Nota Maizawati buat Suami


Masih ingat lagi kepada bekas isteri Ustaz Akhil, Maizawati?. Seperti yang kita sedia maklum beliau telahpun berkawin lain. Malah suaminya adalah lebih muda dari beliau. Jom baca notanya buat suami yang dikirimkan melalui Facebook

Khas Buat Suami Yang Tercinta
Ingatlah masa cepat berlalu tapi jangan pernah kau berubah dan mungkiri serta khianati cinta dan janji sumpah setia kita bersama.
Alangkah perit hidup yg lalu ku tempuhi dan masih segar dlm ingatan akan peristiwa pahit namun kau pernah berjanji dan bersumpah yg kau bukanlah DIA dan tidak akan pernah sama dengan DIA.

Pesta Liar Di Bangsar?


MalaysiaSensasi menerima satu email yang agak dasyat. Di mana, ia merupakan gambar-gambar pesta liar. Menurut sumber email itu, ia merupakan parti liar yang diadakan di sebuah kelab malam di Bangsar - malaysiasensasi.net [sori banyak gambar terpaksa diblurkan..]


Hebat Akhlak Dan Kereta Anak Pemimpin Umno Yang Sama Hebat.

BERITA LAMA DULU-DULU...

PARTI LIAR ANAK VIP 

Semalam kecoh di Hilton apabila Zeta Bar, Hotel Hitlon Kuala Lumpur, Malaysia Darul UMNO telah ditempah untuk sebuah private party.Parti yang dikatakan bermula jam 10.30 malam itu dikatakan adalah parti harijadi anak seorang pemimpin tetinggi Umno.Parti ini juga mendapat liputan meluas apabila ramai orang yang menunggu di lobby Hilton untuk melihat siapa yang hadir ke majlis itu.

Apakah Ahamdinejad Yahudi Seperti Kata-Kata Blog JTR?

Yahudi sebuah agama yang telah lama luput kebenarannya, Taurat bukan lagi kalam Allah azza wa Jalla tapi sebaliknya kata-kata dusta nista rabbi-rabbi yahudi yang lebih suka mengikut hawa nafsu mereka. Membunuh nabi dan rasul adalah hobi mereka, mencerca apatah lagi. Inilah sedikit perangai bangsa bangsat yahudi yang masih berkekalan sehingga hari ini, walaupun nabi sudah tiada, pengikut nabi pula dibunuhnya. Mereka menganggap bahawa bangsa yahudi inilah bangsa pilihan tuhan dan bangsa yang paling tinggi martabatnya berbanding bangsa-bangsa 'goyim' yang lain. Goyim bermaksud manusia lembu yang mana ia disifatkan kepada manusia bukan yahudi. Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal, itulah kerja mereka. Sebab itulah, banyak ayat-ayat di dalam al-Quran, Allah mencerca mereka ini dengan kutukan yang dahsyat sekali.

'Amanat Haji Hadi'..... Kenapa Cakap Jika Takut Berhujah?. ( PART 2 )

'Amanat Haji Hadi' merujuk kepada satu sedutan dari ceramah umum yang disampaikan oleh beliau di Kampung Benggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. Ucapan beliau telah dicetak dalam bentuk poster dan di tampal di dinding markas PAS sekitar tahun tersebut.

Amanat Haji Hadi'..... Amanat Mahathir Vs Amanat Haji Hadi. ( PART 1 )


Keputusan Majlis Fatwa Maalaysia: 
1. Bahawa Amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi adalah -
(a) bercanggah dari segi ajaran Islam;
(b) bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam dan kemuliaan Agamanya; dan
(c) bercanggah dengan prinsip dakwah Islamiah.

Terjaminkah 'Ketuanan Melayu'?

Go to fullsize image
'Ketuanan Melayu', itulah yang sering dilaung-laungkan oleh sesetengah pihak apabila melihat kuasa politik mereka semakin pudar. Yang menjadi mangsanya ialah Raja-Raja Melayu yang kononnya adalah benteng terakhir oramg Melayu di Malaysia.
Siapakah pula yang meliwat, merogol dan menjatuhkan air muka Raja-Raja Melayu pada 1992 sehingga pindaan perlembagaan telah dilakukan. Walau pun orang-orang Melayu telah bangkit menentang pindaan tersebut.

Kereta Mewah VVIP.

Anda meminati kereta-kereta mewah?.
Tak dapat miliki........ dapat naik dah kira nasib baik.
Tak dapat naik........ dapat sentuh pun oklah.
Tak dapat sentuh....... dapat tengok jadilah.
Hanya sekadar cuci-cuci mata sahaja.
4798369617 745b95e6a6 [GEMPAK] Senarai Kereta Mewah Orang Kenamaan(VVIP) di Malaysia

Apakah tujuan sebenar Seekers..... Berkaitan Dengan YAM Siti Aishah..

Go to fullsize imageKebelakangan ini banyak kisah berkaitan dengan balu Yang Dipertuan Agong, iaitu Yang Amat Mulia  Permaisuri Siti Aishah. Mungkin isu ini mempunyai agendanya yang tiada siapa tahu melainkan penulis itu sendiri. Ianya mula  menjadi buah mulut setelah anak kepada penulis terkenal, S.H. Alattas iaituUncle Seekers, mendedahkan hubungan beliau dengan Y.A.M. Permaisuri Siti Aishah, Kejadian tersebut bermula dikediaman S.H.Ahattas di Janda Baik,Pahang.

YAM Pemaisuri Siti Aishah Saman Uncleseeker Dan S.H.Al-Attas.

uncleseekers
Satu saman telah dikemukakan oleh YAM Permaisuri Siti Aishah terhadap Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Uncleseeker dan bapa beliau Syed Hussein Al-Attas seorang penulis yang terkenal dengan ramalan/politik. Writ saman tersebut telah dikemukakan di mahkamah Tinggi Temerloh sebagaimana tertera dibawah ini.

Sumpah Melayu ????


Maka pada 10 Februari 1946, dibaca oleh orang Melayu mengenai sumpah Melayu untuk Melayu. Maka mereka bersumpah bahawa inilah asas keramat orang Melayu untuk terus membentuk tamadun bangsa untuk terus kekal relevan. Hari ini sumpah itu hanya dalam lipatan sejarah. Hari ini sumpah itu seakan di khianati kerana orang Melayu sendiri berfikiran bahawa mereka perlu berubah – berubah dengan kemajuan – berubah untuk meninggalkan – nilai murni bangsa – secocok dengan pembangunan moden dunia dan nilai baru yang sesuai dengan pendidikan moden. Kita bercerita untuk melepaskan sejarah, melanggar sumpah dan terus maju bersama-sama bangsa lain. Kita memilih menukar ketuanan kepada ketuanan rakyat. Ketuanan yang lepaskan hak yang selama ini ada, menjajakan pegangan untuk memperoleh kuasa dan mendabik dada menjadi pejuang politik yang tidak bermakna untuk bangsa itu sendiri. 

Maju Melayu bukan lagi Hidup Melayu

Perubahan perlu pragmatik. Perlu ada arah. Perlu menjanjikan kelainan dan nampak mampu membawa langkah baru dalam memastikan Melayu itu tidak layu dan tidak tertinggal. Wadah yang di harap perlu berani bertindak dan tidak membelakangi hasrat dan menjual hak yang ada demi mendapatkan kuasa palsu yang sentiasa di cengkam oleh kuasa ekonomi. Ini bukan persoalan baru – ini realiti. Kuasa ekonomi dalam zaman kapitalis ini mendahului kuasa politik. Ketuanan bukan diukur dari pegangan kuasa politik tetapi ditentukan oleh kuasa ekonomi. Ini semua kerana kemajuan yang kita harapkan mendahului kemampuan kita mengisi arus pembangunan yang ada. Melayu berada dalam era kemajuan – bukan Melayu itu maju berbanding dengan kaum lain. Ini perlu kita bezakan. Ini seperti penonton bola sepak dengan pemain bola sepak. Melayu hanya menonton kerana pembangunan yang ada belum menyeluruh melibatkan Melayu malah hakikat kita masih jauh ketinggalan itu perlu kita akui. Ketuanan siapa sekarang ini. Ketuanan hari ini milik mereka yang memegang kuasa ekonomi secara kolektif. Mereka yang mampu menukar apa sahaja dengan kekuatan ekonomi. Siapa pemilik ekonomi sekarang ini?

PKR - demokratik atau tidak?

Bersihkan dan lakukan pembasmian perkataan ANTI dalam parti. Nyah mereka yang membangkang dalam parti, hapuskan mereka yang tidak menyokong, ingkar dan tidak mahu sehaluan. Semua harus menyokong, harus setia dan harus mengikuti arus yang ada. Semua tidak boleh menongkah arus – barulah boleh kita lawan untuk demokrasi? Aduh, macam pincang kenyataan di atas bukan?

Kita tidak amalkan demokrasi dalaman, kita amalkan kronisme dan akhirnya kita menyebut usaha kita mahu menyuburkan demokrasi. Adakah cara itu betul? Adakah tidak sepatutnya kita mengamalkan demokrasi kemudian baru kita perluas dan kita suburkannya.

Dr Asri: Ketuanan Melayu sanggah IslamDr Asri: Ketuanan Melayu sanggah Islam

NONEIstilah ketuanan Melayu adalah berbeza dengan hak keistimewaan Melayu kerana bukan semua yang dapat keistimewaan itu lebih mulia atau tinggi dari orang lain, kata mantan mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

“Mungkin seseorang diberikan keistimewaan disebabkan faktor kekurangannya ataupun kelebihannya. Maka, perkataan 'keistimewaan' tidak boleh disamakan dengan ketuanan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Aku benci UMNO – kata seorang penulis blog pro UMNO

ImagePerubahan, transformasi dan reformasi dalam UMNO. Apa itu semua kalau UMNO masih tidak sedar dan masih lagi mengharapkan orang lain untuk melakukan usaha perubahan. Itu orang lain punya kerja. Itu bukan kerja saya untuk membantu penulis blog yang dikategorikan sebagai penggerak utama media hari ini oleh Dato Zaini Hassan, Penolong Ketua Pengarang Utusan Malaysia. 

Penulis blog UMNO yang hadir dalam program yang dianjurkan oleh Kementerian Penerangan di Shah Village Hotel melihat bagaimana penulis-penulis blog handalan UMNO menyuarakan kekecewaan kerana usaha mereka dalam mempertahankan UMNO tidak dipandang oleh kepimpinan UMNO. Yang mengecewakan bagi mereka adalah UMNO menyalurkan bantuan kepada mereka yang salah – tidak menjurus kepada penulis dan pemilik laman blog yang baik dan ramai pembaca. Penyaluran bantuan dibuat oleh UMNO secara membuta tuli – lebih kerana pemberian kepada kronis yang tidak menyumbang tenaga untuk berada di barisan depan mempertahankan UMNO. 

UMNO masih leka sehingga ada “bloggers” yang mengatakan bahawa dia kecewa dan benci dengan perangai sesetengah kepimpinan UMNO yang masih tidak sedar apa yang berada di depan mereka. Kepimpinan ini patut disingkirkan – kerana mereka gagal melihat kedudukan sebenar UMNO dan gagal menyedari hakikat yang ada masa kini.
Program yang sebenarnya mahu membincangkan peranan media arus perdana dan bloggers dalam menuju kepada tuntutan demokrasi yakni pilihan raya menjadi medan untuk bloggers UMNO menyuarakan kekecewaan mereka. Kekecewaan ini lebih memuncak kerana ada kepimpinan UMNO yang dikatakan menyalah salurkan dana bantuan yang sepatutnya di terima oleh bloggers UMNO tetapi tidak. 

Kegusaran bloggers UMNO adalah kapasiti dan kemampuan mereka semakin berkurangan. Mereka terpaksa melakukan kerja-kerja mempertahankan UMNO dengan kedudukan yang daif sedangkan UMNO mampu membantu. Selain dari itu bagi mereka UMNO masih gagal melihat diri, membuat penilaian diri untuk memacu kemenangan. Nasihat demi nasihat diberi tetapi kepimpinan yang bertanggungjawab hanya kaku dan beku. 

UMNO bagi mereka masih tidak sedar. Dalam kemelut suara kekecewaan itu – timbul satu kenyataan kuat oleh salah seorang bloggers – jangan salahkan saya sekiranya akhirnya saya tidak mengundi – kerana saya tidak mahu memberi undi kepada mereka yang buruk – gagal melihat kepentingan perjuangan UMNO secara total, gagal memperakui keperluan  media baru dan hanya mementingkan diri dalam UMNO. Kami bloggers tidak akan menerima kepimpinan tersebut dan seharusnya menjadi tanggungjawab kami membersihkan mereka diri terus memimpin UMNO dan akhirnya merugikan UMNO. 

Program itu rata-rata mengkritik kepimpinan UMNO yang terus menerus leka dan buta IT dalam menzahirkan kekuatan media baru – khususnya di alam siber dan kepimpinan yang tidak mahu mendengar suara akar umbi serta kolektif pendapat yang ada dalam setiap blog pro UMNO. Apa pun keadaan semakin kritikan dan sekiranya sikap dan peranan kepimpinan UMNO masih pasif maka bloggers UMNO ini terpaksa memikul tanggungjawab membersihkan virus dalaman UMNO.

Bekas MPP Keadilan dan calon Angkatan Muda keluar parti ????

ImageBekas MPP Keadilan dan calon Ketua Angkatan Muda Keadilan, Badrul Hisham Shaharin di beritakan akan meninggalkan PKR setelah berhempas pulas memimpin parti itu dan juga menerajui gerakan reformasi. Chegubard yang lantang dalam isu-isu khususnya Altantuya dan amat agresif dalam reformasi jalanan diberitakan akan meninggalkan perjuangan PKR. Sumber mengatakan Badrul telah dijanjikan Anwar Ibrahim jawatan tinggi (merujuk kepada ucapan Anwar Ibrahim pada konvensyen PKR baru-baru ini) dalam Parti Keadilan Rakyat sungguhpun tewas dalam pemilihan Angkatan Muda Keadilan tetapi menolak tawaran tersebut.  
 

Najib-pilihanraya getir

The Star 3hb Disember 2010, Najib memaklumkan bahawa pilihan raya ke 13 nanti merupakan pilihan raya yang amat getir buat BN.  Sungguhpun ada petanda baik untuk BN tetapi ini tidak boleh diambil mudah. Ini akan menentukan kedudukan dan kelangsungan BN dan UMNO sebagai sebuah parti ulung memerintah negara ini. Pesanan ini tidak seharusnya diambil mudah oleh ahli UMNO khususnya kepimpinan UMNO yang dipertanggungjawab untuk memastikan perjuangan BN/UMNO terus unggul. Mereka harus sedia melihat semua kemungkinan dan dalam pertembungan hebat hari ini, kepimpinan yang terperangkap  dalam cara dan budaya lama akan tewas. 

Hari ini masih ada kepimpinan UMNO yang menjadi peneraju perjuangan BN masih terperangkap dalam sistem dan budaya lama bila berhadapan dengan pembaharuan dalam corak perjuangan yang dibawa oleh pembangkang. Kita lihat cara dan pertembungan khususnya dalam isu ketuanan Melayu. Ini adalah satu perangkap yang dilontarkan oleh Pakatan Rakyat kepada BN dan UMNO. Cara kita berdepan dengan isu ini penting agar kita tidak terperangkap dengan keadaan yang ada dalam BN sendiri. 

Kita harus berdepan dengan isu ini dengan lebih baik lagi dan tidak terikat dengan budaya lama serta pemikiran lama. Kita tidak seharusnya membawa perjuangan Melayu ini kepada cara Pakatan Rakyat memperjuangkan isu. Kita turun berdemonstrasi untuk menentang apa yang dibawa oleh Pakatan Rakyat khususnya kenyataan Wan Azizah Wan Ibrahim mengenai ketuanan Melayu tetapi jangan sampai mesej lain di terima oleh gabungan dalam BN dan kaum-kaum lain di negara kita ini. Kita perlu ambil langkah yang lebih berkesan selain dari turun berdemonstrasi. 

Kita perlu sedar – isu kerakyatan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat turut ada sewaktu berdemo. Mereka juga berdemo untuk kenaikan harga dan isu-isu lain minyak dan air. Mereka menyentuh tepat pada rakyat. Kita lihat apa yang akan berlaku dalam senario terdekat hari ini. Mereka akan berdemo untuk mengembalikan hak air kepada rakyat , katanya. Kita pula akan berdemo sebab ketuanan Melayu dan kepincangan kerajaan Negeri Selangor. Dua keadaan yang berbeza – satu lebih spesifik dan satu lain terlampau umum dan tidak menyentuh kemasyarakatan itu sendiri. Kita lihat apa saja yang dibuat oleh Pakatan Rakyat akan mengkhususkan secara dasar kepada rakyat. Dikatakan kerajaan zalim – zalimnya pada rakyat, dikatakan penuh rasuah – rasuah itu menyukarkan rakyat dan dikatakan kerajaan kronis – kronis itu menipu rakyat. Kita perlu melihat secara terperinci perjalanan demo yang ada. Kita berdemo – kita mempertahankan apa? Jika kita berdemo semata-mata mempertahankan Melayu maka kaum lain akan terasa tanpa kita memperteguh keyakinan kaum lain kepada kita. Kita terikat dan kita sentiasa menjadi beg untuk terus di tumbuk.

Kepimpinan UMNO khususnya perlu bijak. Perlu menggunakan semua bentuk strategi. Kita perlu ada bermacam-macam-macam cara untuk mempertahankan dan membuat serangan ke atas pembangkang. Kita harus inovatif dan tidak tertakluk kepada satu cara sahaja. Kita tidak boleh ikut cara lama. Kita mengikuti dan menuruti mereka sedang mereka sudah jauh ke hadapan. Kita mempunyai kekuatan dan infrastruktur yang baik tetapi kita tidak tahu menggunakan sepenuhnya. Ini umpama kita mempunyai meriam tetapi tidak  menentu dalam menghalakan meriam tersebut. Kita seakan tersasar jauh. 

Malangnya kita tidak boleh menasihati sesetengah kepimpinan UMNO yang amat jauh dan amat tersorok pemikirannya. Mereka tidak ambil masa untuk memikirkan strategi yang dikemukakan dan mereka hanya mahu melihat apa kepentingan mereka sekiranya program perang saraf dijalankan. Mereka tidak lihat kesan keberuntungan jangka panjang – malah hanya melihat kesan kepada diri dan bagaimana ini boleh melonjakkan kedudukan mereka dalam UMNO. Mereka tidak mahu melihat jauh. Mereka tidak memikirkan untuk menyebarkan idealisme yang ada ke dalam minda anak muda – apa yang mahu mereka lakukan adalah terburu-buru. Kita perlu ingat kalau kita isi air dalam gelas dengan cara teliti – gelas itu akan penuh dan kalau kita hanya mencurah air – ia tidak akan begitu penuh. Namun untuk menyampaikan ideologi tersebut maka syarat yang pertama adalah untuk kepimpinan yang bertanggungjawab memastikan arah kemenangan adalah untuk membuka minda dan menerima idea baru.

Kenaikan 4-dalam-1: NGO, orang ramai kesal

hamdan adnan 170805Kenaikan harga barang kawalan seperti minyak, diesel, gas asli cecair (LPG) dan gula kesan daripada rasionalisasi subsidi mendapat bantahn meluas daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Penasihat Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Prof Datuk Hamdan Adnan menyifatkan kenaikan harga minyak RON95 adalah tidak wajar kerana minyak merupakan nadi kepada rakyat.

"Kalau gula naik, tidak apalah, tapi kalau harga minyak naik, rakyat di negara ini akan makin terdesak kerana minyak menjana pembangunan negara.