AKIM jadi KITA, Zaid Ibrahim jadi presiden

NONEDatuk Zaid Ibrahim secara rasmi dilantik sebagai presiden baru parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) hari ini.

Bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu mengambil alih jawatan barunya daripada Zakaria Salleh dalam muktamar parti itu pagi ini.

Mesyuarat itu juga bersetuju AKIM kini ditukar namanya kepada parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).

Pelantikan Zaid itu juga dibuat melalui kelulusan satu usul dalam mesyuarat hari ini untuk menggantikan nama jawatan presiden kepada ketua parti.


Dalam ucapan penangguhannya di muktamar berkenaan hari ini, Zaid juga berkata parti itu akan mengambil peranan sebagai parti nasional dengan keahlian berbilang kaum.

Mengulas perubahan stuktur dalam KITA, Zaid berkata parti itu juga hanya akan mempunyai seorang pengerusi, seorang ketua parti yang dipegang olehnya serta satu jawatankuasa eksekutif pusat.
Selain Zaid, tiga lagi pemimpin KITA dipilih dalam mesyuarat hari ini iaitu Rashid Azad Khan sebagai bendahari pusat serta dua anggota jawatankuasa eksekutif pusat iaitu Muhammad Firdaus Abdullah dan Abdul Malek Shamsuddin.

Jawatan lain dalam parti itu akan diumumkan dalam satu lagi mesyuarat parti itu pada 19 Januari depan, kata Zaid dalam ucapan penangguhannya.
Lambang dan matlamat parti itu juga akan didedahkan pada tarikh berkenaan, katanya lagi.
Dalam mesyuarat yang dihadiri seramai kira-kira 150 orang perwakilan itu, beliau turut memberi jaminan bahawa KITA akan menjadi parti yang berpengaruh dalam masa yang singkat.

Tak perlu ahli ramai

Tambahnya KITA juga hanya akan mempunyai satu cawangan di setiap negeri.
Zaid juga berkata, beliau menyedari bahawa AKIM merupakan sebuah parti yang kecil dan parti itu juga baru ditubuhkan semenjak tahun 1994.
NONE"Tapi sebab kita baru, kita lebih mampu untuk buat perubahan. Parti lain yang sudah lama sukar berubah sebab kepentingan dan yang jawatan penting yang perlu dijaga," katanya lagi.

Dalam sidang media selepas itu, Zaid berkata beliau memilih untuk menyertai AKIM kerana proses menubuhkan parti baru kerana ia akan memakan masa yang lebih cepat.

"Saya pilih AKIM dan AKIM pilih saya... Ini lebih cepat daripada buat parti baru dan kalau (pendaftaran) diluluskan terlalu cepat seperti Makkal Sakhti orang tak (berkeyakinan)," katanya lagi.

Tambahnya, beliau juga tidak mahu "mencuri sesiapa" daripada PKR, namun parti itu terbuka dalam menerima anggota yang ingin menyertainya.

"Kita tidak perlu ahli yang ramai. Yang kita perlu adalah aktivis-aktivis yang rajin bekerja dengan saya," katanya lagi.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 4:29 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III