Kuasa baru dalam PKR

Tidak nampak wujud petunjuk pembukaan parti baru – dari cabang-cabang mereka yang mungkin memberontak dan keluar dan menubuhkan parti baru. Sekiranya di buka parti baru untuk menyaingi PKR maka itu satu lagi langkah karut – tambahan pula sekiranya Zaid Ibrahim yang membukanya. Soal pecat Zaid Ibrahim – mungkin akan timbul tetapi pemecatan itu tidak akan menyelamatkan dari apa yang dipanggil pemberontakan dalam PKR – gabungan kuasa baru yang akan memulakan langkah dalam membersihkan PKR dari genggaman kuasa corak lama – corak feudalisme dan corak kronisme.



Menurut apa difahamkan kepada kami – ada kuasa baru – sedang dirancang untuk di bentuk – mengumpulkan kekuatan untuk membersihkan PKR dari dalam. Rancangan ini mungkin seiring dengan menggesa Anwar Ibrahim untuk melepaskan jawatan Ketua UMUM dan juga untuk menekan Azmin Ali untuk keluar – kerana konsentrasi Azmin Ali hanya untuk mengangguk kepada Anwar. Dipersoalkan – sekiranya kita keluar dari UMNO dan menolak UMNO kerana budaya dan resam membodek – seolah-olah pemimpin tertingginya adalah tuhan pada ahli UMNO kenapa menerima PKR dan kenapa mahu diwujudkan budaya sedemikian dalam PKR. Mungkin mereka yang lari keluar dari UMNO adalah kerana mereka mahu menjadi tuhan-tuhan baru dalam wadah politik baru – jalannya lebih pantas dari dalam UMNO!

Kami difahamkan ada kumpulan sudah merangka untuk membentuk kekuatan kolektif dalam PKR untuk menjadi suara pendesak. Adakah Anwar Ibrahim akan terima desakan itu – adakah PKR akan melalui proses yang lebih rumit setelah berusaha mengadakan demokrasi kosong dan berbentuk khayalan.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 7:50 AM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III