UKM universiti politik?

Bukan kali pertama belakangan ini Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) didedahkan mempunyai hubungan dengan parti-parti politik. Universiti tersebut yang kini dikatakan menghadapi kecelaruan pentadbiran akibat kesilapan menyusun tarikh peperiksaan mula menjadi sasaran mahasiswa dan media apabila terbaru melibatkan mahasiswanya dalam perhimpunan agung UMNO.

Sebelum ini, empat orang mahasiswa universiti tersebut (UKM4) didakwa terlibat dengan kempen Hulu Selangor april lepas. Mereka ialah Hilman Idham, Ismail Aminuddin, Woon King Chai dan Azlina Shafina. Salah seorang daripada mereka King Chai, 22 yang merupakan mahasiswa tahun kedua jurusan sains politik digantung daripada menerima anugerah dekan sehingga kes perbicaraannya selesai. Kini mereka akan berhadapan dengan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU), bagaimanapun Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) bertegas memperjuangkan UKM4 dan melancarkan referendum 4 mahasiswa UKM dikenakan AUKU.
Sebelum itu, seperti yang dilaporkan Gabungan Mahasiswa UKM (GM-UKM) dalam laman sesawang rasmi mereka mendedahkan Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) Perkampungan Orang Asli Bera’10 8 oktober hingga 10 oktober lalu mempunyai kaitan dengan UMNO.
Program anjuran Fakulti Pendidikan UKM itu jelas meletakkan logo UMNO di dalam banner mereka (gambar). Menurut GM-UKM lagi, sebelum ini program anak angkat di RISDA pahang juga menggunakan konsep yang sama.
Sementara mengenai beberapa mahasiswa yang terlibat dengan perhimpunan agung UMNO dikatakan turun atas arahan PALAPES. Bagaimanapun keterlibatan mereka walaupun atas arahan pentadbiran juga menyalahi AUKU perkara 15 iaitu terlibat dengan parti politik seperti dakwaan yang dikenakan ke atas UKM4.
Kaukus Siswa Melayu (KSM) pula mendedahkan dalam laman sesawang facebook mereka mengaitkan beberapa komponen aktivis mahasiswa di kampus tersebut masing-masing mempunyai kaitan dengan parti politik (gambar).
Kaukus tersebut yang berpusat di Bangi dan menggunakan logo bergambar harimau dan keris serta menggunakan warna tema merah putih kini aktif memperjuangkan bangsa Melayu melalui acuan siswa. Bagaimanapun kemungkinan tersebut hanyalah andaian mereka.
Konspirasi politik yang semakin nampak di kampus tersebut akhirnya memaksa beberapa mahasiswa untuk menubuhkan front baru khusus untuk membongkar keterlibatan politik dengan kampus yang bertentangan dengan AUKU perkara 15 yang tidak membenarkan mahasiswa terlibat dengan mana-mana parti politik sama ada dalam atau luar negara. Front tersebut yang diberi nama Kesatuan Mahasiswa Sedar (KEMAS) dalamsidang medianya baru-baru ini berkata, mereka akan mendedahkan lagi keterlibatan politik di dalam kampus.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 11:00 AM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III