Campur tangan politik punca PDRM terjejas

Pakar undang-undang perlembagaan menyifatkan campur tangan keterlaluan kerajaan (politik) dalam institusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyebabkan kredibiliti jabatan itu tercemar dan boleh menghakis kepercayaan rakyat.

Prof Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam antarabangsa (UIAM) berkata, jabatan polis sekarang dilihat dipergunakan parti pemerintah bagi mempertahankan hegemoni politik.

”Maka tidak hairanlah apabila polis terlalu banyak bidang kuasa sehingga kebebasan rakyat untuk bersuara pun terhalang.
“Seharusnya pihak polis perlu bertindak dengan bijak dan bukan menyekat kebebasan rakyat bersuara kerana ia dibenarkan dalam perlembagaan,” katanya ketika ditemui di Bengkel Penjelasan Perlembagaan Mengenai Konsep Federalisme di Bilik Gerakan Negeri di sini, hari ini.

Sebelum ini mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendedahkan ada campur tangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam institusi polis sehingga membelakanginya sebagai ketua jabatan.

Menurut Musa ada pegawai-pegawainya dikawal, sedangkan tanpa disedari perbuatan itu salah.

Dr Abdul Aziz berkata, kerajaan pusat mempunyai banyak saluran untuk menyebarkan maklumat kepada rakyat termasuk Jabatan Penyiaran Malaysia dan media harian.

Sedangkan katanya, pembangkang tidak mempunyai kemudahan tersebut kecuali ceramah politik bagi menjelaskan sesuatu isu kepada rakyat.

Oleh itu, beliau mencadangkan Jabatan Polis dibebaskan daripada tuan politik kerana peranan mereka menjaga ketenteraman awam.

”Jabatan Polis adalah milik rakyat dan mereka lebih memahami kehendak setempat termasuk polisi kerajaan negeri,” katanya.

Beliau juga berpendapat jabatan polis tidak perlu diberi tanggungjawab yang melampaui bidang tugas mereka bagi memperlihatkan kecekapan agensi berkenaan.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 7:07 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III