PAS tak akan bawa isu royalti minyak di Galas

PAS tidak akan membawa isu tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Kelantan terhadap Petronas dalam kempen pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Galas 4 November ini, kata Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

“Kita akan menggunakan isu bagaimana parti ini dapat meneruskan dasar perjuangannya berteruskan prinsip Islam selain mengekalkan rekod perkhidmatan Che Hashim Che Sulaima, sepanjang perrkhidmatan sebagai wakil rakyat kawasan itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Che Hashim meninggal dunia pada 27 September lepas akibat kanser.

Menurut Mohd Amar, walaupun mengikut peguam, isu royalti itu boleh dibangkitkan dalam kempen dan ia tidak subjudis walaupun perkara itu telah dibawa ke mahkamah, PAS tidak akan membawa isu berkenaan.
Beliau menolak dakwaan yang PAS menurunkan kain pemidang yang menggesa rakyat menyokong tuntutan royalti itu kerana kononnya ia tidak menguntungkan PAS dalam pilihan raya kecil itu.

Mohd Amar berkata beliau yakin PAS akan menenang dengan majoriti lebih baik dalam pilihan raya kali ini berdasarkan penerimaan rakyat terhadap parti itu di kawasan berkenaan.

Dalam pada itu, PAS Kelantan akan menentukan calon parti itu untuk bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Galas pada 4 November ini.

Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan, Datuk Ahmad Yakub, berkata keputusan itu dibuat oleh Dewan Syura PAS pada mesyuaratnya baru-baru ini.

Ahmad, yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, PAS Kelantan pula menyerahkan mandat kepada Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Mursyidul Am PAS untuk menentukan calon berkenaan.

Katanya PAS akan mengumumkan nama calon itu di Gua Musang pada 22 Oktober ini,  dua hari sebelum Barisan Nasional mengumumkan nama calonnya

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 2:36 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III