Amanat Haji Hadi'..... Amanat Mahathir Vs Amanat Haji Hadi. ( PART 1 )


Keputusan Majlis Fatwa Maalaysia: 
1. Bahawa Amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi adalah -
(a) bercanggah dari segi ajaran Islam;
(b) bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam dan kemuliaan Agamanya; dan
(c) bercanggah dengan prinsip dakwah Islamiah.
2. Mana-mana orang Islam adalah dilarang -
(a) menyebar, mengajar, mempelajari dan mengamalkan amanat tersebut; dan
(b) menjual, mencetak, mengedar, membeli atau memiliki amanat tersebut.
Status Penwartaan: 
 Diwartakan
Nombor Rujukan: 
 PMM/0020 Jld.4 (61)
Akta/Enakmen: 
 M.P.U. 13

Wawancara wakil Mingguan Malaysia Dendan TG Haji Hadi

MINGGUAN: Bolehkah YAB jelaskan apa sebenarnya amanat Haji Hadi yang terkandung dalam ucapan di Banggol Peradong?

HADI: Saya sendiri tidak menamakan amanat. Orang lain yang menamakan amanat daripada ucapan saya tahun 1981 atau 1982. Menteri Besar ketika itu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad ada bertanya saya di Dewan Negeri dan saya mengakuinya.

Amanat itu adalah petikan ucapan selama satu jam dan tidak wajar kita mengambil beberapa ayat sahaja dan tidak melihat ucapan itu secara menyeluruh.

Ucapan saya lebih menjurus kepada memberi kefahaman dan kesedaran secara ilmu tanpa membuat tuduhan kepada sesiapa. Ucapan itu tidak menuduh sesiapa secara hukum dan apa yang disebut hanya kaedah-kaedah hukum syarak dan sama sahaja dengan apa yang disebut dalam buku Mastika Hadis jilid pertama dikeluarkan oleh Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri mengenai perkara-perkara yang merosakkan iman seseorang.

Kerosakan iman tidak semestinya apabila seseorang itu masuk agama lain tetapi dengan menghina salah satu hukum Islam sama ada yang wajib, sunat atau harus secara tahunya, itu boleh merosakkan iman. Kalau secara jahil dia berdosa kerana tak belajar tetapi setelah diberitahu tapi masih degil lagi, sikap itu merosakkan iman.

Dalam banyak perkara, kenapa YAB menyebut perkara kerosakan iman?

HADI:Saya menimbulkan perkara ini kerana sayangkan bangsa dan umat kita kerana dalam tahun 1950-an, 1960-an dan 1970-an terlalu banyak kenyataan yang menghina hukum Islam. Ia adalah hukum Allah yang berkait dengan hudud dan qisad.

Tanpa melihat hikmat hukum itu dan syarat-syarat melaksanakannya, jika kita hanya menonjolkan perkara potong tangan, dan menghukumnya zalim, tidak sesuai dengan zaman sekarang adalah salah. Kita tidak boleh kata al-Quran tidak sesuai dan apa yang menyedihkan saya terdapat orang yang tahu agama dalam kerajaan tidak memberi nasihat kepada pemimpin mereka.

Setelah saya membuat kejutan itu, akhir-akhir ini sudah tiada lagi.

YAB secara khusus ada menyebut kita melawan UMNO kerana bukan namanya UMNO dan ada juga menyebut perkataan syahid. Apa yang difahami UMNO seolah-olah YAB mengkafirkan ahli UMNO kerana jika mati ia adalah syahid. 
HADI:Mati syahid dalam Islam itu luas. Mempertahankan harta, isteri, mati kemalangan dan orang yang dibunuh kerana menasihati kerajaan yang zalim adalah mati syahid. Jihad juga luas dalam Islam dan ia meliputi melawan hawa nafsu dan menolong orang yang kena zalim.

Ringkasnya, YAB tidak pernah berkata orang UMNO itu kafir?

HADI:Tak pernah.

Sampai sekarang pun tidak ada dakwaan orang UMNO kafir? 

HADI:Saya tidak menyebut si anu bin si anu.

Orang UMNO pada keseluruhannya? 

HADI: Orang Asli, Kadazan Kristian dan anti-hadis pun ada jadi orang UMNO.

Dan orang UMNO yang mengucap dua kalimah syahadat bukan kafir? 

HADI:Selagi dia tidak melakukan perkara yang membatalkan dua kalimah syahadat. Umpamanya, kata hukum potong tangan zalim, hukum Tuhan tidak sesuai sekarang dan Mastika Hadis pun mengatakan murtad.

Sebab itu, saya mengajak diadakan muzakarah secara ilmu, jangan melalui polemik akhbar kerana ia boleh melibatkan orang jahil dan orang tak tahu hukum boleh jadi terlanjur. Muzakarah cara ilmu ini boleh diadakan di antara Dewan Ulama Pas dan Biro Agama UMNO dan boleh dijemput sama mufti daripada Majlis Fatwa Kebangsaan dan kalangan akademik. Ia bukan untuk mencari kemenangan tapi kebenaran.

Bermula dari 1986 isu kafir-mengkafir terlalu rancak di Terengganu. Antara punca ialah amanat dalam ucapan YAB. Bagaimana hati kecil YAB apabila ada orang Pas berkata, UMNO kafir, taghut? 

HADI:Saya tidak merasa apa, sebab itu tidak betul. Isu ini sudah ada pada tahun 1960-an, bukan hanya di Malaysia tapi juga di Indonesia, Mesir dan negara-negara umat Islam lain. Saya menganggap ini satu provokasi yang mahu mempertahankan dasar dan tidak bersedia untuk kembali kepada Islam.

Apa yang diucapkan oleh pensyarah-pensyarah Pas ialah batas-batas iman dan kufur iaitu perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi murtad. Bagi menentukan sesiapa terkeluar daripada Islam, ia memerlukan hakim atau mufti atau mereka yang berwibawa yang boleh memberi hukum dengan tujuan untuk menyelamat dan memelihara akidah umat Islam.

Yang membuat tuduhan UMNO itu kafir ialah penyokong Pas dan apa pandangan YAB tentang perkara ini kerana kita bimbang ia boleh merosakkan akidah? 

HADI:Kerosakan akidah akan kembali kepada orang yang menuduh sekiranya orang yang dituduh itu tidak melakukan perkara yang murtad. Ada orang kata hukum potong tangan akan membusukkan sungai Terengganu sekiranya hukum hudud dilaksanakan. Perkara begini tidak boleh ditutur dan ini menyebabkan orang-orang kampung yang tahu fardu ain menganggap ia sudah menjejaskan akidah.

Kita boleh jaga orang kita dan kita harap pihak lain menjaga mulut dan tulisan mereka daripada kenyataan-kenyataan yang boleh merosakkan akidah termasuklah lukisan kartun, sebagai contoh menghina orang yang menutup aurat.

Pada pertengahan tahun 80-an Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pernah membincangkan perkara berkaitan dengan isu kafir-mengkafir termasuk Amanat Haji Hadi dan telah memutuskan ia bercanggah dengan Islam. Apa pendapat YAB? 

HADI:Itu hanya perbincangan satu pihak tanpa memanggil dewan ulama Pas dan Biro Agama UMNO. Tidak betul jika melibatkan satu pihak sahaja, mesti panggil semua pihak dan barulah adil.

Adakah YAB tidak menganggap perpecahan yang berlaku seperti di Besut berpunca daripada sedutan ucapan yang mengandungi amanat ini? 

HADI:Saya menganggap pihak berkenaan sengaja memetik hanya beberapa baris daripada ucapan saya dan tidak mengambil seluruh ucapan.

Adakah ini bererti tidak wujud perpecahan di Terengganu? 

HADI:Perpecahan sebab lain ada tetapi bukan sebab amanat. Perpecahan bermula apabila kerajaan sebelum ini memecat imam-imam Pas seperti di Cendering dan Besut malah di Gong Duet sendiri ada yang dipecat. Apabila kita berkuasa, kita tidak pecat imam lantikan kerajaan sebelum ini tetapi melantik semula imam yang telah dipecat untuk mewujudkan perpaduan walaupun berlaku kekasaran di kalangan orang kampung.

Kalau Pas boleh bekerjasama dengan parti bukan Islam maka tidak ada sebab bagi Pas untuk tidak boleh bekerjasama dengan UMNO. Apa pendapat YAB?

HADI:Kita bekerjasama tanpa menjejaskan prinsip Islam dan tanpa bertolak ansur dalam menegakkan negara Islam yang kita perjuangkan. Kerjasama dibuat dalam isu-isu kepentingan bersama seperti menentang ISA, penyelewengan dan perkara-perkara negatif yang menjejaskan rakyat. Kita pernah bekerjasama dengan UMNO seperti menyertai Mageran, kerajaan campuran dan juga Mapen.

Kejutan terbaru sekarang ialah mengenai suara wanita sebagai aurat. Apakah penjelasan YAB?

HADI:Kita tak kata suara sebagai aurat. Suara wanita ada tempat yang munasabah dan tidak munasabah, ada tempat yang boleh dan tidak. Kenapa tidak lantik wanita jadi bilal, kenapa wanita tidak baca khutbah Jumaat. Wanita boleh mengajar, hafaz al-Quran tapi bertanding baca al-Quran adalah satu hal yang lain. Oleh sebab itu Mesir, Iran dan Arab Saudi tidak hantar qariah.

Amanat YAB dikhuatiri boleh mencetuskan sikap militan dan kemungkinan berulang penubuhan tentera Allah. Apakah ini akan berlaku? 

HADI: Pas akan terus menurut saluran demokrasi, menyertai pilihan raya dan mewajibkan orang kita mengundi dan tidak akan membenarkan orang kita mengambil sikap yang lain. Pas akan pecat ahli-ahli yang cuba mengambil pendekatan lain. Jika ada ahli tidak mahu pilihan raya, mereka boleh keluar dari Pas.

Sebahagian daripada masyarakat meyakini amanat YAB membawa perpecahan tetapi belum terdengar suara pemimpin Pas meminta orang kampung jangan mencetuskan perpecahan. Apa komen YAB? 

HADI: Beginilah, kalau UMNO ikhlas sungguh hendak menjaga akidah orang Islam, saya minta UMNO pecat golongan antihadis dalam parti dan kita mengadakan muzakarah secara rasmi.

Apa yang dikatakan Amanat atau Fatwa itu ialah Ucapan Tuang Guru Haji Abdul Hadi Awang ketika berceramah di Banggol Peradong pada tahun 1979, iaitu kira-kira 20 tahun lalu.
Cuba bayangkan jika setiap ucapan daripada pimpinan PAS yang berceramah dikatakan fatwa, agaknya beberapa banyak fatwa yang telah dikeluarkan ?

Inilah bertapa sempitnya pemikiran pimpinan UMNO yang makin hari nampaknya makin tersempit... 

Kita juga mencabar Majlis Fatwa untuk membahaskan tentang ucapan ini (pimpinan UMNO kata fatwa). 

Jika kita boleh mengungkit ucapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, atas alasan ucapan ini bercanggap dengan Islam, apa salahnya jika kita juga membongkor ucapan-ucapan PM yang rasanya lebih sensasi.  
Dr. Mahathir pernah berucap kepada anggota-anggota Barisan Nasional sebahagian daripadanya adalah dari anggota-anggota MIC di Kuala Ketil.

Beliau menghuraikan tentang persoalan syahid. 

Antaranya ialah beliau menyebut "Sayyidina! Hamzah Yang Gugur Di Uhud Tidak dimandikan Kerana Tidak ada Air, Kerana Di Tengah-Tengah Padang Pasir".

Dr. Mahathir juga membuat ucapan pada perasmian Perhimpunan Agung UMNO, 24hb Nov 1995 dan pada hari pergulungan Perhimpunan Agung UMNO, 20hb Jun 1999.
Antara dia menyebut "Selepas mengkaji dgn. teliti 600,000 hadith Bukhari hanya menerima 7,000. Muslim pula mengkaji 300,000 hadith dan hanya menerima 4,000 ...tetapi tentulah banyak drpd. baki 296,000 yg. ditolak tidak shahih dan mungkin ada hadith yg. diterima sebagai shahih tetapi tidak shahih" 

Ucapan PM paling sensasi ialah ucapan hina janggut Rasulullah s.a.w.... "Nabi menyimpan   janggut kerana pada zaman tersebut mana ada lagi pisau cukur".

Bersambung...........

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 9:25 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III