Semenjak Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO, isu Melayu bangkit kembali. Kali ini ahli dengan nada yang lain. Kali ini ahli UMNO dimaklumkan bahawa – soal hak keistimewaan Bumiputera dan hak Melayu tidak akan tergugat kerana peruntukkan perlembagaan dan kuasa Raja-Raja Melayu ada untuk memastikan ia kekal. Ahli UMNO dimaklumkan bahawa kedudukan Melayu akan tetap terbela dan kuasa Raja-Raja ini adalah kuasa mutlak yang menjaga kedudukan orang Melayu.
Polemik timbul, sekiranya hak dan kedudukan Melayu sudah terpateri kukuh oleh peruntukan perlembagaan dan ini di jaga oleh Kuasa Raja – apa perlu orang Melayu takutkan lagi, apa perlu perjuangan mempertahankan hak dan apa perlu usaha kaum lain menuntut hak kerana ini TIDAK boleh diubah.
Jangan gusar kerana menurut Najib Tun Abdul Razak kedudukan Melayu sudah terkunci mati. Ini mungkin menjadikan kita Melayu tidak lagi gusar dengan kenyataan ini TETAPI berbeza dengan pendapat beberapa ahli dalam persidangan itu dan juga beberapa komen yang di terima dalam saya melontarkan pendapat di FB saya. Hadir komen dalam FB saya yang mengatakan bahawa krisis perlembagaan dan pindaan mengenai kuasa Raja–Raja tahun 1983 dahulu telah menunjukkan bahawa ketetapan perlembagaan boleh di ubah dan dipinda mengikut persetujuan di Parlimen.
Diingatkan, pada tahun 1983, tindakan telah diambil untuk meminda Perlembagaan supaya sekurang-kurangnya kuasa Yang dipertuan Agong menolak rang undang-undang yang di lulus oleh Parlimen dibatalkan. Usaha ini berjaya tetapi tidak sepenuhnya. Yang diluluskan akhirnya ialah kuasa Yang dipertuan Agong menolak rang undang-undang Parlimen dikurangkan sedikit dengan mengadakan peruntukan baru bahawa Baginda boleh merujuk balik kepada Parlimen jika Baginda enggan menandatangani rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen. Jika Parlimen meluluskannya sekali lagi, sama ada dengan pindaan atau tidak, maka rang undang-undang itu akan menjadi undang-undang yang sah dalam jangka masa 30 hari (Perkara 66(4) Perlembagaan) walaupun tidak ditandatangani oleh Yang dipertuan Agong.
Ini bagi mereka yang memberi pendapat di FB saya menunjukkan tidak ada yang tersimpul mati dan usaha untuk mempertingkatkan kedudukan Melayu adalah usaha berterusan dan tidak seharusnya terbantut dengan peruntukkan yang ada. Apa pun perjuangan Melayu bagi saya bukan setakat mempertahankan perlembagaan tetapi meningkatkan kedudukan Melayu secara menyeluruh dari semua aspek. Maruah bangsa penting untuk di pertahankan dan dalam pada itu Melayu tidak boleh rasa begitu terjamin dengan hanya ada peruntukan dalam perlembagaan. Kita perlu sedar cabaran Melayu bukan hanya boleh di tepis oleh perlembagaan tetapi cabaran Melayu merangkumi lebih dari itu. Ingat sekali lagi pesanan Dato Onn Jaafar:
Political power without Economic power is a shadow. The industrial and commercial mechanism is the means by which a country satisfied the necessaries of life according to its standards of living. Those who control a vital factor in it can, if they wish, obstruct or cut off the supply of the necessity and so being decisive pressure to bear upon the political authority.
Dato Onn Jaafar CO 537/4785, Memorandum National Services for Malays ( Muka 220 Dato Onn Pengasas Kemerdekaan - Prof Ramlah Adam
Oleh itu adalah perlu untuk kita mengambil iktibar bahawa kedudukan Melayu perlu dilihat bukan sahaja berasaskan peruntukan Perlembagaan tetapi juga kedudukan Melayu dari sudut kekuatan ekonomi dan keseimbangan sosial kemasyarakatan. Melayu harus memastikan bahawa ketuanan yang dilaungkan bukan dari sudut peruntukan perlembagaan tetapi dari sudut kedudukan Melayu dalam struktur kemasyarakatan.
Kita harus sedar implikasi kehadiran hak Melayu yang tidak digunakan sepenuhnya atau terseleweng akan hanya meletakkan Melayu selangkah ke belakang setiap kali kaum-kaum lain maju ke hadapan. Kedudukan Melayu perlu diperjuangkan termasuk dari sudut politik, ekonomi dan sosial. Sekiranya tidak kuasa yang ada mungkin terlepas dan hak yang ada mungkin tergugur. UMNO sebagai wadah perjuangan Melayu harus serius memperjuangkan isu ini dan Melayu juga perlu membuka mata melihat wadah UMNO sebagai wadah utama untuk tujuan ini. UMNO sendiri perlu sedar dan perlu bahawa serangan hari ini amat menyeluruh dan penjajahan minda adalah penjajahan yang lebih kritikal yang mampu melakukan mencairkan erti bangsa Melayu.
Melayu - kedudukan terjamin?
Lainnya dari
Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 5:35 PM Kategori:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(924)
-
▼
October
(291)
-
▼
Oct 29
(21)
- Kelantan pertahan hak istimewa Orang Asal
- Melayu - kedudukan terjamin?
- Gagal salur peruntukan, MP heret k'jaan ke mahkamah
- Jawapan kepada Zahid: Umno punca Melayu dihina
- Gua Musang patut lebih maju jika BN prihatin
- Matinya Ketuanan Melayu???
- Bakun+MRR2+Istana Negara (baru)+PKFZ+Sri Perdana.....
- Ustazah Terima Hadiah SPORT TOTO?? Hukumnya???
- Zaman Najib-Rosmah: Hutang negara paras tertinggi,...
- NKRA Najib-Rosmah GAGAL: Indeks Rasuah 'Negara Isl...
- GEMPAR: Pemuda Umno puji silibus PASTI, hentam 'ka...
- PANAS BERAPI: Blogger Umno kutuk Puteri Umno! - GE...
- GEMPAR: Seorang tokoh Umno Kelantan bakal tinggalk...
- Transformasi Najib-Rosmah: Lebih banyak kelab mala...
- Idris: Usaha tangani rasuah tunjuk kemajuan
- Liwat II: Rektum Saiful 'kosong', kata pakar bedah
- PAK hutang Kelantan RM30 juta
- Patologi: Peluru tembusi tengkorak Aminul
- Pemuda PAS dakwa Zambry teruskan amalan syirik
- Masjid mati sebelum manusia mati angkara Umno
- Fatwa 'Ikut Suka PAS': Umno keliru dan terus keliru
-
▼
Oct 29
(21)
-
▼
October
(291)
0 comments:
Post a Comment