Badan Perhubungan Umno Terengganu akan menganjurkan konvensyen selama dua hari mulai Jumaat ini yang bakal disertai pelbagai golongan.
Ia bertujuan untuk memantapkan hala tuju dan meningkatkan kecemerlangan parti dan pentadbiran kerajaan negeri, kata Setiausahanya Datuk Tengku Putera Tengku Awang.
"Semua peringkat kepimpinan parti, ilmuan agama, kelompok cendekiawan, golongan profesional, penjawat awam, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan, aktivis masyarakat dan generasi belia akan menyertai konvensyen ini.
"Peserta akan diberi peluang untuk berkongsi dan mencadangkan idea baru bagi memperbaiki segala kelemahan yang mungkin ada dalam parti dan juga sistem pentadbiran kerajaan negeri," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu hari ini.
Tengku Putera yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu berkata konvensyen itu juga diharap dapat memulihkan apa yang berlaku dalam Umno Terengganu.
Konvensyen akan dirasmikan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan ditutup oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.
Umno Terengganu anjur konvensyen pulihkan 'kemelut'
Lainnya dari
Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 8:03 AM Kategori:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(924)
-
▼
October
(291)
-
▼
Oct 11
(18)
- Masalah: Bincang melalui Pakatan, bukan Umno
- Ku Li menggalas beban Umno-BN
- DUN Galas: Najib, Ku Li bertemu tetapi tiada kata ...
- Membangun Bersama Islam: Kelantan menerajui peruba...
- Najib: Saya perlukan sangat kemenangan PRU ke-13
- Presiden MCA ulangi syor 30 peratus ekuiti Bumiput...
- Mustapha: BN tak janjikan projek segera di Galas
- Bekas tentera diperalat sertai himpunan bersama PM
- Pengerusi SPR: Pilihan raya serentak Galas, Batu A...
- PRU 13: Bagaimana kalau Anwar-Ku Li bergabung?
- Najib: Cina bukan pendatang
- Bekerja di luar bukan kerana gagal sedia pekerjaan
- Umno Terengganu anjur konvensyen pulihkan 'kemelut'
- Umno tipu warga emas: Wang 'haram' dikutip Umno
- Jangan dekati Umno kerana ia parti pengkhianat - M...
- DAP Perak sepakat 'tutup mulut'
- Jangan terpengaruh provokasi Umno di Galas
- Plilihan raya kecil ke 13 di Batu Sapi
-
▼
Oct 11
(18)
-
▼
October
(291)
0 comments:
Post a Comment