MP Anthony Loke dirompak RM10,000

Ahli parlimen Rasah, Anthony Loke dikejutkan awal pagi ini oleh lima perompak yang bersenjatakan parang di rumah teres dua tingkatnya di Taman Yoon Chan, Seremban. Beliau dan dua ibubapanya yang uzur kemudiannya diikat.

Loke yang dihubungi Malaysiakini berkata, kejadian 4 pagi tadi itu berlaku apabila perompak berkenaan memotong mangga pintu depan.

“Mereka masuk dan ke bilik sya dan menghidupkan suis lampu. Mereka kemudiannya dengan terus mengikat saya. Ibu bapa saya yang berusia dalam lingkungan 70an yang sedang tidur di bilik bersebelahan juga dikejutkan dan perompak mengarahkan mereka ke bilik saya.

“Mereka menghabiskan kira-kira 30 minit untuk gelidah rumah saya,” katanya.
Menurut ahli parlimen DAP itu, perompak berjaya melarikkan RM3,000 wang tunai, televisyen, komputer peribadinya, blackberry dan beberapa botol arak.

Loke berkata kerugian ditaksirkan berjumlah hampir RM10,000.
"Ibu saya kemudian berjaya melepaskan dirinya. Dia kemudiannya membebaskan saya dan ayah saya," katanya.
Loke berkata sejurus dibebaskan beliau membuat laporan polis di ibu pejabat polis Seremban.
Katanya, beliau terkejut dengan kejadian berkenaan kerana kawasan perumahannya dianggap sebagai kawasan yang selamat.
Namun Loke berkata beliau berpendapat rompakan itu tidak bermotifkan politik.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 12:38 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III