Bakun+MRR2+Istana Negara (baru)+PKFZ+Sri Perdana.. adakah selepas ini +Warisan Merdeka?: Menilai kembali sorotan sejarah.

Budget negara Malaysia bagi tahun 2011 dibentangkangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun razak. Berikut serba sedikit intipati ringkas belanjawan bagi tahun 2011.

Belanjawan (bajet) 2011 bertema "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" dengan empat strategi utama. Walau bagaimanapun saya hanya mempersoalkan mengenai perancangan seperti mana yang disebutkan di bawah iaitu;



  • Warisan Merdeka - Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020.


Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak."Kita berasa sungguh bangga kerana ke mana sahaja kita pergi, semua orang mengetahui tentang Menara Berkembar Petronas.

"Satu lagi mercu tanda yang akan dibangunkan oleh Permodalan Nasional Bhd ialah Warisan Merdeka, yang dijadual siap pada 2020," katanya semasa membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam pembentangan Bajet 2011 sebentar tadi,Perdana Menteri Satu Malaysia mengumumkan sebuah lagi menara pencakar langit bakal dibina di Kuala Lumpur,dikenali sebagai Warisan Merdeka.Projek yang bakal dibangunkan oleh Permodalan Nasional Berhad itu akan menelan kos RM5 bilion,mempunyai 100 tingkat dan dijangka siap tahun 2020.

Apabila siap kelak,menara tersebut akan mengatasi ketinggian KLCC dan Menara Kuala Lumpur.Ketika mengumumkan perkara tersebut,Najib berkata,"kita berasa bangga apabila ke mana sahaja kita pergi,semua orang mengetahui tentang menara berkembar Petrons." Persoalannya,apakah tujuan utama pembinaan Menara ini?Adakah ianya bersandarkan kepada kebanggaan semata-mata? saya bimbang,jika trend semasa digunapakai,menara tersebut apabila siap nanti,berkemungkinan akan melebihi kos asal pembinaannya.Apakah fungsi utama bangunan tersebut apabila siap nanti memandangkan Permodalan Nasional Berhad sendiri telah mempunyai menara mereka sendiri.

Adakah YAB DS Najib mahu bersaing dengan Tun Mahathir dalam perlumbaan membina menara? sedangkan di dalam negara sendiri masih ada rakyatnya yang makan dedak setiap hari? memerlukan bantuan untuk keperluan asas terutamanya pendidikan. mengapa setiap kali kelompok mahasiswa menuntut supaya diberikan biasiswa, mereka sering memberi alasan bahawa sumber kewangan kerajaan semakin terhad dan hanya memfokuskan kepada setor-sektor yang boleh menjana pendapatan khususnya yang berkapasiti tinggi kepada negara seperti industri pembuatan, perdangangan, dan sebagainya.

Saya yakin akan ada kelompok yang tidak bersetuju dengan pendapat dan pandangan saya mengenai keperluan negara pada masa ekonomi negara dalam keadaan sempit ini beria-ia membina sebuah menara, yang saya yakin tidak mampu dimiliki oleh kaum bumiputera jika ia siap kelak. Maka saya tidak terkejut jika ada yang mengatakan bahawa pembinaan menara ini bakal membuka mata dan keyakinan pelabur-pelabur asing untuk menanam modal di negara kita lantas merancakkan pertumbuhan ekonomi negara sekaligus memberi manfaat kepada rakyat. Jika ungkapan dan hujahan ini digunapakai pada masa dan keadaan ini, maka saya tidak bersetuju tetapi jika untuk sebelum ini masih ada kebenarannya. Hal ini disebabkan kedudukan dan suasana ekonomi negara ketika itu masih kukuh dan berkembang.

Tetapi kini, seperti mana yang dinyatakan sendiri oleh seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala yang dinyatakan secara live di televisyen bahawa negara akan bankrap pada tahun 2019 jika keadaan dan urus tadbir kewangan negara dalam keadaan seperti sekarang ini. Apa yang lebih saya bimbangkan, dari segi kos pembinaannya akan menjadi berlipat kali ganda daripada nilai sebelumnya. Jangan kita terlupa mengenai fakta ini, iaitu pembinaan projek-projek mega seperti empangan Bakun, skandal PKFZ,  Istana Negara mengalami masalah peningkatan kos pembinaan yang sangat keterlaluan. misalnya;

PKFZ

1) Laporan audit Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) menunjukkan bahawa kos projek tersebut boleh melonjak kepada RM12 bilion berbanding RM1.96 bilion ketika ia dilancarkan pada 2001.

Empangan Bakun

2) Projek Empangan Bakun yang menelan kos RM7.3 bilion sehingga akhir tahun ini, bakal menjurus kepada tanggungan faedah setinggi RM10 juta setiap bulan, oleh pemiliknya Sarawak Hidro Sdn Bhd (SHSB), mulai tahun 2011. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) telah membekalkan pinjaman sebanyak RM5.75 bilion kepada projek ini sehingga kini. SHSB terpaksa menanggung faedah setinggi RM10 juta setiap bulan mulai tahun depan.


Istana Negara baru Jalan Duta

3) Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng menyatakan dalam sesi soal awab di Dewan Rakyat, bahwa kos pembinaan Istana Negara yang baru di Jalan Duta telah meningkat daripada RM400 juta pada tahun 2006 kepada RM811 juta iaitu peningkatan sebanyak 2 kali ganda dalam masa empat tahun.

MRR2

4) Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2)yang dibina dengan kos RM238 juta dan telah pun dibaik pulih menggunakan belanja tambahan RM70 juta mengalami keretakan. Ogos 2004, laluan berkenaan ditutup buat pertama kali kerana ia mengalami masalah keretakan rasuk tiangnya. Pada Februari 2006, ia sekali lagi ditutup akibat masalah yang sama yang memerlukan struktur itu dibaik pulih dengan kos RM70 juta.

Sri Perdana, Putrajaya.

 5) Kediaman Rasmi Perdana Menteri di Putrajaya, Sri Perdana: Pada awalnya kerajaan mencanang bahawa pembinaan hanya sekitar RM16 juta sahaja. Manakala, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DS Nazri Abdul Aziz kos pembinaannya RM24.17 juta semasa sesi soaljawab di Dewan Rakyat. Diberitahu bahawa kos pengubahsuaian  adalah RM2.9 juta setahun iaitu dengan purata RM242,991.50 sebulan. manakala, blok rumah persendirian di mana Timbalan Perdana Menteri dan keluarga tinggal berjumlah RM13.51 juta dengan kos penyelenggaraan tahunan berjumlah RM1.46 juta setahun iaitu dengan purata RM122,267 sebulan.

Sudah lupakah kita bahawa tahun 2019 adalah tahun bankrapsi mengikut perkiraan Idris Jala, tetapi menurut Presiden UMNO, tahun 2020 kita ada bangunan pencakar langit yang setinggi 100 tingkat. Aku tak faham...  Sudah lupakah kita setelah projek 10 bilion Bakun menjadi projek gajah putih Sudah lupakah kita tentang apa yang berlaku sebelum ini? apakah sebenarnya kedudukan kekuatan ekonomi kita? benar-benar sudah kukuh atau dalam proses pengukuhan? apakah rasionalnya pembinaan menara bernilai RM5 bilion ini sedangkan sebelum ini kerajaan memalu gendang penarikan subsidi gula kononnya disebabkan tanggungan kerajaan yang keterlaluan akibat kemelesetan ekonomi? kini kerajaan sekali lagi menceburi sebuah projek mega dan lebih malang, kali ini wang pemegang saham Permodalan Nasional Berhad bakal menjadi mangsa.

Apapun ini hanya pandangan saya secara peribadi, terpulang kepada sesiapa untuk menilainya. seperti biasa, mengkritik tidak bererti menentang. Memuji tidak semestinya menyokong. Menegur tidak bermakna membenci. Berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik. Pengalaman silam adalah pengajaran terbaik bagi yang ingin terus maju ke hadapan. Selamat Maju Jaya Malaysiaku!

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 4:00 AM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III