Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencabar DAP supaya keluar daripada Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.
Beliau berkata dengan bertanding atas "tiket sendiri" tanpa ada apa-apa pakatan dengan PKR dan PAS, ia dapat menguji sejauh mana kekuatan serta pengaruh DAP dalam meraih sokongan rakyat.
"Kalau berani berbuat demikian, barulah parti DAP boleh dikatakan sebagai 'anak jantan'," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan komputer riba '1Malaysia' kepada 2,876 pelajar sekolah menengah dalam Parlimen Bagan Datoh, semalam.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mengumumkan DAP tidak akan bersetuju untuk mengadakan pilihan raya umum di negeri-negeri diperintah Pakatan Rakyat jika kerajaan pusat mengadakan pilihan raya umum tahun ini.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, berkata kenyataan DAP itu lebih bersifat politik yang sengaja ditimbulkan semata-mata untuk mencari publisiti murahan.
Zahid: DAP 'anak jantan' jika keluar Pakatan
Lainnya dari
Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 10:37 AM Kategori:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment