TERDESAK tarik pengundi Melayu: Umno sedia gadai prinsip benarkan berpolitik di Masjid



"Tertarik saya apabila salah seorang Naib Presiden UMNO mencadangkan masjid dijadikan pusat pendaftaran pengundi baru UMNO. Bukankah dalam akidah UMNO, politik dan masjid tidak boleh bercampur? Adakah UMNO sudah menukar prinsipnya? Selepas bangunan tergadai, UMNO kini menggadai prinsip?" - FB 'Nik Abdul Aziz Nik Mat'

Umno guna masjid, surau untuk daftar pemilih

KUALA LUMPUR: Umno akan mengunakan masjid dan surau untuk mendaftar ahli sebagai pengundi berikutan hampir 700, 000 ahli parti belum berbuat demikian, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal

"Saya akan berbincang dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharum akan mengadakan program tersebut.

"Selepas pembersihan keahlian Umno dilakukan, daripada 3,5 juta ahli hampir 700,000 orang yang tidak mendaftar menjadi pengundi.

"Kita akan mengadakan kempen di seluruh negara, InsyaAllah masjid dan surau akan digunakan," katanya dalam ucapan penggulungan sempena perhimpunan agung Umno di PWTC hari ini.

Shafie yang juga pengerusi biro keahlian Umno berkata, usaha yang dilakukan untuk merampas negeri yang kalah belum mencapai tahap yang dikehendaki.

Katanya, keadaan ini cukup membimbangkan.

Shafie membandingkan jumlah pendaftaran yang dibuat oleh parti pembangkang dengan BN.

"Di Johor, pembangkang mendaftarkan 18,129 dan BN pula sekitar 17,000 lebih. DAP mendaftarkan 13, 125 orang pengundi baru, manakala Umno hanya 3,005 orang.

"Di Pulau Pinang, BN mendaftarkan pengundi baru seramai 6,266, manakala Pakatan Rakyat seramai 22, 195 orang," katanya .

Shafie yang juga pengerusi Umno Kedah berkata, dalam pilihanraya umum lalu di DUN Air Hitam (Kedah) Umno kalah 506 undi kepada calon PAS kerana 1,400 ahli umno tidak mendaftar sebagai pemilih.

Manakala, katanya, DUN Pantai Merdeka, calon Umno tewas dengan majoriti 305 undi kepada PAS kerana 1,160 ahli Umno tidak mendaftar sebagai pemilih.

"Saya bimbang jika kita gagal mendaftarkan pengundi kita akan gagal. Kita harus bangkit untuk mendaftarkan pengundi baru di kalangan ahli Umno," katanya.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 6:17 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III