Tentera Israel menangkap tujuh orang penduduk di daerah Hebron, Isnin lalu termasuk seorang ibu yang baru melahirkan anak dua minggu lepas.
Laman web Haluan Palestin melaporkan Sajida Riziq Muhammad Al-Awawda, 20, seorang pelajar dalam jurusan Syariah ditahan oleh askar Zionis di luar Universiti Hebron pada waktu tengahari.
Palestinian Prisoners’ Society mendesak supaya pihak berkuasa Zionis Israel segera melepaskan Sajida, memandangkan beliau melahirkan anak secara cesarean dan masih lagi memerlukan pemerhatian doktor.
Suaminya, Mahmud Abu Hashem kini masih lagi dalam tahanan di Israel. Bayi mereka yang baru dilahirkan itu kini dijaga oleh neneknya.
Awal pagi pada hari yang sama tentera Israel telah menceroboh masuk kampung Sa’ir dan seterusnya menahan Nizar Hussein Al-Aramin, Raed Saket Jaradat, Jihad Khaled dan Mahdi Jaradat.
Semua mereka ditangkap setelah tentera Zioinis memecah masuk rumah mereka. Seorang lagi yang ditangkap adalah Iyad Al-Allami.
Mereka yang ditangkap telah dibawa ke destinasi yang tidak diketahui.
Tentera Zionis juga turut memusnahkan sebuah telaga sumber air yang dimiliki oleh Wael Al-Rajabi di timur Hebron. Dalam kejadian ini, anak kepada Wael yang berumur 18 tahun turut ditahan oleh tentera Zionis.
Menurut laporan Ma’an News Agency, pihak tentera Zionis tidak melayan sebarang pertanyaan tentang mereka yang ditangkap, sebaliknya mereka menyerahkan urusan tersebut kepada Israel Border Guard, sebuah unit paramilitari polis. (mn/Maan)
Zionis tangkap ibu baru bersalin
Lainnya dari
Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 2:04 PM Kategori:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(924)
-
▼
October
(291)
-
▼
Oct 13
(15)
- GPMS Kedah nafi diguna bagi kepentingan peribadi
- PAS tak akan bawa isu royalti minyak di Galas
- Ibrahim Ali: ‘Panggil saya Saudara Ibrahim, tiada ...
- Isu hak bertanding timbalan presiden Nurul Izzah j...
- Projek pangkalan udara Sg Besi dimeterai tanpa LOI
- PKR batal keputusan pemilihan pimpinannya di Subang
- Taib tiada beri bayangan pilihan raya Sarawak lagi
- PAS mahu negara terus jadi pasukan pengaman
- Sedia prasarana sukan untuk wanita Islam
- 'Mayat Aminulrasyid dalam kedudukan aneh'
- Zionis tangkap ibu baru bersalin
- N Patmanabhan, 3 lain dituduh bunuh Sosilawati
- Razaleigh tetap jadi saksi tuntutan royalti
- Penjelasan Hukum Qisas Menurut Perspektif Islam
- Istana Kelantan lucut ‘Datuk’ Ibrahim, Wan Hashim
-
▼
Oct 13
(15)
-
▼
October
(291)
0 comments:
Post a Comment