Syed Husin nyanyuk: Zaid diingat tak sombong, angkuh

Naib Presiden PKR Azmin Ali mengesa Datuk Zaid Ibrahim menarik balik kenyataannya yang menyifatkan Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali sebagai "nyanyuk" dan "lupa" berhubung kedudukannya sebagai penyelaras Pakatan Rakyat.

Katanya, beliau sedih dengan kenyataan terbaru Zaid itu kerana sebagai orang lama, Syed Husin telah berdepan dengan pelbagai cabaran yang ujian yang jauh lebih getir berbanding generasi baru dalam PKR hari ini.

"Saya sedih kalau Datuk Zaid Ibrahim meneruskan serangan-serangan peribadi seperti ini," katanya yang juga ahli parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa.

Portal berita Free Malaysia Today versi bahasa Malaysia hari ini melaporkan Zaid berkata, Syed Husin, yang tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti itu bulan depan, sudah lupa beberapa perkara sehingga mengeluarkan kenyataan yang tidak betul.

Syed Husin sebelum ini dilaporkan mempertikaikan peranan Zaid sebagai penyelaras Pakatan kerana bekas menteri itu didakwa tidak terlibat secara menyeluruh dalam persiapan draf dasar Pakatan.Zaid dilaporkan berkata, selepas ditugaskan memberi idea dan kertas kerja untuk menyatukan PKR, PAS, dan DAP untuk didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS), beliau tidak faham kenapa kenapa Syed Husin mempertikaikan kerjanya.

"Saya rasa beliau sudah nyanyuk dan lupa mengenai hal itu," beliau dipetik sebagai berkata kepada akhbar itu.

Dalam laporan itu, Zaid juga berkata, oleh kerana permohonan itu belum disahkan lagi oleh ROS, bermakna peranannya belum menjadi jawatan rasmi dan mungkin selepas diluluskan, "mungkin ia akan diberikan kepada orang lain".

Syed Husin: Dia macam cili, dia rasa pedas
Dalam wawancara dengan Malaysiakini awal petang ini hari ini, Azmin juga berkata, Syed Husin telah terlibat dan istiqamah dalam perjuangan menuntut keadilan lebih sedekad lalu, termasuk merengkok dalam penjara lebih lapan tahun.

"Janganlah orang baru seperti Zaid ini menyinggung perasaan seorang pemimpin lama yang telah diuji dalam perjuangan ini," kata Azmin yang juga bekas setiausaha sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Azmin lagi, berbeza dengan Syed Husin, "dia (Zaid) tak faham apa makna perjuangan".

"Sebab itu saya nasihatkan supaya beliau melihat kembali kepada Pengisytiharan Permatan Pauh. Baca, hayati, jangan sombong dan angkuh. Jangan ingat kita tahu semua. Hentikan sikap ego," katanya.

Pengisytiharan Permatang Pauh pada 12 September 1998, sebelum Anwar ditahan kali pertama, dianggap sebagai asas kepada ideologi dan dasar-dasar penting bagi pembentukan PKR.

Dengan nada tenang, Azmin bagaimanapun mengajak semua pihak supaya bermuafakat dan berbincang penuh semangat kekeluargaan berhubung perkara itu.

"Kalau benar beliau mengeluarkan kenyataan itu, saya minta supaya beliau tarik balik dan tidak meneruskan tindakan seperti ini yang amat memalukan anggota dan pemimpin dalam PKR yang telah lama bersama Syed Husin Ali," katanya.

Sementara itu, mengulas wawancaranya yang mengundang pelbagai reaksi itu, Syed Husin hanya mengucapkan terima kasih atas pujian dan kejian terhadapnya.

"Terima kasih banyak. Untuk yang istimewa: Dia makan cili, dia rasalah pedasnya!" katanya tidak menyebut secara langsung individu itu.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 8:58 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III