Azmin cecah majoriti lebih 10,000 undi

Sebanyak 28 lagi cabang PKR di seluruh negara mengadakan pemilihannya hari ini, melibatkan empat negeri dan Wilayah Persekutuan di seluruh negara.

Di Selangor lapan cabang terlibat sementara di negeri-negeri lain seperti berikut: Johor (6), Sarawak (6), Wilayah Persekutuan (6), dan Pulau Pinang (2).

Pengundian yang masuk hari kelapan kali ini agak berbeza kerana kerusi tumpuan - timbalan presiden - kini tinggal dua penjuru apabila Datuk Zaid Ibrahim menarik diri.


Berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada 154 cabang - 140 sehingga semalam dan 14 lagi hari ini -yang diperoleh Malaysiakini, majoriti Azmin kini telah mencecah lima angka kepada 10,244 undi.

Beliau mendapat keseluruhan 13,016 undi manakala pencabar tunggalkan kini Mustaffa Kamil Ayub pula kekal jauh di belakang dengan 2,772 undi.

Pemilihan hari ini dilihat mempengaruhi peluang setiap calon bertanding kerana Selangor merupakan negeri yang mempunyai paling ramai anggota PKR di Malaysia.

Sebagai contoh, di empat cabang sahaja - Petaling Jaya Selatan, Subang, Kapar dan Kota Raja - jumlah anggotanya dianggarkan sebanyak lebih 23,000 orang.

Berikut keputusan pemilihan PKR mengikut cabang yang diperoleh setakat ini:
Petaling Jaya Utara Azmin (52), Mustaffa (24)

Kluang Azmin (37), Mustaffa (6)

Tanjong Azmin (57), Mustaffa (8)

Batu Pahat Azmin (27), Mustaffa (7)

Simpang Renggam Azmin (31), Mustaffa (6)

Sri Gading Azmin (7), Mustaffa (9)

Bandar Tun Razak Azmin (138), Mustaffa (19)

Bukit Bintang Azmin (58), Mustaffa (5)

Jelutong Azmin (90), Mustaffa (2)

Lembah Pantai Azmin (155), Mustaffa (55)

Seputeh Azmin (24), Mustaffa (7)

Kota Raja Azmin (582), Mustaffa (38)

Subang Azmin (357), Mustaffa (33)

Kapar Azmin (216), Mustaffa (60)

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 7:22 AM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III