Demo anti-Mubarak: Polis kunjungi rumah SU PSM

suaram forum on police 260910 arutchelvanEkoran penyertaannya dalam perhimpunan antipresiden Mesir Hosni Mubarak di pada 4 Februari lalu, polis mengunjungi rumah setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan di Kajang bagi merakamkan keterangannya.

Bagaimanapun, kunjungan empat anggota polis daripada ibu pejabat daerah (IPD) Cheras itu tidak disenangi Arutchelvan yang kemudiannya membuat laporan polis mendakwa tindakan itu sebagai satu bentuk gangguan, salah guna kuasa dan mala-fide.



"Arutchelvan (kanan) menolak memberikan sebarang kenyataan kepada polis kerana Notis 111 Kanun Acara Jenayah tidak menetapkan tarikh dan masa beliau perlu melakukannya. 

"Beliau (Arutchelvam) mengabaikan notis yang tidak sempurna itu dan menyifatkannya sebagai gangguan dan ugutan kepada pihak yang terlibat menjayakan demonstasi pada hari tersebut," demikian menurut kenyataan daripada ibu pejabat PSM di Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan itu lagi, polis turut mengugut akan mendapatkan waran tangkap sekiranya Arutchelvan enggan memberikan kenyataan semalam.

Arutchelvan membuat aduannya pada jam 9 malam tadi di balai polis Kajang berhubung perkara itu.

Mengulas kunjungan ke rumah Arutchelvan itu, PSM juga mendakwa, kelihatannya Malaysia bimbang dengan penyertaan ramai orang dalam perhimpunan bagi menunjukkan sokongan kepada rakyat Mesir walaupun dianjurkan pada hari cuti.

"Nampak seperti mereka sekarang mahu membangkitkan rasa takut dan cuba menghentikan mobilisasi dalam isu ini," kata kenyataan itu lagi.

"Perdana menteri memperingatkan rakyat Malaysia untuk belajar daripada Mesir berhubung berlakunya kekacauan jika terjadinya demonstrasi, tetapi belum menyatakan sokongan terhadap desakan supaya Hosni Mubarak meletakkan jawatan."

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 11:27 AM Kategori:

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III