Berani...Artis grafiti lakukan vandalisme tukar tugu jadi karektor adiwara

SOFIA - Satu tugu peringatan yang dibina untuk mengingati ulangtahun liberalisasi Tentera Merah Rusia ke atas Bulgaria pada tahun 1944 di Sofia, Bulgaria telah ditukar menjadi karektor adiwira dan kartun popular seperti Superman.

Sehingga kini, tiada siapa yang tahu artis grafiti mana yang bertanggungjawab melakukan perbuatan vandalisme itu, lapor sebuah akhbar.


Berada di tengah-tengah ialah watak Superman dengan lambang huruf 'S' berwarna kuning merah dan baju berwarna biru.

Di sebelah kiri pula ada watak Santa Claus, manakala maskot rangkaian makanan segera McDonalds, Ronald McDonald berada di sebelah kanan. Tidak ketinggalan, watak Joker yang diambil daripada filem Batman.

Pada bahagian bawah, artis grafiti itu menulis "Bergerak bersama masa" dalam bahasa Bulgaria menggunakan cat berwarna hitam

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 12:18 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III