Blogger pencacai Umno dayus

Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang, Amir Ghazali membidas sikap blogger tajaan Umno yang tidak putus-putus menjadi 'pencacai' kepada kepimpinan parti itu yang terlalu kecewa ekoran kekalahan teruk yang dialami pada Pilihan raya Umum ke-12 lalu.

Senario itu baginya, jelas menampakkan pemimpin Umno dan BN semakin dayus untuk bertemu secara berdepan dalam forum yang sememangnya memberi peluang untuk mengkritik dasar kerajaan negeri.

"Kepimpinan Umno jelas dayus kerana terus memperkudakan blogger yang inginkan publisiti tanpa mengetahui kesan terhadap perpaduan kaum di Malaysia," katanya.

Sehubungan itu, Pemuda Pakatan Rakyat negeri semalam membuat laporan yang meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Utara menyiasat segera dakwaan yang tidak berasas sebagaimana yang disiarkan dalam blog pisau.net pada 17 dan 19 September lalu kononnya pemberikan wang ehsan RM100 kepada warga emas hasil wang judi.

Ketua Dapsy, Ng Wei Aik berkata, artikel yang diterbitkan dua kali itu masing-masing bertajuk 'Gempar! Wang Ehsan 100, Warga Emas Makan Duit Judi?' dan 'Kerajaan Negeri Tak Jawap, Boleh Percayakah Guan Eng' merupakan satu lagi fitnah dan tohmahan yang tidak munasabah.

"Umno sebenarnya sudah hilang modal dan sanggup lemparkan fitnah dan tohmahan yang tidak masuk akal," ujarnya.

Kerajaan negeri yang berjiwa rakyat sambungnya, tidak sekali-kali memperkudakan rakyat dengan pemberian wang hasil yang haram.

SKMM, tegasnya, wajar mengambil tindakan terhadap blogger pisau.net kerana sengaja mencipta isu untuk merosakkan imej Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

"SKMM kena segera melakukan siasatan berkenaan supaya tiada lagi blogger begitu berani memainkan isu yang tidak berasas dan berbaur fitnah," terangnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar.

Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Yusni Mat Piah juga menyifatkan dakwaan blogger itu untuk meniupkan api kebencian orang Melayu terhadap kepimpinan Ketua Menteri.

"Rakyat jangan terpedaya dengan dakyah buruk Umno yang terlalu bencikan perpaduan yang ditunjukkan dalam Pakatan Rakyat," katanya.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 2:03 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III