Kes 'March to Putrajaya' berarak ke mahkamah


Seorang penulis dan penganalisis politik memohon semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mengisytiharkan rampasan terhadap bukunya sebelum ini sebagai tidak sah.


Kim Quek, penulis The March to Putrajaya (Berarak ke Putrajaya) membuat permohonan itu pada 4 November lalu untuk mengetepikan arahan pengharaman Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap bukunya.


"Pada 19 Ogos, polis menerjah ke kedai buku di beberapa tempat dalam negara untuk merampas buku saya tanpa alasan berdasarkan undang-undang yang betul," katanya dalam satu kenyataan.

Peguamnya pada 15 September menulis kepada pihak polis supaya buku itu dipulangkan.

Tetapi pada 22 September, menteri berkenaan menandatangan arahan bagi mengharamkam buku itu. Ia digazetkan pada 27 September.

Kim Quek berkata, alasan yang diberikan tidak berasas.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 9:33 AM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III