PEMBAZIRAN DAN KERUGIAN???? Benarkah Ini..

1. Beria-ia kempen ke seluruh negara menyeru rakyat berhemah ketika berbelanja, beli barangan buatan Malaysia, amalkan sikap menabung, beli yang perlu saja dan suruh rakyat menderma untuk dana negara. Tapi dia sendiri yang membazir ratusan juta ringgit untuk mahligai di Putrajaya baginya bersemayam, jet mewah Global Express untuknya bergerak dan segala serba aneka kemewahan yang tak terfikirkan oleh rakyat jelata. Sedangkan masih ada 400,000 kakitangan awam pangkat rendah (kebanyakan Melayu) belum punya rumah sendiri. Samy Vellu pula belanjakan RM1 juta hanya untuk kahwinkan anaknya S.Vellu Paari dan Shaila Nair di sebuah hotel terkemuka.

2. Mahathir mengutamakan projek mega yang menelan belanja besar hingga mencecah angka RM 150 bilion. Antara projek-projek membazir yang muncul bawah pemerintahan Mahathir, samada secara awam atau penswastaan:

· Multimedia Super Corridor (MSC): RM2.0 bilion. Hingga kini MSC masih gagal menarik usahawan tempatan dek kerana infrastruktur MSC yang mega-besar telah menjadi terlalu mahal dan sukar dihampiri.


· Istana/Mahligai PM: RM200 juta yang hanya mahu dihuni oleh ‘2 orang tua’. Mahathir enggan mengakui kos berkenaan, mati-mati beliau mencanangkan bahawa belanjanya hanya sekitar RM16juta sahaja. Akhirnya, terbongkar juga bila firma arkitek yang merekabentuk mahligai itu mendedahkan kos bina bangunan sahaja dah cecah RM110.6 juta. Kuat auta betul PM kitani.

· Jet peribadi PM (Global Express): RM200 juta. Pesawat TUDM yang usang terhempas tak apa, pasal nak beli baru duit tak ada. Wira negara terkorban tak ada hal, asalkan jangan wira dunia ketiga yang jalan. Sehingga 30 Sept 01, kos operasi jet eksekutif ini menelan belanja RM4.8 juta [TUDM], manakala kos penyelenggaraan RM5.3 juta [Airod S/B].

· Istana Budaya, Jln Tun Razak, KL: RM210 juta. Tapi sayang, bila ia siap keutamaan diberikan kepada pementasan yang berunsurkan budaya asing, muzik asing dan orang asing. Budaya tempatan dipinggirkan dengan pelbagai alasan [Mingguan Malaysia, 24 Feb 2002].

· Kompleks Sukan Bukit Jalil: RM1.5 bilion

· Sukom: RM330juta (boleh bina kompleks sukan yang besar tetapi tak mampu uruskan bekalan air di Lembah Kelang hingga terpaksa dicatu; memalukan!!) Kenyataan dariKementerian Belia dan Sukan di sidang parlimen (Ogos 1999) Sukom mengalami kerugian RM10,642,844.00 dan hutang belum selesai RM17,545,052.00

· Replika keris gergasi: RM9 juta

· Projek Bakun: RM13.4 bilion

· Pusat Pentadbiran Putrajaya: RM5.2 bilion

· Program Jaya MSN: RM160 juta

· Velodrom Cheras: RM9 juta

· KLIA, Sepang: RM10.5 bilion (tak termasuk kerugian airport Subang yang ditinggalkan untuk penerbangan domestik). Dan kini KLIA mula menerima pengurangan persinggahan penerbangan asing dan jumlah penumpang. 4 syarikat penerbangan menghentikan jadual persinggahan KLIA [All Nippon Airways, British Airways, Ansett, Qantas dan Lufthansa].

· KLCC (Menara Kembar Petronas): RM4.56 bilion. Tapak tanah KLCC ialah bekas tapak lumba kuda. Mahathir memberi arahan kawasan tersebut ditutup dan dijual kepada Ananda Krishnan. Beliau perolehi keuntungan RM100 juta bila menjual semula tanah tersebut kepada Petronas dan turut memegang ekuiti KLCC.

· Litar Formula 1, Sepang: RM286 juta

· Gelanggang Lumba Kuda Tambalang, Tuaran (1983): RM40 juta, kini terbiar begitu saja

· Projek elektronik MECCity di Pahang lingkup dengan kerajaan negeri berhutang dengan bank sebanyak RM2 bilion.

· Projek saluran air menghubungkan Sg Besar Air Hitam, Sg Dua ke loji penapisan air Merbau Kudung, Tasek Gelugor, P. Pinang yang bernilai RM44 juta terbengkalai.

3. Membazir duit berjuta-juta untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran; samada menyambut kemerdekaan atau tujuan politik mereka. Sambutan hari Merdeka baru-baru ini (di seluruh negara) saja dianggarkan, RM100 juta. Untuk pertunjukan laser di KLCC saja melibatkan belanja RM10 juta. Bayangkan pula perhimpunan paksaan BN (Mahathir) berapa banyak belanja digunakan, kos pengangkutan, kos makanan (Seremban), kos stadium, kos promosi dll kos.

4. Pengurusan yang tidak cekap, kerja sambil lewa, tidak amanah, ketamakan dan keegoan mereka selalunya membabitkan pembaziran wang rakyat dan kerugian yang amat besar. Antaranya:

· Kementerian Pelancongan & Kebudayaan membayar USD150,000 (RM570,000) untuk iklan melawat Malaysia di majalah Time (11 Feb 02). Di masa yang sama majalah berkenaan memburukkan Malaysia sebagai sarang pengganas.

· Wakil rakyat BN boleh membuat tuntutan palsu dari kerajaan negeri. Sepertimana laporan BPR oleh wakil rakyat DAP Melaka ke atas KM dan 18 lagi rakannya yang melibatkan wang sejumlah RM168,099. Tuntutan berkenaan banyak melibatkan kerja-kerja parti (BN) dan bukannya untuk kemaslahatan rakyat (Harakah 1 Jun 01).

· Pantang berkuasa atau menang dalam pilihanraya, langkah pertama mereka kesemuanya untuk diri dan keluarga sendiri. Beli kereta besar, bina rumah besar dan paling tidak repair rumah yang nak diduduki dengan kos yang tak terjangkau oleh kita iaitu RM5 juta seperti apa yang dibuat oleh Tok Uban Selangor.

· MPPJ bertindak keras ke atas Mines Resort kerana tak bayar cukai RM9 juta. Dua banglo Mahathir di Country Height dan Mines Resort dikendalikan oleh syarikat Lim Kim Yew (kroni beliau). Sebab itu Timb Menteri Perumahan, Kayvies melompat dan membantah tindakan MPPJ.

· Kelemahan pengurusan Perbadanan Johor (PKENJ) menyebabkan berterusan mengalami kerugian semenjak 1997. Badan itu menghadapi krisis beban hutang berjumlah RM5.4 bilion.PKNP (Pahang) pula berhutang RM1.2 bilion.

· Hutang kerajaan BN Trengganu sebelum dijatuhkan oleh Pas ialah sebanyak RM731.3 juta. BN Kelantan yang memerintah 12 tahun meninggalkan hutang lebih dari RM750 juta. Punyala cekap dia orang memerintah…

· Pernas mencatat kerugian meningkat kepada RM16.39 juta bagi suku tahun pertama berakhir Mac 2001.

· Bangunan Pularek yang dipantau/jaga oleh 10 jurutera rosak teruk setelah disiapkan melibatkan kos baikpulih bernilai jutaan ringgit, biarpun kontraktor yang sama memperbaikinya.

5. BBMB rugi sebanyak RM2.5 bilion melalui skandal BMF/Carrian di Hong Kong (hanya Mahathir dan Kuli tahu angkara siapa). Kematian Jalil Ibrahim, yang ditugaskan untuk mengaudit BMF mati dibunuh di sana. Rugi lagi RM1.393 bilion pada Mac 1997. Dari laporan audit jawatankuasa siasatan skandal BMF, jelas menunjukkan Fleet Holding syarikat pelaburan Umno mendapat banyak faedah daripada skandal BMF.

6. Maminco (lombong timah) rugi RM620 juta melalui tansaksi jualan bijih di London Metal Exchange.

7. Indah Water Konsortium berhutang sebanyak RM650 juta dan diselamatkan oleh kerajaan.

8. Skandal yang membawa kerugian kepada Bank Negara dalam perjudian tukaran matawang asing, Pound Sterling British.

9. Skandal syarikat Perwaja. DSAI memberitahu di Dewan Rakyat pada 1995:-

a. Kerugian terkumpul Perwaja berjumlah RM2.985 juta.

b. Tanggungan jangkapanjang Perwaja (dalam bentuk hutang bank) sebanyak RM6,013 juta dan tanggungan semasa berjumlah RM926 juta

c. Kontrak Perwaja diberi sebelum tender dibuat atau diluluskan, misalnya kontrak tempatan bernilai RM975 juta kepada syarikat-syarikat berkaitan dengan Datuk Kok Mah Shoon dan Ng Kim Lin

d. Bayaran RM76.4 juta telah dibayar kepada NKK Corp. melalui Frilsham Enterprise Inc. di Hong Kong yang didapati tidak wujud.

Ini menunjukkan negara kerugian hampir RM10 bilion akibat penyelewengan pengurusan. Dan Perwaja adalah syarikat kerajaan 100%. 1997 & 1998, kerajaan tambah beban lagi dengan meminjamkan Perwaja RM1.6 bilion.

10. Skandal syarikat-syarikat Pendeposit Koperasi.

11. Skandal wang PPRT di Trengganu & Kelantan berjumlah RM36.5 juta .

12. Skandal yang membawa keruntuhan Sime Bank (hampir RM2 bilion). Sime Bank mulanya dikontrol oleh bekas S/U Mahathir, Mohd Noor Yusof sebelum dijual kepada Sime Darby. Kemudiannya diambilalih oleh Kumpulan RHB. Apakah nasib bank-bank milik kerajaan terhadap hutang Hottick Investment Incorporation sejumlah RM3.2 bilion.

13. Berapakah keuntungan atau kerugian MAS akhir-akhir ini? Menurut Timb. Menteri Pengangkutan, Ramli Ngah Talib [di dalam persidangan parlimen akhir 2001]; MAS dianggarkan rugi RM750 juta setahun (± RM1 juta sehari). MAS dilaporkan sedang dibebani hutang terkumpul RM9.2 bilion dan kerugian terkumpul sebanyak RM2.5 bilion [The Star, 19 Feb 2002]. Siapa yang menanggung semua ini bila MAS kerugian besar. Tajuddin Ramli senang-senang saja diselamatkan dengan pembelian semula saham MAS. Mahathir menyalahkan peristiwa 11 Sept 01 (WTC, New York diserang) menjadi punca kerugian besar MAS. Pengurusan yang bangang, pengganas antarabangsa pula jadi kambing hitam. Dilaporkan nasi lemak yang disediakan untuk penerbangan MAS kelas pertama berharga RM125 dan mesti dibayar (oleh MAS kepada pembekal) untuk semua 12 tempat duduk samada penuh atau tidak. Wow…?

14. Perbezaan pengurusan balak di Kelantan di antara 5 tahun BN dan PAS memerintah: BN (1985 – 1989: 158,200 hektar = RM167.6 juta) dan PAS (1994 – 1998: 30,451 hektar = RM355.85 juta). Di manakah tahap profesionaliti Umno?

15. Bekalan air untuk rakyat. Krisis bekalan air Lembah Kelang akhir 1997 hingga pertengahan 1998. Air disimpan untuk Sukom (KL 98) dan disebabkan ketidakcekapan pengurusan Puncak Niaga. Kualiti air yang dibekalkan tidak begitu diambil berat (bekalan air masin di Dungun, 1998 untuk 10,000 orang pengguna) (Selangor dengan peningkatan harga air malangnya kualiti air menyedihkan). Negara kerugian lebih RM500 juta setahun akibat kegiatan curi air (RM240 juta) dan paip bocor (RM321 juta). Yang peliknya kes begini disedari dari tahun 1995, tapi entah atas sebab apa ianya dibiarkan tanpa tindakan. Akhirnya apa yang Khir Toyo buat, senang-senangje dia naikkan harga air. Ini menunjukkan dengan jelas ketidakupayaan mereka menguruskan hal-hal yang berkait dengan rakyat. Penswastaan Syarikat Air Johor mengalami kerugian RM1.1 bilion membuktikan lagi kelemahan pentadbiran kerajaan BN/Umno.

16. Kepincangan pengurusan ekonomi negara begitu ketara. Lihat saja isu Tabung Haji, bonus yang menurun dari 8% - 9% ke 3.25% untuk tahun 2001 – alasannya disebabkan faktor ekonomi, kehilangan wang penyimpan sejumlah RM9 juta, pelaburan yang tak kena pada tempat dan pelbagai lagi kelemahan yang ketara. Pak menteri yang bertanggungjawab hanya mengatakan wang yang hilang tersebut jumlahnya amat kecil. Bangang punya menteri! Apa dia ingat RM9 ke? Pembayaran bonus Tabung Haji yang rendah merunsingkan pendeposit. Mereka meminta ianya diuruskan dengan telus dan pelaburan dijalankan dengan tepat. Bagi Mahathir, dia hanya tahu menyindir pendeposit dengan menyatakan mereka boleh melabur dalam sistem perbankan lain kalau nak untung banyak. Selain untuk bekalan mengerjakan haji, rakyat mempercayai Tabung Haji kerana ketiadaan riba’ dan pelaburan yang halal. Bukannya untung semata-mata. Tak cukup dengan itu, kos mengerjakan haji dinaikkan saban tahun dari RM5,770 (1992) ke RM9,445 (2001) dan mungkin akan naik lagi ke angka RM10,000. Dah naik banyak macamtu, baru Pemuda Umno nak berkokok konon (BM 3/3/02). Belum pun reda dengan kehilangan wang, lagi diumumkan kehilangan RM200 juta (RM120 juta berjaya diperoleh balik) disebabkan pelaburan berisiko yang dibuat oleh pengurusan TH. Utusan, TV3 dan NST rugi besar tapi boleh beroperasi dengan biasa seolah tiada apa-apa berlaku. Utusan (RM23.05 juta), NSTP (RM1.28 bilion) dan TV3 (RM500 juta), malah bil telefon pun hutang berjuta ringgit. Disebabkan mereka ini bagaikan ‘parti komponen’ BN jadi mereka akan terus diselamatkan biarpun pincang akaun kewangannya. Terbaru diumumkan oleh kerajaan ialah dividen EPF, menyedihkan dividen boleh turun ke angka 5% terendah semenjak tahun 1967.

17. Berura-ura nak memindahkan zoo negara. Kononnya zoo sekarang dikelilingi kepesatan pembangunan, jadi sudah menjadi tidak sesuai untuk habitat haiwan. Tapi disebalik perancangan itu, yang terselindung ialah nilai tanah zoo negara berkenaan. Berapa besar projek dapat dibangunkan di sini, berapa keuntungan yang akan diperolehi. Soal binatang pedulikan, soal kos perpindahan, kos infrastruktur baru, soal tempat yang jauh untuk dilawati – itu semua tak penting bagi mereka. Pokok pangkalnya kalau Mahathir kata pindah, maka semua monyet dan kawan-kawan dalam zoo terpaksalah mengangguk.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 2:43 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III