Pelajar Pahang di Kaherah dibolehkan berpolitik?

Pelajar dipergunakan oleh sesetengah pihak dalam agenda politik khususnya politik Malaysia.

Sungguh tidak masuk akal lambang sebuah parti politik berada di premis pelajar, sedangkan kita sudah maklum bahawa pelajar dilarang berpolitik.

Tetapi inilah yang berlaku di asrama Pahang Kaherah, Mesir. Dimaklumkan pertubuhan ini jelas berunsurkan politik yang ditubuhkan atas dasar kebajikan namun, mengapa mesti menggunakan lambang parti politik?
Saya berpendapat ini adalah jelas mempunyai satu agenda lain bahkan amat tidak bersesuaian dengan situasi pelajar. Saya sebagai penyokong kuat kepada pertubuhan tersebut merasakan perlu kepada perlaksanaan yang betul dan benar-benar ikhlas dalam melaksanakan kebajikan pelajar, tidak perlulah berlatarbelakangkan politik.



Semenjak kehadiran pertubuhan ini, bermacam kejadian yang mengundang kepada perpecahan dikalangan pelajar dan kemerosotan yang ketara dalam pelajaran bagi setiap ahli pertubuhan ini khususnya dan amnya seluruh anak-anak Pahang yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pertubuhan tersebut. Ini juga tidak ketinggalan kesannya kepada pelajar-pelajar lain.

Mengapa pekara sebegini boleh berlaku? Berkemungkinan besar, tumpuan kepada pembelajaran yang tidak sepenuhnya dan seringkali mengundang perbalahan sesama pelajar dan disebabkan pertubuhan ini jelas berunsurkan politik semata-mata.

Jelas amat tidak wajar kehadiran pertubuhan ini di kalangan pelajar. Lebih-lebih lagi dengan situasi yang berlaku di asrama Pahang ketika ini yang cukup sensitif dengan apa-apa pekara yang berunsurkan politik dan juga penumpuan pelajar-pelajar masa kini kepada dunia ilmu.

Saya merasa sedikit kekeliruan dengan kehadiran pertubuhan ini dan kewujudan lambang parti politik Malaysia yang sekarang ini adalah sebuah parti yang saya amat kagumi, boleh mengambil langkah untuk menggunakan premis pelajar sebagai pejabat atau pusat gerakan dan sebagainya.

Dilihat kepada premis pelajar ini tidak mempunyai apa-apa tanda yang menunjukkan adalah tempat kediaman ataupun asrama pelajar. Sedangkan sepengetahuan saya seluruh banggunan (premis pelajar) ini adalah hak milik Yayasan Pahang. Tetapi tiada apa-apa tanda bahawa premis ini hak milik Yayasan Pahang.

Kebimbangan juga saya terdapatnya lambang parti politik (Umno) ini dikira mencabuli hak Yayasan Pahang. Jika saya terlibat sama, kemaafan dipohon atas pencabulan yang berlaku,

Di sini, saya menyatakan kekecewaan dan pengharapan yang tinggi, lambang pertubuhan parti politik (Umno) ini di premis pelajar diturunkan atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas.

Menjadi hasrat dan cita-cita besar bagi ahli pertubuhan, dan pelajar-pelajar lain pekara ini diambil berat dan tindakan untuk memindahkan atau menrunkan lambang pertubuhan parti politik (Umno) ini sesegera yang mungkin.

Dengan kemrosotan kecemerlangan dan berlakunya perpecahan dikalangan pelajar, sewajarnya pertubuhan ini dibubarkan atau dinafikan kewujudannya. Kecemerlangan pelajar dan hubungan yang baik dikalangan pelajar amat penting dan lebih diutamakan.

Justeru, saya berharap lambang tersebut dapat diturunkan dengan segera yang mungkin.
Lebih-lebih lagi sekarang adalah waktu kedatangan mahasisiwa baru ke Mesir sekaligus akan ini akan menimbulakan padangan yang tidak baik terhadap perrtubuhan ini dan pihak-pihak yang lain.

Saya amat berharap agar dengan tersiarnya surat ini akan mendapat perhatian yang serius dari mana-mana pihak dan ada pihak yang akan membuka mata dengan membawa hal ke peringkat yang lebih tinggi.

Sekali lagi saya sangat berharap agar lambang Umno tersebut segera diturunkan!

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 10:29 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III