'Amanat Haji Hadi' merujuk kepada satu sedutan dari ceramah umum yang disampaikan oleh beliau di Kampung Benggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. Ucapan beliau telah dicetak dalam bentuk poster dan di tampal di dinding markas PAS sekitar tahun tersebut.
Daripada bukti 'Kertas Putih' mengenai 'Peristiwa Memali' pada 26 Februari 1986, 'Amanat Haji Hadi' telah dicetak dalam empat versi. Pertama dalam tulisan jawi, dicetak oleh bahagian Penerangan PAS Kelantan untuk sebaran dalam pilihan raya kecil Selising, Kelantan pada tahun 1983. Versi latar belakang hitam dengan tulisan rumi, dicetak oleh PAS Pusat dan dua versirumi dan jawi) dicetak oleh Sekretariat Pemuda PAS Pusat. Versi latar belakang hitam dapat dilihat dalam rakaman video polis mengenai 'Peristiwa Memali' pada 19 November 1985.
Ucapan TG Haji Hadi adalah seperti berikut:
Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang Umno bukan kerana nama dia Umno. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekalian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha. Kita tidak perlu masuk Hindu. Kita tidak perlu masuk Kristian. Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'Politik Suku, Agama Suku'.
Mejelang Pilihan Raya Umum 1982, TG Haji Hadi dilihat sebagai pemimpin pelapis parti PAS yang akan menerajui pucuk pimpinan PAS satu hari nanti. Ucapan ini selaras dengan buku yang ditulis oleh Said Hawa yang berjudul "Jundullah Tsaqafatan wa Ahlaqan".
Pada tahun 1984, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan amanat tersebut sebagai bertentangan dengan Islam. Kebimbangan amanat tersebut memecah belah masyarakat timbul lagi pada tahun 2001 dan satu perjumpaan dibuat di antara TG Haji Hadi dan Majlis Fatwa.
Selepas Pilihan Raya Umum 2008, PAS (yang diterajui TG Haji Hadi) dan DAP yang majoritinya masyarakat Cina dan bukan Islam, serta Parti Keadilan Rakyat bersama-sama mendirikan kerajaan di Selangor dan Perak (akhirnya kembali semula kepada BN) setelah Pakatan Rakyat berjaya menafikan majoriti mudah Barisan Nasional.
Siapa orangnya disebalik 'Ucapan'' atau yang dinamakan 'Amanat' tersebut.
Orang PAS sendiri sejak dahulu dan sekarang tidak pernah mengiktiraf ucapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang itu sebagai “Amanat”. Cuma pandai-pandai Omar Khalid sahaja.
Beliau (Omar Khalid) berbuat demikian bukan dengan izin Tuan Guru Haji Abdul Awang, tetapi atas insiatifnya sendiri yang hidup cari makan dengan menjual kaset-kaset ucapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Ingin penulis nyatakan disini bahawa ianya bukan “Amanat” juga bukan “fatwa” sepertimana yang didakwa oleh pihak UMNO, tetapi ayat-ayat atau perkataan-perkataan yang terkandung di frem-frem itu hanyalah susunan ucapan di dalam suatu majlis ceramah umum yang di anjurkan oleh PAS di Banggol Peradong suatu masa dahulu.
Ayat-ayat atau perkataan-perkataan itu diucapkan berdasarkan apa yang tertulis didalam Kitab “Mustika” hadis terbitan Jabatan Perdana Menteri yang mana telah ditandatangani oleh Datuk Seri Dr., Mahathir Mohamad sendiri.
Menurut Kitab Mustika hadis, sesiapa yang engkar dengan perintah Allah, maka ia menjadi kufur, hatta engkar mengerat kuku sekalipun. Wal hal mengerat kuku itu suatu yang sunat hukumnya. Bagaimana pula dengan sesuatu yang wajib hukumnya?
Apa lagi dengan orang yang menpersenda-sendakan hukum Allah. Jadi sesiapa yang engkar atau enggan melakukan perintah maka ianya menjadi kufur (bukan Islam) bagaimana pula dengan orang yang mengatakan hukum Allah sudah ketinggalan zaman, kolot dan sebagainya.
Sila rujuk Mustika hadis untuk mengetahui kedudukan sebenar.
Penulis tidak bermaksud untuk mempertahankan sesuatu yang salah, atau terlalu taksub dengan kepimpinan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang pernah menjadi Menteri Besar Terengganu, akan tetapi ianya suatu reality yang tidak mungkin dapat di nafikan akan hakikatnya.
Maka apa-apa yang terkandung didalam ucapan yang disusun oleh Omar Khalid itu jelas tidak boleh mengelirukan umat Islam, malah jauh sekali telah, sedang dan akan menjadi penyebab atau punca berlakunya perpecahan umat Islam di Malaysia ini
Bersambung.........
0 comments:
Post a Comment