Sidang Kemuncak Wanita-Wanita Pertama hari ini bermula dengan ucaptama oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Seramai 15 Wanita Pertama menghadiri Sidang Kemuncak dengan tema “Anak Hari ini, Pemimpin Hari Esok” yang diadakan buat julung kali, turut dihadiri enam perwakilan Wanita Pertama dan 20 menteri.
Ucapan pembukaan pada kira-kira jam 10 pagi dijadualkan berlangsung di Palace of Golden Horses, Seri Kembangan, dekat Kuala Lumpur, diikuti dengan perbincangan panel yang akan dikendalikan oleh Mishal Husain, dari British Broadcasting Corporation's (BBC).
Konsert: Kerajaan suburkan gejala sosial
Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Ahmad Syazwan Muhammad Hasan berkata, amat mendukacitakan apabila gejala sosial semakin membiak, usaha menyuburkannya digiatkan lagi. Katanya, barah yang ada ditambah lagi dengan racun yang bakal dibawa oleh pemerintah sendiri, iaitu budaya ‘gay’ yang bakal ditonjolkan melalui artis remaja Amerika, Adam Lambert dalam konsert pada 14 Oktober ini di Stadium Putra Bukit Jalil. “Tidak ada guna membina sekolah untuk remaja hamil yang terlanjur (sekolah harapan), ataupun lawatan ke Belgium untuk mendapatkan sistem pencegahan masalah ini sekiranya dalam masa yang sama budaya negatif ini dibawa masuk,” ujar beliau i dalam blognya. |
Penduduk minta benteng dibina lebih tinggi
Beberapa buah rumah di kawasan perkampungan nelayan Kuala Bagan Tiang dalam Dun Titi Serong ditenggelami air beikutan air pasang besar yang naik dan melimpahi tebing yang telah dibina oleh kontraktor sebelum ini.
Salah seorang warga tempatan menjelaskan bahawa benteng penghalang air berhampiran rumah penduduk telah dibina oleh kontraktor yang dilantik membina benteng itu dengan mengabaikan aspek ketinggian yang sepatutnya, diangarkan puluhan rumah menerima nasib yang malang di mana rumah mereka dimasuki oleh air masin serta bau busuk berikutan air pasang yang luar biasa selama 4 hari berturut-turut.

Ibrahim Ali didakwa tidak hormati mendiang Chong
Ahli parlimen pembangkang hari ini membidas Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas), yang dikatakan tidak berdiri dan terus bercakap di telefon ketika Dewan Rakyat bertafakur menghormati pemergian wakil rakyat Batu Sapi, Edmund Chong Ket Wah.
Ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad berkata presiden PERKASA itu tidak sopan dan "sengaja memprovokasi", dan memberi amaran bahawa wakil rakyat pembangkang boleh mengemukakan usul terhadap Ibrahim.
Bercakap di lobi Parlimen, Khalid berkata, seorang rakan MP telah meninggal dan ia hanya satu minit bertafakur sebagai tanda hormat.
Bagaimanapun, katanya, Ibrahim terus duduk dan bercakap dengan kuat di telefon, seperti mahu menunjukkan semangatnya sebagai juara Melayu.
Ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad berkata presiden PERKASA itu tidak sopan dan "sengaja memprovokasi", dan memberi amaran bahawa wakil rakyat pembangkang boleh mengemukakan usul terhadap Ibrahim.
Bagaimanapun, katanya, Ibrahim terus duduk dan bercakap dengan kuat di telefon, seperti mahu menunjukkan semangatnya sebagai juara Melayu.
Generasi kedua jawab fitnah Ahmad Maslan
Generasi kedua Felda iaitu FELDA KAHANG BARAT, terpanggil saya untuk menjawab "FITNAH" daripada Datuk Ahmad Maslan. Terlebih dahulu ingin saya memulakan dengan isu TABUNG TANAM SEMULA yang di wujudkan oleh FELDA. Tidak dinafikan tabung ini memberi manafaat kepada warga Peneroka. Pernah kami merayu kepada FELDA untuk tidak membuat pemotongan ketika HARI RAYA memandangkan ketika itu harga kelapa sawit tidak begitu baik dan rayuan kami tidak dihiraukan. Maka kami adik-beradik menangis kerana tidak dapat pulang kekampung akibat kesempitan wang.
Walupun ada pemotongan untuk tabung tanam semula, bapa saya masih juga membuat "PINJAMAN ASB" di MAYBANK pada tahun 1995 sebanyak RM20,000. Pelik juga saya, bila ditanya kepada ayah apa tujuan dia membuat pinjaman tersebut. Ayah menyatakan ia adalah wang untuk persediaan menampung kos untuk tanam semula kelapa sawit.
Kes bicara kematian Aminulrasyid bermula
Perbicaraan seorang korporal yang didakwa menembak mati seorang remaja berusia 15 rahun, Aminulrasyid Amzah, bermula di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini dan dijadualkan berlangsung selama 11 minggu.
Jenain Subi, 48, dituduh menyebabkan kematian tanpa niat ke atas Aminulrasyid, di Jalan Tarian 11/2 , Seksyen 11, antara jam 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April lalu.

Jangan percaya rayuan Najib, tolak Umno BN
PAS menyeru rakyat Malaysia jangan terima rayuan Datuk Seri Najib Razak supaya rakyat memberi mandat kepada umno BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.
Sebaliknya, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyeru rakyat menggemblengkan tenaga untuk menolak kerajaan Umno BN.
“Ini kerana sudah cukuplah setengah abad, kehidupan rakyat semakin tenat dengan tekanan hidup yang memuncak,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Najib mengajak rakyat berkongsi impiannya untuk menjadikan Malaysia negara kelas pertama bertaraf dunia pada abad ke-21.

Rahimi: Tanyalah Anwar siapa masukkan saya?
Enggan menamakan sesiapa, Rahimi Osman meminta pihak berkenaan bertanyakan sendiri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang siapakah yang membawanya masuk ke pejabat ketua umum PKR itu.
"Ada juga yang tanya siapa bawa masuk saya dalam pejabat Anwar? Jawapan saya, tanyalah Anwar sendiri.
"Yang penting, saya tidak direkrut oleh sesiapa di dalam PKR. Saya dah jadi penyokong parti sejak dahulu lagi," kata bekas pembantu Anwar itu.
Rahimi (kanan) dipercayai merujuk kepada kenyataan Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub semalam yang menimbulkan persoalan yang didakwanya tidak pernah dibincangkan oleh anggota PKR, iaitu siapakah yang membawa Rahimi masuk ke ibu pejabat PKR?

Ku Li yang sebenarnya diuji di Galas
DUN Galas akan mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) dalam masa 60 hari selepas Adunnya Che Hashim Sulaiman meninggal dunia pada 27 September 2010 lalu.
DUN itu mesti diisi dalam masa 60 hari kecuali kekosongan berlaku kurang dua tahun dari tempoh ia matang.
Tentunya PRK itu suatu yang amat sengit justeru Galas adalah satu DUN dalam kawasan Parlimen Gua Musang yang sejak tahun 1955 ia dikuasai Umno/Perikatan masa itu.
Baru sekali dalam PRU 12 kubu kebal Umno Hulu Kelantan dapat ditembusi PAS iaitu di Galas. Maka PRK ini adalah ujian kepada kekuatan kedua pihak iaitu Umno dan PAS, apakah kekuatan Umno sudah mula merosot di kubu Tengku Razaleigh itu atau PAS benar-benar sudah bertapak di situ?

'Dr Ayam' didakwa pernah pukul bekas isteri
Bekas pengerusi MCA Bukit Bintang MCA, Dr Lee Chong Meng, yang sedang berusaha untuk menyertai PKR, terus berdepan dengan bantahan dari ahli parti tersebut.
Dalam satu sidang akhbar hari ini, sekumpulan ahli PKR berkata, antara lain, latar belakang Lee adalah meragukan kerana dia pernah dituduh memukul bekas isterinya.
Ini didasarkan kepada laporan polis yang dibuat oleh bekas isterinya - Liaw Kuei Hsiang pada 2000, yang disertakan dengan laporan perubatan mengenai kecederaan yang dialaminya.
Menurut laporan dalam akhbar harian berbahasa Cina, dokumen tersebut telah diedarkan secara meluas sebelum pilihan raya umum
2008 oleh beberapa pertumbuhan wanita.

Konsert artis 'gay': Pemuda PAS hantar memo bantah
Pemuda PAS hari ini menghantar memorandum bantahan terhadap Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) kerana meluluskan konsert artis 'gay' Adam Lambert.
Menurut memorandum dua halaman yang ditandatangani oleh timbalan ketuanya Azman Shapawi Abd Rani itu, kerana ia bakal membawa "keruntuhan akhlak masyarakat", khasnya di kalngan anak muda.
"Adam Lambert adalah seorang artis yang secara terbuka, bukan sahaja mengaku sebagai gay dan pengamal homoseksual tetapi beliau turut mempamerkan aksi gaynya dengan seringkali mencium dan mengucup penari lelaki serta menggayakan tarian serta aksi lucah bersama kumpulannya," memorandum itu dipetik.
Menurut memorandum dua halaman yang ditandatangani oleh timbalan ketuanya Azman Shapawi Abd Rani itu, kerana ia bakal membawa "keruntuhan akhlak masyarakat", khasnya di kalngan anak muda.
Kepura-puraan Pemimpin BN
"Najib mendakwa dia tidak dapat menyelesaikan masalah perkauman yang kerap ditimbulkan oleh golongan tertentu, terutamanya kakitangan kerajaan. Dia menambah bahawa semasa memerintah selama 22 tahun, Mahathir sendiri mengakui kegagalan menghapuskan masalah tersebut. Rakyat mengetahui dengan mendalam bahawa kenyataan ini bersifat melempar batu sembunyi tangan.
Persoalannya bukanlah boleh atau tidak boleh. Sama ada UMNO atau MCA atau MIC, mereka sebenarnya tidak hendak menghapuskannya hingga ke akar umbi. Semua orang tahu bahawa parti-parti itu ialah parti perkauman dan sayogialah menggunakannya untuk kelangsungan hidup parti masing-masing.

35,000 kes orang hilang memalukan
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa statistik yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahawa kira-kira 21,000 kes dapat diselesaikan daripada 35,000 lebih kes orang hilang suatu yang memalukan, bukan membanggakan.
Khalid mendakwa demikian sebagai respons kepada jawapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di dalam dewan bahawa pihak polis telah menjalankan tugas mereka dengan cemerlang.
"Cara beliau memberikan jawapan dalam dewan tadi seolah-olah beliau bangga dengan pencapaian ini Ini bukan tahap pencapaian yang kita seharusnya rasa bangga.

CAP: Harga rokok patut naik RM30 sekotak
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berpendapat, bagi mengawal tabiat merokok, harganya perlu dinaikkan kepada RM30 sekotak.
Presidennya SM Mohamed Idris berkata, harga produk tembakau itu harus dinaikkan lebih tinggi untuk mencegah orang ramai membelinya.
"Membeli dua kotak sehari masih mampu kepada kebanyakan orang, jadi harga sekotak rokok perlu dinaikkan kepada RM30.
"Rakyat Singapura membayar RM35.40 sekotak dan rakyat Norway RM22," kata SM Mohamed (kiri).
Presidennya SM Mohamed Idris berkata, harga produk tembakau itu harus dinaikkan lebih tinggi untuk mencegah orang ramai membelinya.
"Membeli dua kotak sehari masih mampu kepada kebanyakan orang, jadi harga sekotak rokok perlu dinaikkan kepada RM30.
Tanam semula: Ahmad guris perasaan peneroka
Datuk Ahmad Maslan diminta menghentikan segera pembohongan dan dolak dalik berhubung isu Felda khususnya wang tanam semula kepada peneroka persendirian.
Gesaan itu dibuat Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman merujuk kepada beberapa kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang dianggap bukan sahaja cuba memperbodoh peneroka malah tidak wajar keluar dari mulut seorang menteri.
Antaranya kenyataan Ahmad yang mendakwa kebun peneroka tanam sendiri menjadi hutan, penuh dengan babi, ular sawa, tikus dan kumbang.

Galas: PAS turut senarai calon Orang Asli
Sekurang-kurangnya lima nama telah dikenalpasti untuk disenaraikan sebagai calon PAS di Galas, kata pengarah pilihan raya kecil PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Daripada senarai tersebut, dua nama terdiri daripada kalangan masyarakat Orang Asli dan selebihnya kalangan pemimpin dan aktivis masyarakat tempatan.
"Kesemuanya memang dikenali oleh orang Gua Musang," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini
Beliau bagaimanapun enggan menamakan individu yang disenaraikan itu.
Senarai berkenaan juga belum dibincangkan dalam mesyuarat dewan harian PAS pusat, katanya.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, nama-nama berkenaan dicadangkan bagi memenuhi kemahuan akar umbi.

Sosilawati: PAS persoal lambat selesai siasatan
Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub mempersoal kelambatan pihak-pihak terbabit dalam siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya.
Salahudin ketika mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Parlimen hari ini berkata, kelambatan jelas berlaku dalam siasatan kes ini apabila laporan DNA sendiri belum diperoleh.
"Berdasarkan kepada laporan dan penyiasatan polis, kertas pendakwaan telah pun dikemukakan kepada peguam negara kemudian peguam negara telah menghantar balik kertas sisasatan tersebut untuk tindakan selanjutnya oleh pihak polis.

M'sia disaran gubal Akta Jenayah Sihir
Malaysia disaran agar menggubal Akta Jenayah Sihir bagi membanteras kegiatan jenayah menggunakan ilmu hitam melalui mekanisme perundangan.
Pensyarah Undang-Undang Kolej Antarabangsa Ikip Dr Mahyuddin Ismail berkata, penggubalan akta berkenaan memberikan kuasa kepada pihak yang berkenaan untuk mengambil tindakan berhubung jenayah membabitkan sihir.

Impian Najib suatu pembohongan
Rakyat, khususnya bukan Melayu dinasihatkan supaya tidak terpengaruh oleh impian terbaru yang diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam di Perhimpunan Tahunan Agung MCA ke-57. Demikian peringatan daripada Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Mustaffa Kamil Ayub. Najib, Perdana Menteri berkata, BN mesti disokong pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) supaya Malaysia boleh dipacu menjadi negara kelas pertama abad ke-21 melalui Program Tranformasi Ekonomi (ETP) sekarang. |
Anwar jangan selektif, kata Mustapa
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed menyelar Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) dengan mendakwa ketua pembangkang itu menggunakan data secara selektif untuk memburukkan kerajaan.
Mustapa berkata, walaupun kerajaan mengakui bahawa persaingan global menurun, gambaran sebenarnya tidak seburuk yang digambarkan oleh Anwar.
Antaranya, menurut beliau, Anwar bersifat selektif mengutip pandangan daripada laporan tertentu, antaranya tidak menyebut tentang Buku Tahunan Daya Saing Dunia 2009 oleh Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) tentang keberkesanan kerajaan dan persaingan perniagaan.
Menurut buku itu, Malaysia melompat 10 anak tangga ke tempat kesembilan daripada 58 negara yang dikaji.
Mustapa (kanan) menggambarkan Anwar menggunakan data yang ketinggalan apabila menimbulkan laporan Bank of America Merrill Lynch bukan lepas yang menyatakan Malaysia sebagai pasaran yang tidak digemari daripada 12 negara Asia Pasifik.
Mustapa berkata, walaupun kerajaan mengakui bahawa persaingan global menurun, gambaran sebenarnya tidak seburuk yang digambarkan oleh Anwar.
Menurut buku itu, Malaysia melompat 10 anak tangga ke tempat kesembilan daripada 58 negara yang dikaji.
Mustapa (kanan) menggambarkan Anwar menggunakan data yang ketinggalan apabila menimbulkan laporan Bank of America Merrill Lynch bukan lepas yang menyatakan Malaysia sebagai pasaran yang tidak digemari daripada 12 negara Asia Pasifik.
Rakyat bijak, tidak terpedaya projek segera
Janji kerajaan Pusat bahawa tiada projek segera di Dun Galas sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) membuktikan Umno BN mengakui strategi turun temurun mereka itu tidak lagi mampu memperdaya rakyat.
Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Firdaus Jaafar berkata, rakyat sudah pandai menilai sikap Umno BN yang 'prihatin' kepada nasib rakyat apabila tiba waktu pilihan raya sahaja.
"Rakyat sebenarnya cerdik menilai keikhlasan Umno dan pemimpin mereka kini sedar rakyat tidak boleh lagi dipermainkan dengan janji-janji sebegitu," katanya yang juga Ahli Parlimen Jerai.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed semalam.