Kata-Kata Mahatir Terhadap Ulamak dan Islam FIKIRKAN!!!!!!

Mahathir kata:

1. "Ajaran ulama' inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka". (Dr.Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC).

2. Kerana ajaran pentafsir-pentafsir ini, orang Islam hari ini menjadi masyarakat yang mundur dan jahil dalam berbagai ilmu".(Dr.Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpunan Agung UMNO, PWTC).

3. "Ini Nik Aziz kononnya Tok Guru, tak boleh guna nama lain, kena panggil tok Guru...tok guru apa? (Dr.Mahathir Mohamad, 20 Nov.1994, Perhimpunan Agung UMNO, PWTC).

4. "Belum ada universiti yang mengeluarkan sijil mengakui seseorang itu adalah 'ulama' (Dr.Mahathir Mohamad, 26hb.Nov.1995, Perhimpunan Agung UMNO, PWTC).

5. "Tetapi saya ada ilmu sedikit tentang perubatan dan sedikit mengenai dengan politik. Saya tanya pada beliau (Wan Mokhtar) layak atau tidak saya menjadi 'ulama' dalam bidang perubatan dan politik. Beliau kata layak". (Dr.Mahathir Mohamad, 19 Nov.1989, Perhimpunan Agung UMNO, PWTC).

6. "Di Perlis, saya pecat tiga imam kerana baca khutbah hentam saya".(Shahidan Kassim, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).

7. "Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato' Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama', macam-macam ulama' ada. Kita pun tau. Ahmad Sabu pun ulama' jugak, Mustapha Ali ulamak."Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia- inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama' jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi - pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa 'ulama' adalah waris nabi'. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih." (Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).

8. "Tapi Mufti Selangor (Dato' Ishak Baharom) raja pun nak suruh buang dia. Raja pun tak setuju dengan dia. I think you'd better take action. Call him up dan tell him that he has breached the government punya regulations that he must be terminated dan kita tak bagi tauliah pada dia. Walaupun dia bukan pegawai kerajaan, orang bersyarah berkenaan dengan agama tanpa tauliah, akan diambil tindakan."(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).

9. "Dapat duit banyak (Dr.Harun Din). Hari-hari ada orang yang hantar air di situ depan rumah, - dia boleh jampi on mass production punya system, letak air dalam botol, dia jampi kita buat balik, bayar duit pada dia, kaya bukan main. Bila dia sakit ke mana dia pergi, Australia? Tak berani, saya sakit nak belah saya pergi sini orang nak tau, orang tahulah takpa, saya tak nak sembunyi apa. Ini pasai nak sembunyi pi lari Australia, lebih percaya orang kafir daripada orang Islam.(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).

Allah kata (berfirman):

1. "Sesungguhnya yang takut kepada Allah di kalangan hamba-hambaNya hanyalah ulama'"

(Mafhum al-Quran, Surah al-Fathir:28)
Nabi kata (bersabda):

1. "Ulama' itu waris sekalian para Nabi"
2. "Ulama' itu pelita-pelita bumi, pengganti-pengganti Nabi"
3. "Ulama' itu para pemegang amanat Allah atas segenap makhlukNya"

Lanjutan dari gesaan Mahathirlah (perkara 8 di atas), maka Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah. Melihat kepada penyelewengan yang kian melampau yang dilakukan oleh kerajaan UMNO/BN, ramai para ulama' yang mula terjun bersama masyarakat dalam menyedarkan umat Islam akan kezaliman dan kemungkaran kerajaan UMNO/BN yang memerintah hari ini, antaranya ialah:-

1. Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom (bekas Mufti Selangor)
2. Sahibus Samahah Sheikh Azmi (bekas Mufti Pulau Pinang)
3. Sahibus Samahah Dato' Said Ibrahim (bekas Mufti Sabah)
4. Ustaz Prof. Dato' Dr.Haron Din (Majlis Fatwa Perlis / bekas pensyarah UKM)
5. Ustaz Dr.Aziz Hanafi (bekas penyarah Universiti Brunei Darussalam)
6. Ustaz Dr.Badrul Amin (bekas pensyarah UIA)
7. Ustaz Ismail Kamus (pendakwah bebas)
8. Ustaz Taib Azamuddin (bekas Imam Besar Masjid Negara)
9. Ustaz Kamal Ashaari (bekas Imam Masjid Negeri Shah Alam)
10. Ustaz Mohamad Mustapha (ulama' muda yang masyhur dari Kelantan)
11. Ustaz Dato' Tuan Ibrahim T. Man (bekas pensyarah ITM/ panel Forum Perdana)
12. Ustaz Md.Daud Che Ngah (pegawai kanan Tabung Haji)

dan ramai lagi tuan-tuan guru, para alim-ulama', pensyarah-pensyarah Universiti dari seluruh negara yang sudah tidak mampu lagi melihat kesucian dan kemurinan Islam dijadikan bahan ejekan oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya. Bahkan para ulama dari seluruh dunia seperti Sheikh Dr.Yusuff al-Qardawi, Sheikh Taha Jabir al-Alwani, dan ramai lagi yang sepakat mengatakan bahawa adalah HARAM bagi umat Islam berdiam diri melihat kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan Mahathir dan UMNO/BN, dan menumbangkan kerajaan yang zalim ini merupakan suatu yang WAJIB.

Apakah masih ada umat Islam yang mahu bersekongkol dengan puak-puak yang menolak hadith, hina ulama dan menerima pendapat mereka yang menyesatkan masyarakat, atau pun memilih untuk bersama para alim ulama' besar tempatan dan luar negara dan menerima pendapat mereka demi kebahagiaan dunia dan akhirat?

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 5:03 AM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III