TERJAH UMNO / BN - HUBUNGAN ANTARABANGSA

HUBUNGAN ANTARABANGSA

1. Mengadakan hubungan diplomatik tidak resmi dengan Israel dan menerima Yahudi. Kerajaan membenarkan perniagaan microchip dengan Israel secara rahsia pada awal 90an. Membenarkan lawatan pelajar/belia Israel dengan diketuai Penolong Ketua Pendidikan negara itu ke Malaysia. Lawatan Tunku Abdullah ke Israel. Menjemput pasukan kriket Israel ke Malaysia (1997), walaupun mendapat tentangan rakyat. Melantik Solomon, Smith & Barnes sebagai penasihat ekonomi negara.

TERJAH UMNO / BN - POLITIK NEGARA

 POLITIK NEGARA

1. Mahathir memecat DSAI sebagai TPM/MK dan TP Umno kerana hasutan golongan yang telah makan dan ingin lagi makan harta negara secara haram. Juga dia tidak dapat mengawal nafsu dirinya sendiri yang tamak mengumpul harta dengan cara merompak harta negara. Menangkap DSAI menggunakan ISA, bawa ke Bukit Aman, digari dibelasah separuh mati. Fitnah macam-macam, heret ke mahkamah, dibicarakan secara meragukan, bersalah dan dihukum penjara. Kini diracun pula.

TERJAH UMNO / BN - ISLAM

ISLAM

1. Menghina ulama: Ulama dipersendakan, diperlekehkan, diejek-ejekkan dan paling ketara dituduh sebagai penipu. Semua orang tahu apa yang berlaku pada bekas Mufti Selangor Dato’ Ishak Baharom selepas tindakannya ke atas penyertaan 3 gadis Melayu dalam pertandingan ratu cantik. Sejumlah besar rakyat sudah mendengar rakaman penghinaan dan fitnah yang dilemparkan kepada Prof Harun Din. Ulama yang memasuki Persatuan Ulama dipersoalkan, seolah-olah semua orang boleh jadi ulama bila saja menyertai persatuan.

TERJAH UMNO / BN - KEBAJIKAN, ALAM SEKITAR & PENDIDIKAN

KEBAJIKAN, ALAM SEKITAR & PENDIDIKAN

1. Universiti awam dikorporatkan. Kemasukan ke pusat pengajian tinggi (IPTA dan IPTS) memerlukan bayaran yang amat tinggi. Biasiswa sudah dimansuhkan, apa jadi pada rakyat miskin. Ramai penuntut Melayu yang terpaksa melupakan niat nak sambung pelajaran ke Universiti atau institut pengajian tinggi. Jika sambung pun, mereka terpaksa bergolok gadai untuk pembiayaan. Usah kata belanja hari pertama ke IPTA, nak dapat borang UPU pun kena bayar. Semuanya nak dijadikan bahan perniagaan. Nak harapkan perwakilan Umno menyuarakan masalah ini dalam persidangan, taknya berani kecuali asyik dok berpantun dan mengampu tak habis-habis.

TERJAH UMNO / BN - MORAL & SOSIAL

MORAL & SOSIAL

1. Membiarkan dan menggalakkan program TV yang mendedahkan kefasikan dan nilai moral yang rendah hingga mengakibatkan keruntuhan akhlak dan moral anak-anak muda sekarang.

2. Membiarkan pusat-pusat maksiat dan hiburan tumbuh bagai cendawan di musim hujan. Lesen perjudian (termasuk pusat permainan) diberikan secara mudah. Kegiatan maksiat dibenarkan berleluasa dalam masyarakat di mana akhirnya menjadikan rakyat hidup dalam budaya hedonisme. Kanak-kanak sudah diajar dari sekecil-kecilnya bagaimana permainan yang berunsur perjudian itu menyeronokkan. Ada perancangan kawasan ala Hollywood dan satu pusat hiburan besar akan didirikan di Putrajaya.

TERJAH UMNO / BN - KETUANAN DAN HAK ORANG MELAYU

KETUANAN DAN HAK ORANG MELAYU

1. Pencabulan terhadap institusi raja berpelembagaam dengan krisis pindaan perlembagaan pada 1993. Akhirnya melucutkan imuniti (hak keistimewaan) Raja-Raja Melayu. Hinggakan sekarang Raja-Raja Melayu dikatakan tinggal gusi sahaja, tak mampu menyuarakan apa-apa. Semua kuasa ada pada Mahathir. Raja-raja tidak lagi dilayan sebagai Raja Melayu yang perlu dihormati sebagai lambang penyatuan umat Melayu. Malah berlaku usaha dari pihak Umno (Anuar Musa) untuk cuba ‘menabalkan seorang sultan’ lain yang kononnya lebih berhak untuk menjadi ketua negeri Kelantan.

TERJAH UMNO / BN - EKONOMI

 EKONOMI

1. Kerajaan BN lah yang sebenarnya meranapkan ekonomi negara. Krisis dan kegawatan ekonomi yang melibatkan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia dan pasaran saham. Bukannya Soros seperti kata Mahathir. Fikirkan sendiri. Malaysia kerugian RM1 trilion kuasa beli (berdasarkan kerugian RM600 bilion pasaran saham dan penurunan pendapatan perkapita dari RM5,000 kepada RM2,000. Ramai pekerja terpaksa menganggur dek syarikat kena tutup, kerugian perniagaan berlaku di sana sini. Ekoran itu, pelbagai lagi masalah sosial wujud satu persatu.

SEJARAH PENDERHAKAAN UMNO BN TERHADAP RAJA MELAYU???

Assalamualaikum kepada semua pembaca terutamanya dari kalangan penyokong Umno.Berikut saya sertakan beberapa fakta sejarah mengenai penderhakaan Umno kepada raja-raja melayu.

Dalam fakta ini saya tidak boleh mengingati tarikhnya dengan tepat.akan tetapi insyaAllah kepada semua pembaca yang mengikuti dengan rapat perkembangan politik tanahair sejak dari tahun 80an lagi akan ingat peristiwa-peristiwa ini semua.

Masakan Dewan Pemuda PAS Perak Sebodoh Ini?



Entah syaitan mana yang merasuk, entah ifrit mana yang telah menunjukkan diri dan entah Khannas mana yang bertapak di hati, Dewan Pemuda PAS Perak menerusi Dr. Raja Ahmad Al-Hiss, Setiausaha DPPP telah mengeluarkan satu Kenyataan Media pada 15 November lalu untuk menafikan penglibatan mereka di dalam apa yang mereka gelarkan sebagai SABOTAJ.

KALAU SUDAH BIASA BERMAIN NAJIS…


Kalau sekitar 1997-2000, merekalah yang menggerakkan massa untuk berhimpun dan memprotes di jalan-jalan raya sambil melaung-laungkan perkataan REFORMASI, sekarang kelompok inilah juga yang buat onar dalam parti mereka sendiri dengan menggunakan kaedah yang sama. Kalau dahulu, merekalah yang menjaguhkan diri dengan perkataan DEMOKRASI, sekarang ternyata dan terbukti, merekalah yang menjadi hantu dan iblis di dalam parti yang mereka tubuhkan 10 tahun lalu.

Kenapa Di Hina Orang Kahwin?????

Dalam situasi masyarakat dan negara menghadapi kemelut moral yang begitu tinggi dan membimbangkan, para pemikir dan jurumudi masyarakat semacam tidak nampak jalan keluar untuk menyelesaikan atau mengurangkan kadar masalah sosial ini. Penyelesaian cara barat, nampaknya terus menjadi pilihan dan kayu ukur.

Sindiran sinis berupa cercaan (pada pandangan penulis), blogger yang berkiblatkan kebangsaan terhadap pendakwah dan ahli politik tersohor Ust Badrul Amin turut melukakan hati saya sebagai murid Ust Badrul Amin dan pendokong dakwah.

Kenduri Nikah Badrul Amin Di Sponsor Oleh Zuraida ?

Difahamkan Badrul Amin sudah bergelar pengantin baru setelah mengahwini seorang janda beranak 1 di Ampang. Mengikut cerita, janda itu di kenali sebagai Harlina Zainudin @ Inafiona, berumur 38 tahun dan berjawatan sebagai Setiausaha Srikandi PKR Cabang Ampang.

Ketua Srikandi PKR sekarang ialah Siti Aishah @ Syareformis yang asalnya seorang bloger tegar Nizar Camry. Dia naik pasal selalu memuji imej taliban bawaan Zuraida.

Hak-hak anda bila Ditahan Polis Malaysia


1. Apabila Diberhentikan Polis


1.1 Tidak Berpakaian Seragam, Minta Pengenalan Diri

Jika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan pengenalan diri. Katakan; “Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda.”

1.2 Kad Kuasa Polis

Merah : Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda. Anda boleh berlalu dari situ.

Lain-lain Warna :

* Biru : Berpangkat Inspektor dan ke atas.
* Kuning : Berpangkat lebih rendah daripada Inspektor.
* Putih : Polis Simpanan

Sampai bila kita mahu ditipu oleh politikus yang tak bertanggungjawab?

Senario politik di Malaysia semakin kalut. Kalut sebab semakin dekat dengan pilihanraya umum. Kalut sebab terlalu banyak ahli politik yang perasan, merekalah THE BEST. Kalut juga sebab terlalu banyak isu yang boleh dieksploitasi dan boleh digunakan untuk membunuh ahli politik yang lain, termasuklah kawan-kawan separti.
Sedar tidak sedar, segala helah orang politik berjaya menembusi pemikiran rakyat. Rakyat menjadi balaci untuk menyokong dan memperkukuhkan kedudukan kaum politikus ini. Rakyat telah dipergunakan dengan semahu-mahunya dan secara optima tanpa diberikan kesempatan untuk berfikir sedikit pun.

Skandal Selangor (1): Yayasan Selangor Dirompak (II)

Rejim Baru Membazir Berjuta Ringgit Di Luar Objektif Yayasan

Apabila mengambil alih kerajaan, Pakatan berusaha mencari calon untuk Pengurus Besar Yayasan Selangor yang baru bagi menggantikan rejim lama di Yayasan. Akhirnya Ilham Marzuki dilantik sebagai Pengurus Besar yang baru.

Perlantikan Ilham kononnya akan memberi tanda aras baru dalam pentadbiran Yayasan Selangor. Pakatan mendakwa banyak pembaziran, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam Yayasan Selangor.

PENJARA PUDU: PALING RAMAI DIGANTUNG DI PENJARA INI

Setakat tempoh 36 tahun ( 1960-1996), ia telah meragut seramai 180 nyawa manusia yang melakukan pelbagai kesalahan jenayah berat. Ini belum dikira dari semenjak Penjara Pudu pada tahun 1895, di mana beribu-ribu dipercayai mati di tali gantung kerana melakukan pelbagai kesalahan berat seperti membunuh, menculik dan mengedar dadah.

SEJARAH PENJARA PUDU


Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal terletak di Jalan Hang Tuah mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar. Pembinaan penjara tersebut telah dibuat secara berperingkat dan telah siap sepenuhnya pada tahu 1895.

Bapa borek anak rintik: Contoh keluarga pemimpin 'ketuanan Melayu' Umno...(video inside)

Gambar2 ini dirakam ketika sambutan ulang Tahun yg ke-22 Dafi, anak menteri Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob..

Mengikut peminat Dafi, gaya yg ditonjolkan Dafi pada majlis hari jadinya Selalu lalu adalah mirip penyanyi gay Barat, Adam Lambert..mungkin ini natijah dari konsert Adam Lambert yg dibenarkan ke Malaysia Oktober lalu..(klik utk rujuk)..

SEJARAH COCA~COLA


Sejarah Botol Coca Cola dari kiri ke kanan : 1899 – 1900 – 1915 – 1916 – 1957 – 1986

Inilah Sejarah Botol Coca Cola yang berkembang dan berubah sesuai dengan peredaran zamannya dari 1899 – 1900 – 1915 – 1916 – 1957 – 1986.


Sejarah

Tahun-tahun awal

Ahli farmasi John Stith Pemberton dari Columbus, Georgia mereka wain koka yang diberikan gelaran Wain Koka Perancis Pemberton ("Pemberton's French Wine Coca") pada tahun 1884. Dia diilhami oleh kejayaan hebat Vin Mariani, sejenis wain koka Perancis yang dibuat oleh Angelo Mariani.

Sewaktu Atlanta dan Wilayah Fulton meluluskan undang-undang larangan terhadap penjualan minuman keras pada tahun yang berikut, Pemberton bermula mengembangkan versi kola wain Perancis tanpa alkohol. Dia menamakan minuman itu sebagai "Coca-Cola" kerana ia mengandungi perangsang daun koka dari Amerika Selatan yang telah diberi rasa dengan penggunaan buah kola yang mengandungi kafeina. Setiap gelen sirap mengandungi lima auns daun koka. Jualan pertama dibuat di "Farmasi Jacob" di Atlanta, Georgia pada 8 Mei 1886. Untuk lapan bulan pertama, cuma sembilan gelas dijual pada puratanya setiap hari. Pemberton mengiklankan minuman itu buat pertama kali pada 29 Mei dalam tahun tersebut di Jurnal Atlanta.