Forum penghapusan subsidi malam ini

Satu forum bagi membincangkan isu penghapusan subsisi oleh kerajaan akan diadakan malam ini di Hotel Seri Malaysia, Alor Setar, Kedah.

Forum anjuran bersama oleh IDEAS dan Friedrich Naumann Foundation ini akan menampilkan empat panelis daripada parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Mereka ialah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Fomca, Datuk Paul Selvaraj, Ketua Eksekutif Ideas, Wan Saiful Wan Jan dan akan menampilkan seorang wakil daripada Umno.

Mahfuz ketika dihubungi Harakahdaily hari ini berkata, penghapusan subsidi ini timbul kerana kerajaan berhadapan dengan masalah kewangan yang berpunca daripada ketidak telusan pengurusan dalam kewangan.

"Tidak wajar disebabkan masalah pengurusan kewangan negara, rakyat yang dibebankan.

"Kerajaan sudah lama mebentuk mentaliti subsidi dalam pemikiran rakyat tiba-tiba dalam sekelip mata kerajaan mahu menghapuskan subsidi dalam keadaan taraf hidup kita masih belum meningkat," kata Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.

Mahfuz akan menghuraikan dengan lebih terperinci lagi mengenai isu ini dalam forum jam lapan malam ini.

Sehubungan itu, rakyat dijemput untuk menghadiri forum ini bagi mendapatkan penjelasan yang sebenar berhubung isu ini.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 9:56 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III