Protes desak Ronnie Liu letak jawatan

Kira-kira 30 penduduk Pandamaran berhimpun di pejabat ADUN Pandamaran yang juga exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu, untuk mendesak beliau meletak jawatan.


Mereka turut membawa kain rentang dan sepanduk bagi menyuarakan ketidakpuasan mereka, dan berhimpun di situ selama kira-kira sejam.

Mereka tidak tidak puas hati kerana mendakwa Ronnie kurang menyediakan perkhidmatan kepada pengundi di situ. Seorang penduduk yang menyertai protes tersebut, Tew Leong Yew memberitahu Malaysiakini bahawa Ronnie tidak pernah melawat kawasan untuk menyelesaikan masalah mereka, dan sebaliknya menuduhnya hanya sibuk menguatkan kedudukan politiknya.


"Bahkan prestasi (bekas ADUN MCA) Teh Kim Poo lebih baik. Kami menyesal mengundi Ronnie," tegas Tew.

Penduduk juga merasakan bahawa DAP secara tidak adil telah memecat Tee Boon Hock, yang didakwa mereka orang yang benar-benar bekerja di kawasan tersebut.

"Tee berkhidmat untuk kita, tapi dia dipecat oleh parti."

Tew berkata penduduk Pandamaran menghadapi banyak masalah antaranya masalah saluran longkang dan lampu jalan.

Beliau mencerita bagaimana bekas ADUN di situ akan menjadualkan tugas pekerja untuk membersihkan saluran longkang besar di kawasan itu bagi mengelak banjir.

"Tapi, selepas Ronnie menang, dia tidak pernah menghantar orang untuk membersihkan saluran longkang dalam masa dua tahun ini. Banjir berlaku setiap kali hujan," katanya.


Ketika kumpulan itu mengadakan protes, Ronnie kebetulan berada dekat situ menghadiri satu majlis mengagihkan beras kepada penduduk tempatan.

Kumpulan tersebut bagaimanapun tidak pergi menemui Ronnie tetapi terus berkumpul di pejabatnya.

Tew berkata, protes itu dirancang minggu lalu dan oleh itu mereka tidak tahu yang Ronnie akan menghadiri satu majlis di situ.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 9:25 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III