan dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran.
"Ia akan dibuat pada bila-bila masa sahaja...Sebab (perkara) ini kita tidak perlu buat secara terburu-buru.
"(Kita) perlu buat secara berhati-hati untuk memastikan keputusan yang kita buat itu, adalah keputusan yang terbaik untuk pelajar-pelajar kita.

Mokhtar Mat Saman, aktivis PAS Selayang meninggal dunia
"Manusia mati tinggalkan nama, harimau mati tinggalkan belang". Pepatah yang sinonim bagi seorang yang berjasa dimasa hayatnya.
Perginya seorang aktivis PAS yang telah banyak menabur budi di persada dunia politik perjuangan ISLAM merupakan 1 kehilangan yang besar di kawasan tersebut.
Almarhum Hj. Mokhtar Mat Saman, 65, meninggal dunia semalam akibat sakit jantung, kanser usus dan kencing manis yang dialaminya sejak beberapa tahun yang lalu.

Kita bukan gila jawatan, kata ketua Puteri Umno
Puteri Umno berang dengan kenyataan setiausaha agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor yang menganggap pergerakan itu dan Pemuda Umno seperti tidak bermaya dan ahli mereka hanya ghairah untuk merebut jawatan bagi kepentingan peribadi.
Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata beliau sedih dengan kenyataan itu dan akan menimbulkan rasa tidak puas hati mereka pada mesyuarat majlis tertinggi Umno yang akan datang.
Katanya, adalah tidak adil bagi Tengku Adnan membuat kenyataan umum seumpama itu sedangkan hakikatnya ahli Pemuda dan Puteri melakukan apa yang terdaya mereka untuk parti dan kerajaan.
Katanya, adalah tidak adil bagi Tengku Adnan membuat kenyataan umum seumpama itu sedangkan hakikatnya ahli Pemuda dan Puteri melakukan apa yang terdaya mereka untuk parti dan kerajaan.
Cerita Rahimi menurut versi peguam
Masih banyak yang belum diketahui tentang akuan bersumpah Rahimi Osman yang 'penting' itu, antaranya ia didakwa hanya setebal dua hingga tiga halaman sahaja.
Setelah bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tampil mendakwa dipaksa menandatanganinya oleh dua peguam - Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli – kelmarin, lebih banyak persoalan berbanding jawapan yang timbul.
Dalam wawancara dengan Malaysiakini semalam, Latheefa yang juga ketua penerangan PKR menceritakan semula apa yang beliau tahu tentang proses merangka akuan tersebut daripada mula hingga akhir.
Berikut apa yang terjadi bermula pada 28 Jun 2008, seperti yang diceritakan semula oleh Lahteefa:
Setelah bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tampil mendakwa dipaksa menandatanganinya oleh dua peguam - Latheefa Koya dan Saiful Izham Ramli – kelmarin, lebih banyak persoalan berbanding jawapan yang timbul.
Berikut apa yang terjadi bermula pada 28 Jun 2008, seperti yang diceritakan semula oleh Lahteefa:
Calon Galas: PAS akan solat istikharah
Solat istikharah mungkin menjadi pemutus dalam menentukan calon PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, 4 Nov ini, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun.
Katanya, ini kerana terlalu ramai calon yang berkelayakan dan seimbang yang dicadangkan PAS di peringkat akar umbi sebelum diperhalusi oleh pimpinan tertinggi parti itu.
“Kita percaya solat istikharah yang akan dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan menjadi kata pemutus untuk menentukan calon PAS pada pilihan raya kecil itu,” katanya kepada Bernama ketika melawat kawasan pilihan raya itu di Gua Musang, hari ini.

Tukar sekolah - amaran bagi guru edar risalah ubat seks
Isu displin yang membabitkan pelajar dan guru-guru di sekolah-sekolah di seluruh negara akan sentiasa dipantau kerana iai melibatkan soal integriti pendidikan di Malaysia, kata Timbalan Menteri Pelajaran Mohd Puad Zarkashi.
Sehubungan itu, menurutnya tindakan menukar seorang guru displin sebuah sekolah di Skudai, Johor yang didapati bersalah kerana mengedarkan risalah ubat perangsang seks kepada pelajarnya itu adalah sebagai amaran keras.
Katanya, walaupun ini kesalahan pertama guru berkenaan, namun beliau tetap dihukum dan menjanjikan tindakan lebih tegas sekiranya guru terbabit mengulangi perbuatannya itu.
Katanya, walaupun ini kesalahan pertama guru berkenaan, namun beliau tetap dihukum dan menjanjikan tindakan lebih tegas sekiranya guru terbabit mengulangi perbuatannya itu.
Rasis: Kit Siang kemuka usul ke Speaker Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang menghantar satu usul kepada Speaker Dewan Rakyat untuk membahaskan kes dua guru besar yang mengeluarkan kata-kata rasis dan berbentuk penghinaan kepada pelajar-pelajar mereka Ogos lalu.
Usul di bawah peraturan mesyuarat 18(1) itu telah dihantar kepada Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta Dewan ditangguhkan bagi membolehkan perkara itu dibahaskan memandangkan tiada tindakan disiplin dikenakan ke atas mereka.

PRU 13: Bendera kemenangan Islam diarak dari Perlis ke Sabah
Senario terkini politik tanahair kelihatan panas oleh pelbagai isu yang sengaja di gembar-gembur oleh media arus perdana yang didalangi Umno BN.
Pelbagai berita dan isu terutama isu perkauman dan agama telah dilontar oleh akhbar yang diketuai oleh Utusan Malaysia dan diikuti oleh akhbar-akhbar pengampu BN yang lain yang semuanya mempunyai agenda untuk menghancurkan Pakatan Rakyat.
Umno dan BN seolah-olah sedang mengisytiharkan perang ke atas Pakatan Rakyat dengan menggunakan senjata media iaitu suratkhabar dan tv/radio.

Himpunan generasi kedua Felda 10 Okt
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan mengadakan satu himpunan generasi kedua Felda di perantauan pada 10 Oktober (Ahad) ini di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam.
Majlis akan bermula pukul 8 malam itu akan menampilkan AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu, Mazlan Aliman (Pengerusi Anak), Azman Shapawi Abd Rani (Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat) dan Khalid Samad (MP Shah Alam).

Samy Vellu didesak Tun M atau contohi Keng Yaik
Semacam berpakat, dua pemimpin besar parti komponen Barisan Nasional (BN) memilih hari yang sama minggu lalu untuk mengumumkan pendirian menolak jawatan penasihat kepada parti yang pernah masing-masing terajui. Tanggal 4 Oktober 2010 akan dicatat sebagai salah satu tarikh penting dalam sejarah parti Gerakan apabila bekas presidennya, Tun Dr Lim Keng Yaik memaklumkan keputusannya melepaskan jawatan penasihat parti itu.
Beliau yang menyerahkan kepemimpinan parti kepada Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pada April 2007, berkata tindakan itu ekoran kekecewaannya terhadap kegagalan penggantinya itu mengambil tindakan proaktif menyelesaikan berbagai isu dalaman Gerakan.

Bagaimana Transaksi Wang Haram?
Muqaddimah
Isu ini bukanlah perkara baru di dalam Islam. Ini kerana hal ini juga pernah berlaku pada zaman Nabi saw apabila Saidina Abu Bakar ra merujuk kepada Baginda saw mengenai wang haram yang diperolehinya.ولما نزل قوله تعالي: {ألم * غُلِبَتِ الرُّومُ * فِي أَدْنَى الْأَرْضِ وَهُمْ مِنْ بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ} [الروم:1-3]، كذبه المشركون وقالوا للصحابة: ألا ترون ما يقول صاحبكم، يزعم أن الروم ستَغلب. فخاطرهم أبو بكر رضي الله عنه، بإذن رسول الله صلي الله عليه وسلم، فلما حقَّق الله صدقه، وجاء أبو بكر رضي الله عنه، بما قامرهم به، قال عليه الصلاة والسلام: "هذا سحت، فتصدَّق به". وفرح المؤمنون بنصر الله، وكان قد نزل تحريم القمار بعد إذن رسول الله صلي الله عليه وسلم له في المخاطرة مع الكفار
Elak spekulasi dinasti Lim, Si Pin undur 2011
Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin hari ini mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatannya yang akan berakhir pada hujung tahun hadapan.
Katanya, keputusan itu dibuat demi kepentingan parti di sebalik khabar angin yang mendakwa beliau akan menduduki kerusi presiden.
"Ia kerana teori-teori konspirasi yang menyelubung ahli parti, semua cakap-cakap mengenai membina dinasti...Jika mereka tidak hentikannya, bagaimana kita hendak tarik orang muda menyertai kami?
"Banyak kerosakan yang telah dilakukan terhadap parti dan jalan terbaik ialah supaya saya berundur dari kepimpinan parti,” katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Katanya, keputusan itu dibuat demi kepentingan parti di sebalik khabar angin yang mendakwa beliau akan menduduki kerusi presiden.
"Banyak kerosakan yang telah dilakukan terhadap parti dan jalan terbaik ialah supaya saya berundur dari kepimpinan parti,” katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Galas: Siap sedia hadapi sebarang kemungkinan
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menggesa jentera PAS bagi Pilihan Raya Kecil N45 Dun Galas, menyusun strategi dan gerak kerja dengan kemas berdepan sebarang kemungkinan.
Menurutnya, strategi dan perancangan yang kemas mampu untuk menghadapi sebarang tindakan tidak bermoral parti lawan.
"Saya percaya bahawa kita semua akan dapat menghadapi tindakan tidak bermoral parti lawan nanti dengan kita menyusun strategi dan gerak kerja yang kemas.
"Kita sekali-kali tidak gentar dengan sebarang ugutan yang menjadi mainan parti lawan sejak puluhan tahun," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas suasana beberapa pilihan raya kecil sebelum ini yang menyaksikan banyak tindakan tidak bermoral berlaku sepanjang kempen.

'Ahli Umno tolak NEM sebab tak faham'
Setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, kalangan anggota parti itu belum memahami sepenuhnya Model Baru Ekonomi yang dipelopori presidennya Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kegelisahan yang wujud di kalangan ahlinya terhadap penambahbaikan Dasar Ekonomi Baru, yang dikhuatiri akan menghakis hak dan keistimewaan Melayu.
Namun, tidak ramai di kalangan pemimpin parti yang tampil memberi penjelasan dan mempertahankan buah fikiran presiden mereka – usaha untuk liberasi pasaran dan menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kegelisahan yang wujud di kalangan ahlinya terhadap penambahbaikan Dasar Ekonomi Baru, yang dikhuatiri akan menghakis hak dan keistimewaan Melayu.
Perwakilan Gerakan dakwa cubaan rasuah
Parti Gerakan Pulau Pinang nampaknya sedang dilanda masalah lagi dengan terbaru dakwaan rasuah menjelang mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) parti peringkat negeri itu Ahad ini.
Kumpulan 'Suara Akar Umbi Gerakan' berkata gelaja rasuah wujud menjelang mesyuarat EGM itu yang dipanggil oleh kumpulan itu bagi menyingkirkan pengerusi negeri yang dilantik Datuk Dr Teng Hock Nan.
Pemimpin kumpulan itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Heng, mendakwa Dr Teng telah menawarkan jawatan penyelaras kawasan Parlimen dan Dewan Undangan negeri (DUN) kepada perwakilan bagi meraih sokongan semasa berkempen di kawasan Seberang Perai.
Jawatan penyelaras kawasan diwujudkan oleh BN bagi parti Gerakan yang tewas kerusi Parlimen dan DUN pada pilihan raya umum lepas di negeri itu.

Rebut jawatan: Umno sudah habis ‘oksigen’
PAS berpandangan kekecewaan yang diluah oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dengan pergerakan Pemuda dan Puteri yang dianggapnya seperti tidak bermaya dan hanya ghairah untuk merebut jawatan bagi kepentingan peribadi menandakan parti itu sudah hampir kehabisan 'oksigen' dalam politik. Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, teguran Adnan yang mangatakan masalah itu berpunca apabila mereka yang bertanding merebut jawatan dalam kedua-dua pergerakan itu mempunyai matlamat mendapat jawatan dalam kerajaan. “Sebenarnya penyakit merebut benda ini bukan sahaja dialami oleh pemuda dan puteri, malahan boleh dikatakan sudah melanda kepada semua organ parti. |
'Doktor ayam' tinggalkan MCA, sertai PKR
Pengerusi MCA bahagian Bukit Bintang Datuk Dr Lee Chong Meng mengumumkan keputusan beliau untuk keluar dari parti itu dan dengan rasminya menyertai PKR.
Lee, yang popular dengan panggilan "doktor ayam" berkata beliau sudah menghantar surat perletakan jawatannya dari parti kepada ibupejabat MCA tengah hari semalam selepas beliau kembali dari luar negara.
Lee ketika dihubungi di Kuala Lumpur, semalam berkata pada mulanya memang beliau keberatan untuk meninggalkan parti.
"Namun apabila presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membuat pengumuman yang saya akan digantung keanggotaan atas tuduhan menyalahguna peruntukan kerajaan, saya memutuskan sudah tiba masaya saya tinggalkan parti," katanya.

Mustaffa Kamil: Saya mahu menang bermaruah
Calon timbalan presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub berkata, beliau rela kalah kepada dua lagi pencabarnya Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim daripada mendapat kemenangan secara tidak adil, seperti melalui politik wang dan permainan kotor.
"Kita akhirnya mahu kemenangan yang bermaruah, kemenangan yang berprinsip," katanya naib presiden PKR itu dalam wawancara dengan Malaysiakini di Kuala Lumpur kelmarin.
"Malahan, dalam apa keadaan pun, kita lebih rela kalah kalau kalau akhirnya kita terpaksa menggadaikan prinsip kita (untuk menang), kena politik wang, sogokan dan seumpamanya."
Ini kerana, menurut bekas pemimpin persatuan beliau dan aktivis NGO Islam itu, agenda "politik nilai" - meliputi elemen kesederhanaan, elemen kasih sayang, perpaduan, mengutamakan perkhidmatan dan bercirikan people centric - yang diperjuangkannya lebih penting.
Sebelum itu, Mustaffa menegaskan kepentingan pertandingan yang adil bagi dalam persaingan merebut jawatan parti, khususnya kerusi nombor dua yang turut ditandinginya.
"Kita akhirnya mahu kemenangan yang bermaruah, kemenangan yang berprinsip," katanya naib presiden PKR itu dalam wawancara dengan Malaysiakini di Kuala Lumpur kelmarin.
"Malahan, dalam apa keadaan pun, kita lebih rela kalah kalau kalau akhirnya kita terpaksa menggadaikan prinsip kita (untuk menang), kena politik wang, sogokan dan seumpamanya."
Sebelum itu, Mustaffa menegaskan kepentingan pertandingan yang adil bagi dalam persaingan merebut jawatan parti, khususnya kerusi nombor dua yang turut ditandinginya.
Zunar, Malaysiakini dapat kebenaran cabar KDN
Penulis kartun, Zunar dan Malaysiakini hari ini diberi kebenaran oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (bahagian rayuan dan kuasa khas) untuk mencabar keputusan Kementerian Dalam yang mengharamkan buku kartun 'Perak Darul Kartun' dan '1Funny Malaysia'.
Dalam semakan kehakiman, kebenaran untuk mencabar keputusan berkenaan perlu dipohon kerana ia bukan hak automatik.
Kebenaran itu diberikan oleh hakim Mohd Zawwawi Salleh di kamarnya setelah mendengan hujah kedua-dua pihak - peguam K Shanmuga dan pendakwa raya kanan persekutuan Noorhisham Ismail.
Noorhisham tidak membantah permohonan kebenaran berkenaan.
Shanmuga berkata hakim Zawawi kemudiannya menetapkan 4 November bagi tarikh sebutan kes.
Pada 26 Julai lalu, Malaysiakini dan kartunis Zulkiflee atau lebih dikenali sebagai Zunar memfailkan dua saman berasingan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan dua buku kartun politik.

Tolak budaya 'gay', PAS mahu konsert Lambert dibatal
PAS hari ini mengajak rakyat khususnya penggiat seni dan penghibur tanah air supaya membantu parti itu untuk mempertahankan jati diri dunia hiburan tempatan daripada terus tercemar oleh anasir-anasir luar, lapor Harkahdaily.
Sehubungan itu, Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad mengajak rakyat membantah rancangan terbaru kerajaan mengizinkan Konsert Adam Lambert yang dijadualkan pada 14 Oktober depan.
"Saya yakin rakyat sependapat dengan PAS iaitu hiburan adalah tuntutan naluri manusia dengan ada tatasusila ketimurannya dan tidak menyimpang dari norma-norma agama di Malaysia,” katanya.
Menurut Dr Dzulkefly jika “budaya mencium pemain keyboard lelaki, beraksi lucah antara penari lelaki yang lain yang digayakan oleh penyanyi gay itu” yang mahu dibawa ke negara ini rakyat diyakini akan menolaknya.

In response to the allegation of duress by Rahimi Osman
Press Statement
In response to the allegation of duress by Rahimi Osman
7 October 2010
I wish to strongly state that at no point in time had I ever used any form of duress or undue influence on Rahimi Osman in relation to the statutory declarations that he signed.
At all the material times, I was among several lawyers assigned to prepare witness statements from several potential witnesses, which is a norm in any legal defense. In my several meetings with Rahimi, I was accompanied by another lawyer, Radzlan Jalaluddin to interview him at the party headquarters at Tropicana. We prepared statutory declarations for some of the witnesses including Rahimi which is normal practice and for the protection of the witness as well.