Masjid kayu Seberang Jertih menarik hati

Masjid kayu bercirikan seni bina Melayu zaman silam yang tersergam indah bagi menggantikan masjid lama di Seberang Jertih ini, diharap mampu mengimarahkan masjid dan menambat hati umat Islam untuk mendirikan solat di masjid memandangkan ia memiliki seni bina yang mendamaikan serta unik.

Masjid yang dibina berasaskan 90 peratus kayu cengal itu sudah mula digunakan untuk solat lima waktu dan Jumaat yang menarik ramai umat Islam untuk menunaikan sembahyang di situ.


Pengerusi jawatankuasa masjid, Ayob Jusoh berkata, masjid bernilai RM18 juta itu mampu menampung 800 jemaah pada satu-satu masa sudah mula boleh digunakan sejak minggu lalu.

Menurutnya, seni reka bentuk yang diilhamkan sendiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, Datuk Seri Idris Jusoh turut dilengkapi perpustakaan dan galeri ilmu.

“Jumaat lalu buat pertama kalinya masjid itu mengadakan solat Jumaat dan setiap ruang dipenuhi jemaah,” katanya.

Menurutnya, bagaimanapun kerja sampingan masih dilakukan kontraktor terbabit.

Sementara itu, kerja merobohkan masjid asal yang terletak bersebelahan masjid berkenaan juga sedang berjalan.

Difahamkan kayu dan atap masjid lama akan digunakan untuk mendirikan sebuah surau di sebuah sekolah di Jertih.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 7:20 AM Kategori:

1 comments:

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III