Jais beri amaran tukar AJK masjid, surau

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi memberi amaran akan menukar sistem pemilihan jawatankuasa masjid dan surau di Selangor jika jawatankuasa yang ada terus melanggar arahan-arahan pihaknya.

Antara arahan-arahan itu adalah larangan berpolitik dalam masjid dan juga memberikan kebenaran kepada penceramah tanpa tauliah memberikan kuliah dalam masjid.

"Tuan-tuan kena ingatan sistem perlantikan nazir dan AJK masjid di Selangor adalah satu-satunya kaedah yang berlaku di negara ini."Para nazir perlu patuh dan memberikan komitment kepada Majlis Agama Islam Selangor sebagai tanda terima kasih kerana mereka yang melantik tuan-tuan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan alu-aluan di majlis perasmian Masjid Bandar Tasik Puteri Rawang oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Abdul Aziz Shah, hari ini.

Turut hadir adalah Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Exco Agama, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali serta pemimpin masyarakat di Selangor.

Semua nazir dan jawatankuasa masjid dilantik secara demokratik di Selangor mulai tahun lepas apabila perlantikan mereka dipilih dalam mesyuarat oleh penduduk kariah berkenaan secara undi.

Mereka yang terpilih akan dilantik oleh Mais mengikut kuasa yang ada padanya.

Pendekatan ini diambil sejak Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Berikutan pendekatan itu, hampir semua masjid dan surau di Selangor sangat aktif dan penuh aktiviti di samping ia sentiasa dipenuhi oleh orang ramai sama ada untuk solat atau aktiviti kemasyarakatan yang lain.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 2:10 AM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III