Kapal kalis radar RM591.92 juta jadi besi sekerap


KAPAL kalis radar milik Tentera Laut Amerika Syarikat ini sepanjang 48.76 meter.

WASHINGTON - Sebuah kapal kalis radar milik Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) yang bernilai AS$195 juta (RM591.92 juta) kini menjadi besi sekerap, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Kapal itu yang siap dibina pada 1985 oleh Agensi Projek Penyelidikan Lanjutan Pertahanan dan syarikat Lockheed Martin.

Ia dibina untuk tujuan eksperimen tetapi kini menjadi besi sekerap selepas tiada muzium di AS yang mahu menjadikan kapal berkenaan sebagai bahan pameran.
Kapal itu diberi nama Sea Shadow sepanjang 48.76 meter dan lebar 21.33 meter dengan kelajuan maksimum 14 knot.
Jurucakap Tentera Laut AS, Chris Johnson berkata: "Kapal itu dibina dengan tujuan untuk mengkaji aplikasi teknologi kalis peluru dan peluru berpandu tentera laut."
Ia tidak pernah digunakan dalam sebarang operasi ketenteraan. 

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 8:47 AM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III