Portal berita, TV layak jadi ahli penuh NUJ

Ketika orang ramai ramai, termasuk pemberita menyangkakan keahlian Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) hanya ekslusif untuk media cetak, presiden barunya Hata Wahari mendedahkan sebaliknya.

Katanya, perlembagaan NUJ tidak pernah meletakkan syarat yang menghalang media baru dan wartawan penyiaran bagi mengganggotainya sebagai ahli penuh.

"Dlam perlembagaan NUJ tiada halangan (terhadap) siapa hendak tubuhkan kesatuan sekerja.

"Maknanya, dia boleh tubuhkan NUJ cawangan Bernama TV (contohnya). Boleh, tak ada masalah," katanya.

Bagaimanapun, menurut wartawan kanan Utusan Malaysia itu, terdapat proses-proses biasa yang perlu diikuti sebelum diterima masuk.

"Tak ada (peruntukan) kata portal berita tak boleh sertai. Selagi kamu ada ahli 20 orang keatas, berdaftar, bayar yuran selama setahun.

"Pendaftaran cawangan lagi mudah daripada pendaftaran kesatuan sekerja. Itu yang (kita) nak tarik lagi ramai orang datang (sertai NUJ)," katanya.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini Rabu lepas, Hata juga memberitahu, walaupun tidak layak, sekarang ini sudah ada editor yang dan pengarang kanan yang menyertai kesatuan itu sebagai ahli bersekutu.

Ditanya kenapa perkara tersebut tidak dihebahkan sebelum ini, beliau menjawab ringkas, "sebab kita tidur kot selama 12 tahun (semasa pentadbiran presiden lama)".

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 2:10 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III