BONGKAR! Umno punyai perkaitan dengan pertubuhan haram HINDRAF!..(video inside)

Nampaknya belum puas penyokong Umno mempolitikkan isu pembunuhan kejam arwah Dato Sosilawati dan 4 yang lain..selepas satu persatu isu ini cuba dipolitikkan mengikut selera mereka...

Terbaru, mereka menghasut rakyat, bahawa suspek yg membunuh arwah adalah dari kalangan penyokong haram Hindraf...tidak cukup dengan kenyataan itu, dikaitnya Hindraf ini dengan Pakatan Rakyat...dakwa mereka, ramai penyokong Hindraf adalah penyokong Pakatan Rakyat, maka suspek adalah orang Pakatan Rakyat..

Maka, para pengikut taksub blogger Umno ini mula percaya bulat-bulat, seterusnya memanjangkan berita palsu ke segenap ruang maya....





Namun ternyata mereka lupa, bahawasanya Umno di bawah pemerintahan Najib telah mengiktiraf pertubuhan haram ini secara tidak langsung..Umno bertanggungjawab memberi nafas baru kpd bekas pemimpin2 Hindraf yang pernah di ISA kan ini dgn penubuhan parti baru kaum India, Parti Makkal Sakhti Malaysa (MMSP)..

Sejarah menceritakan, bagaimana selepas badan NGO terbesar kaum India ini diharamkan pada tahun 2008 dgn alasan mendatangkan ancaman kepada kerajaan, para pemimpin dan pengikut Hindraf telah memutuskan utk menubuhkan Parti Makkal Sakthi..akhirnya dengan sedikit 'tawar-menawar' antara bekas pemimpin Hindraf dan Umno, dan demi mendapatkan undi dan sokongan kaum India, Najib dengan murah hati dan bangganya merasmikan penubuhan parti kaum India ini..


Ini bermakna badan NGO Hindraf sudah tidak wujud lagi pada hari ini, namun ahli dan penyokongnya masih ada dan majoritinya telah menyertai Parti Makkal Sakthi..ternyata Najib sanggup mengorbankan prinsip yg diperjuangkan partinya demi sekaut sekongan bukan Melayu...





Memetik sejarah penubuhan Parti Makkal Sakhti Malaysia di laman web Wikipedia...
Parti Makkal Sakti Malaysia atau Malaysian Makkal Sakti Party (MMSP) ditubuhkan pada 11 Mei 2009 oleh bekas pemimpin Hindraf yang telah diharamkan. Parti itu diterajui bekas penyelaras kebangsaan Hindraf R. S. Thanenthiran.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak telah melancarkan Parti Makkal Sakti Malaysia , parti terbaru kaum India negara Malaysia pada 10 Oktober 2009 di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang, Selangor. Parti Makkal Sakti Malaysia berazam mahu menyaingi MIC yang dipimpin oleh Datuk Seri S Samy Vellu.

Walaupun MMSP mendakwa mereka bersifat berkecuali, tetapi ianya nyata cenderung ke arah BN yang dikatakan mendalangi penubuhan MMSP mengambil kesempatan gerakan Makkal Sakthi kumpulan HINDRAF.
Nah, lihatlah betapa sinonimnya pertubuhan haram ini dengan Umno/BN!...ternyata Umno juga ada 'saham'nya dalam menghidupkan kembali saki baki perjuang Hindraf!..mereka kini sudah punyai partinya sendiri!..





Adapun Pakatan Rakyat , pendiriannya tentang parti bekas penyokong pertubuhan haram ini pula telah dinyatakan secara jelas di dalam laporan berikut:
“Ini memang jelas ditaja oleh Barisan Nasional. Parti ini didaftarkan dalam masa yang sangat singkat, dalam beberapa minggu sahaja. Mengikut sejarah pendaftaran parti politik khususnya, ini dengan jelas menunjukkan bahawa ada sokongan langsung dari pemimpin atasan Barisan Nasional. Kalau tidak, parti ini tidak dapat didaftarkan dalam masa sesingkat itu.

“Bagi saya kemunculan satu lagi parti yang kononnya menjadi jaguh masyarakat India akan melemahkan lagi perwakilan politik masyarakat India kerana ia akan menyebabkan pemecahan dalam masyarakat India,” katanya.

Menurutnya, penubuhan parti berkenaan juga tidak akan menggugat sokongan masyarakat India terhadap Pakatan Rakyat.



Beliau juga yakin bahawa parti berkenaan juga bakal menerima nasib yang sama dengan Parti Bersatu India Malaysia yang ditubuhkan Datuk Nallakaruppan pada 25 November 2007.

“Bagi saya, parti-parti yang baru ini akhirnya tidak akan berjaya mendapat sokongan, seperti parti yang ditubuhkan Datuk Nallakruppan. Sudah hampir dua tahun parti beliau, yang juga nampak seperti ditaja Barisan Nasional, didaftar dalam masa singkat dan diberi sokongan jelas tetapi tidak berjaya mendapat sokongan. Tidak berjaya langsung mendapat sokongan dari masyarakat India.

Sivarasa berkata majoriti besar masyarakat India kini menukar pendirian dengan menolak Barisan Nasional kerana mereka sedar dipinggirkan sekian lama. - TVantara
Jelas di sini, betapa terdesaknya para penyokong Umno bawahan mempolitikkan isu ini dlm keadaan diri sendiri jahil dan tidak bermaklumat..berapa ramai manusia terutama para pengikut taksub parti berkenaan menjadi mangsa, tertipu dgn mainan politik blogger fanatik Umno..


Akhir kalam, semoga penyokong Umno muhasabah kembali perjuangan mereka..perjuangan yg penuh dengan hasad dan kekotoran, yg sanggup 'menghalalkan matlamat' demi keuntungan politik sementara, yg sanggup mereka dan menabur fitnah demi survival parti mereka....semoga artikel ini disebarkan...wallahua'lam..





VIDEO: A Glimpse of Malaysia Makkal Sakti Party





p/s: Video ini telah dihasilkan oleh penyokong Hindraf@parti Makkal Sakthi yang menceritakan bagaimana perjuangan dan sejarah terbentuknya Parti Makkal Sakti Malaysia, iaitu bermula dari perjuangan NGO Hindraf sehinggalah akhirnya tercipta Parti Makkal Sakhti yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia@Presiden Umno, Najib Tun Razak...

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 9:45 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III