Gari Tangan atau Kaki???

Ketika ditangkap polis gergasi. Ditangannya ialah risalah yang aku cuba edarkan. Gambar dari MerdekaReview
Aku baru sahaja mengucapkan tahniah kepada Kamariah sempena harijadinya yang ke-26. Aku katakan padanya, aku rindu saat2 umurku 26. Kamariah tanya aku bagaimana rasanya nak masuk 28? Aku kata..."kau akan rasa lebih matang (dari segi mengawal perasaan). Orang usik kau senyum, orang kutuk kau senyum, orang perli kau senyum, orang maki pun kau senyum."

KECUALI dengan polis Malaysia.

Tak kiralah berapa tua aku nanti, aku TAK AKAN senyum dengan polis Malaysia.

Ramai yang bertanya apa sebenarnya yang berlaku sehingga aku ditangkap polis pada 1hb Ogos lalu. Aku tak tahu bagaimana untuk terangkan, kerana alasan penangkapan aku adalah sangat bodoh.

Menurut kata Saha si peguam kacak yang bertanggungjawab terhadap pembebasan aku, ketika beliau bertanya kepada polis yang menangkap aku kenapa dia berbuat demikian, polis tu jawab "tak tahu, sb yang suruh tangkap dia. Saya hanya mengikut arahan."

Bodoh kan?

Pada waktu kejadian, aku sedang berada di hadapan bangunan HSBC dekat Jalan Melayu (ya, jalan yang sangat racist) berhadapan dengan Masjid Jamek, mengedarkan risalah Majlis Peguam yang bertajuk "Polis dan Hak Anda". Di dalam risalah itu, terdapat hak-hak dan langkah-langkah yang kita boleh ambil bila kita ditangkap oleh polis. (Maaf, aku cuma terjumpa versi bahasa Inggeris saja yang boleh diperoleh secara online. Sila klik di sini).

Tiba-tiba, aku dikerumuni oleh beberapa orang polis, lebih kurang 6-7 orang. Salah seorang daripada mereka ialah polis wanita bernama Sasha. Nama yang manis itu memanglah tidak cocok dengan perangainya yang huduh dan badan besar macam gergasi (selalunya aku akan menasihatkan adik2 supaya jangan mengutuk penampilan dan fizikal orang lain, tak baik... tapi yang ini berkecuali sebab dia polis yang jahat).

Lepas tu tanpa memberi salam, polis2 itu terus tanya aku apa aku buat. Pastu aku pun beritahulah pasal risalah itu. Lepas tu polis tanya kenapa aku nak edarkan risalah tu. Aku pun cakaplah "sebab harini kan korang akan tangkap ramai orang. Mereka mestilah tahu pasal hak2 mereka." Lepas tu tanya siapa aku. Aku jawab "saya peguam dari pusat bantuan guaman. pejabat kami di sebelah masjid jamek tu je", sambil menunjukkan tag 'Peguam' yang aku pakai. Kemudian, polis gergasi wanita tu suruh aku ikut dia ke balai untuk berjumpa dengan pegawai. Aku cakap, taknak. Lepas tu dia kata jangan degil. Aku cakap, "buat apa saya nak ikut? Saya bukannnya kena tahan pun." Lepas tu terus polis kurang ajar tu tuding2 jari ke muka aku. Aku memang pantang orang main tuding2 ni! "Awak nak saya tangkap awak ke?" "Nak tangkap, tangkaplah!" Jawab aku secara spontan.

Selepas itu, tiba2 datang seorang polis separuh umur (dah tua pon tanak insaf lagi) dan jerit "Tangkap dia! Gari!"

Ini adalah kali kedua aku digari. Tapi kali ni, sakit sikit sebab tanganku ditarik dengan kasar. Aku dibawa ke dalam trak depan Masjid Jamek. Aku nampak Valen dan Murnie, 2 orang peguam dari jauh. Valen datang menuju ke arah aku tapi dihalang oleh polis. Tapi aku sempat minta dia pergi mendapatkan bantuan. Sementara itu, drama maki-memaki disambung di dalam trak.

"Korang takde hak nak tahan aku! Sebab tangkapan pon tak bagi!"

"Senyaplah! Behave like a lawyer-lah!"

"Macamana nak behave like a lawyer, kalau korang pon tak behave like police officers! Kau bukak gari ni sekarang!"

"Duduk!"

"Taknak!"

Kemudian, aku nampak Saha. Dia sedang berusaha untuk berdiplomasi dengan polis supaya melepaskan aku. Bahagian ni, aku memang kagumlah. Mungkin kerana faktor usia dan pengalaman, Saha nampak lebih relaks bila bercakap dengan polis. Kalau aku, memang akan pekik.

"Saha! Suruh dia buka gari ni! Sakitlah!"

"Saya gari awak sebab awak ditangkap!"

"Hello! Cuba compare saiz badan kau dengan saiz badan aku! Kau ingat aku mampu melawan ke kalau kau tak gari aku pon!"

"Tapi mungkin awak boleh lari laju, sebab awak kecik."
(Orang lari guna kaki la, bukan tangan! Lain kali gari laa kaki aku!)

Disebabkan pergelangan tangan aku dah mula rasa sakit campur gatal2, aku mula menggoyang2kan tangan aku sambil duduk. Tiba2, gari tu terlucut sendiri disebabkan saiz pergelangan tangan aku yang kecik. Aku dengan gembiranya menanggalkan gari itu dan menayangkannya di hadapan seorang polis. Dia pon jerit "Hoi! Pakai balik!" (Ada ke orang yang nak gari diri sendiri?)

Sementara itu, Saha masih cuba berdiplomasi dengan polis. Aku terdengar Saha menerangkan isi kandungan risalah yang aku edarkan kepada polis tu. Aku pula masih berlawan mulut dengan 2 orang polis yang berdiri di depan pintu masuk trak.

Beberapa minit selepas itu, polis memanggil aku keluar. Saha telah berjaya membebaskan aku. Tapi, aku masih tak puas hati.

"Taknak minta maaf ke?" Tanya aku.

"Kau tu cuba behave sikit lain kali"

"Kau tu cuba kerja guna otak sikit. Asyik nak ikut arahan je"

Lepas tu, polis tu menuding lagi jarinya ke arah aku. Saha terus tarik kepala aku sambil kata "Dah dah".

Kawan2 peguam telah menarik aku masuk ke dalam pejabat dan tidak membenarkan aku keluar, sehingga keadaan menjadi reda. Aku periksa telefon, huish cepat betul kawan2 terima berita penangkapan aku. Banyaknya sms... termasuklah sms dari Suren:-

"Congratulations. World record- the shortest arrest in history".



Ketika ditangkap polis gergasi. Ditangannya ialah risalah yang aku cuba edarkan. Gambar dari MerdekaReview



Gambar dari Malaysiakini. Ada aku senyum?

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 4:34 AM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III