Pelacur Warga Asing Bermaharajalela


Suatu statistik yang cukup mengejutkan. Jumlah itu hanya untuk pelacur warga asing. Bagaimana pula dengan pelacur warga tempatan? Jika diambil kira kedua-duanya maka sudah pasti jumlahnya akan menjadi lebih besar. Nampaknya masyarakat di Malaysia semakin ramai yang terjebak kelembah maksiat! Arak, dadah, zina….aduhai…
 Wahai pemerintah yang berkuasa pada hari ini! Kamu adalah orang yang memegang kekuasaan. Apakah angka statistik yang dipaparkan ini tidak membawa apa-apa makna kepada kamu? Apakah kamu merasa tidak bersalah dengan keadaan ini? Ketahuilah bahawa semakin ramai individu masyarakat yang berada di bawah kekuasaan kamu ini yang menganggap kebahagian itu sebagai pemuasan hawa nafsu semata-mata. Inilah natijah dari penerapan sistem yang mengenepikan peranan Allah dalam kehidupan.















 
Pihak pemerintah seharusnya sedar bahawa sistem yang mereka terapkan hari ini merupakan penyumbang terbesar kepada masalah ini. Idea kebebasan yang lahir dari aqidah sekular dan mendasari ideologi Kapitalisme adalah virus yang membawa kerosakan kepada kehidupan masyarakat yang ada hari ini. Wahai para penguasa umat Islam! Sudah sampai masanya untuk kamu mencampakkan ideologi Kapitalisme yang ketika ini masih kamu pertahankan dan terapkan. Wahai umat Islam! Sudah saatnya kalian bergerak untuk menuntut pemerintah yang menguasai kalian ketika ini agar menerapkan kehidupan Islam menggantikan kehidupan Kapitalisme yang hina ini. Jika mereka tidak bersedia maka kalian wajib menggunakan kuasa yang ada pada kalian untuk menyerahkan tanggungjawab pemerintahan kepada yang bersedia untuk menerapkan Islam secara kaffah. “1Malaysia” tidak akan mampu menyelesaikan persoalan ini. Hanya pemerintahan Islam di bawah institusi Khilafah sahaja yang mampu melakukannya.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 1:51 AM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III