Hina Islam: Kenapa penyokong Umno takut meng'kafir harbi'kan MCA sepertimana yg dilakukan terhadap DAP?

Jika dahulu, para pengikut jumud Umno sering melemparkan tuduhan bahawa parti DAP adalah parti yang anti Melayu, anti Islam, menghina kesucian Islam, DAP parti kafir harbi dan PAS telah bersekongkol dgn parti kafir harbi, PAS subahat hina Islam dan pelbagai lagi tuduhan dan tohmahan..


Namun kini mereka seolah2 terkedu dan tergamam apabila rakan mereka dalam Barisan Nasional (BN) sanggup menghina dan memperlekeh Islam dgn menyatakan negara yg ditabdir oleh umat Islam mundur, lemah, terkebelakang, malah membidas PAS yang konsisten memperjuangkan dasar Islam sebagai terlalu melebihkan persoalan agama, dan pelbagai lagi serangan dan fitnah jahat terhadap kesucian agama Islam..(baca di sini).

MCA anti Islam!

Nah, nampaknya kata2 nista yang dilontarkannya kepada PAS dan Pakatan Rakyat kini kembali kepada mereka..seruan kononnya PAS perlu keluar dari PR sbg bukti menunjukkan 'keislaman PAS' telah kembali terbeban kepada mereka...

Apakah Umno sanggup keluar dari BN akibat tindakan dan kenyataan biadap MCA (presiden MCA) terhadap Islam sbgai bukti umno benar2 sensitif isu agama? apakah Umno sanggup menghalau parti dan pemimpin2 dalam kompenan BN yg menghina Islam dari perikatan BN? apakah Umno yg kononnya berjuang Islam sanggup mengenakan tindakan keras terhadap pemimpin MCA itu termasuk mengISAkan beliau? apakah Umno sanggup menggelarkan rakannya parti MCA sebagai parti 'kafir harbi' sebagaimana yg rutin mereka lakukan terhadap parti DAP?

Umno kecut ambil tindakan

Sudah tentu tidak...mereka tidak berani seperti beraninya mereka berhadapan dengan DAP..maklumlah, MCA adalah parti dibawah naungan BN, rakan lama Umno...sudah pasti Umno akan memperlihatkan kerjasama yg erat antara kompenan BN di depan rakyat..selain utk tujuan politik masa depan mereka...

Kalau adapun, hanyalah suara2 kecil yg melalak kononnya menghentam presiden MCA, mengkritik MCA, mengsyorkan agar MCA keluar dari BN dan lain2..hakikatnya suara mereka terlalu kecil, dan sepastinya tidak akan dihiraukan oleh pemimpin atasan Umno..buktinya, TPM Muhyiddin Yassin dilaporkan tidak mahu mencampuri urusan ini, dan Presiden MCA ini masih belum lagi memohon maaf secara terbuka...sebab tu tai hairan, akhirnya Ibrahim Ali (PERKASA) mengakui Umno kini dikusai (barua) parti2 Cina..baca kat SINI...

Umno gagal berperanan dalam BN isu agama!

Nampaknya pertalian persabahabatan lebih 50 tahuan antara Umno dan MCA di dalam BN tidak memberi kebaikan dan manfaat kpd Islam, langsung tidak menpositifkan pandangan orang2 bukan Islam terhadap Islam, malah melahirkan pemimpin2 bukan Islam yang anti dan memandang jelek akan kesucian agama Islam...

Berbeza dgn hubungan antara PAS dan DAP..walaupun hubungan persahabatan ini hanyalah pada peringkat 'setahun jagung' (tak sampai sepenggal dibawah PR), namun parti yg terkenal dikalangan penyokong Umno sebagai parti yg paling alergik dgn Islam akhirnya mampu melahirkan kesan yg baik..ini sebenarnya satu yg sudah baik, satu permulaan...dan di dalam kes ini, Ketua Menteri Pulau Pinang dari DAP, Lim Guan Eng terkehadapan membidas kenyataan MCA yg menghina Islam sebagai keterlaluan dan tidak berdasarkan fakta yg tepat....manpakya MCA lebih 'kafir harbi' dari DAP....
Penyokong jumud Umno sucikan MCA, salahkan DAP

Namun malang, isu ini seolah2 terus membutakan mata hati penyokong Umno...mereka sebolehnya mengelakkan diri dari menghentam rakannnya MCA, berita ini cuba didinginkan dari media arus perdana, tidak digembar-gemburkan sepertimana jika ianya berlaku pada Pakatan Rakyat...tetapi mereka terus ligat menuduh DAP dan Lim Guan Eng sbg tidak ikhlas, hanya umpan politik dan sebagainya..akhirnya MCA terus tersenyum...inilah wajah sebenar pejuang kebangsaan melayu di dalam Umno...perjuangan yag jelas hipokrit dan bermuka-muka...

Akhir kalam, tujuan penulis mengarang artikel ini bukanlah mahu mempertahankan DAP atau mendakwa DAP adalah terbaik dan lain2..tetapi tujuan penulis adalah supaya penyokong tegar umno berfikir, kalau mereka mengatakan PAS mesti keluar dari PR akibat isu2 seperti ini, apakah Umno bersedia keluar dari BN?? fikir2kan...wallahua'lam..


Berita berkaitan (isu di atas):
1. Guna agama raih sokongan - Umno, PAS dibidas
2. Anwar: Agak malang, Chua 'jahil dan bongkak'
3. Negara Islam tak progresif: DAP bidas MCA
4. Hina Islam: SAMM ancam bertindak ke atas Chua
5. Chua yang 'Islamophobia' dibidas lagi

Koleksi sekutu Umno (parti Kompenan BN) timbul isu perkauman, hina Islam!
1. MCA bantah hukum Islam (Hudud)
2. "Negara Islam perlu ditolak kerana hukuman zalim..DAP perlu ditolak kerana bersama PAS" - BN Serawak
3. Hina Islam: Kenapa penyokong Umno takut meng'kafir harbi'kan MCA sepertimana yg dilakukan terhadap DAP?
4. MCA terus terkehadapan perlekeh Islam: Kali ini hasut DAP supaya pertikai dasar Islam Kelantan!
5. MCA semakin galak timbulkan isu kaum/agama, Umno terus menyalak menyalahkan DAP..
6. GEMPAR: Gerakan pertikai tulisan jawi, mahu mansuh koata pemilikan 50% bumiputra di Kedah!
7. Chua Soi Lek semakin lantang hina hukum negara Islam! Najib setuju kenyataan Chua Soi Lek hina Islam!
8. PANAS: Peguam MCA 'panas telinga' dengar azan, desak Masjid Pantai Dalam kawal bunyi azan!
9. BIADAP: Naib presiden MCA, Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen memperlekeh larangan pekerja muslim dari bekerja di tempat2 hiburan!..(video)
10. Akhbar MCA hina Islam: "Undang-undang itu (Enakmen Syariah Selangor) terlampau bodoh untuk digambarkan" - The Star
11. BIADAP: MCA hina hukum Islam (berjabat tangan) di Tenang, takutkan pengundi Cina dengan penubuhan negara Islam!
12. KURANG AJAR: Selepas MCA, giliran Gerakan pula menyerang Islam..parti rasis Umno terus membisu!
13. MCA SEMAKIN BIADAP!: "Apa baiknya untuk mengenali tatasusila orang Islam?" - Chua Soi Le
k

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 11:15 AM Kategori:

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III