Elektrik: Janji 5 kali pilihan raya belum ditunai

PAS For All sekali lagi diterjemahkan PAS Miri melalui program pembelaan rakyat dan kebajikan di sekitar pinggir Desa Senadin dan Kampung Sealine.
Yang Dipertua PAS kawasan, Haji Jofri serta pimpinan kawasan beserta anggota Dewan Himpunan Penyokong PAS, rombongan telah turun menyampaikan bantuan serta mendengar sendiri permasalahan rakyat setempat, kelmarin.
Turut serta Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi yang dalam rangka lawatan kerja bertemu Pemuda PAS kawasan.
Kebanyakan penduduk ditemui amat kecewa dengan janji pemimpin BN khasnya berkaitan pampasan kepada penduduk yang terlibat pada kebakaran dua bulan yang lalu.
Mereka tidak diberi pampasan malah terpaksa membayar harga tinggi untuk mendapatkan rumah baru yang dibina kroni BN di Desa Senadin.
Selain itu, bagi penduduk sekitar Kampung Senadin pula menghadapi masalah tiada sambungan bekalan air dan elektrik sempurna.
Bayaran mahal sehingga RM3,000 diperlukan untuk penyambungan melalui pihak swasta iaitu Sesco dan Laku.
Janji demi janji Adun setempat yang kononnya akan menyegerakan penyelesaian masalah itu terus diimpikan walaupun sudah lima kali pilihan raya.
Mereka kesal dan telah menyatakan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk membuat perubahan.
Jofri yang ditemubual menyatakan komitmen dan usaha PAS untuk membawa permasalahan itu kepada pihak berkenaan.
“Dengan penubuhan DHPP yang insya Allah bakal dirasmikan Tuan Guru Presiden, PAS for All kini benar-benar diterjemahkan di negeri Bumi Kenyalang ini,” ujarnya.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 9:05 AM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III