Betul ke Khurafat atau Pemuda PAS PERAK yang berbidaah?



Pemuda PAS Perak dilaporkan telah menemui Mufti Perak, S.S Tan Sri Harussani Zakaria untuk mengadukan perihal tindakan Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir yang dikatakan telah melakukan perbuatan khurafat.
Perbuatan khurafat yang dimaksudkan adalah perbuatan menepung tawar tiang seri sebagai adat merasmikan Projek Infra Bina Upaya (IBU) Kampung Guar, Manong.

Tidak dinafikan suatu masa dahulu, masyarakat Melayu yang masih terpengaruh dengan pelbagai kefahaman serta kepercayaan asing, terutama animisme, melakukan pelbagai adat yang dianggap jauh dan bertentangan dengan ajaran Islam. Bagaimanapun, kepesatan kemajuan seiring dengan perkembangan serta penyuburan pendidikan dan tanggungjawab beragama, menyaksikan banyak sudah adat-adat yang mencarik syarak ditinggalkan oleh masyarakat Melayu. Kalau ada pun, kebanyakannya telah diubah dan hanya tinggal simbolik atau adat-adat yang tidak bertentangan dengan syarak sama ada akidah mahupun amalannya.
Begitu jugalah dengan adat menaikkan tiang seri rumah. Penulis tidak berada di tempat kejadian dan tidak tahu apakah doa atau serapah yang dibacakan oleh penghulu majlis. Bagaimanapun, difahamkan bahawa bacaan yang dibacakan adalah doa biasa yang diambil daripada doa-doa Nabi s.a.w, doa-doa para solihin, golongan salaf dan khalaf yang dipanjatkan kepada Allah Taala. Tiada sebarang serapah yang menyeru jin tanah, jembalang, atau sebarang puaka mahupun orang halus untuk menghuni tiang atau pun projek perumahan berkenaan sebagaimana yang INGIN DIPERCAYAI oleh puak-puak PAS.
Secara tidak langsung, beberapa blog mahupun Pemuda PAS Perak telah pun melakukan fitnah yang sangat besar terhadap Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak.
Dalam adat Melayu lama, menaikkan tiang seri sesebuah rumah merupakan bahagian terpenting sebelum sesebuah rumah didirikan. Tiang seri yang dinaikkan pula bukanlah tiang konkrit mahupun tiang yang dibeli dari kedai hardware, sebaliknya perlu dicari di hutan dan diusung balik ke tapak rumah didirikan.
Namun adat berkenaan telah lama dilupuskan daripada senarai adat-adat pembinaan sesebuah rumah. Tiada lagi puasa daripada makan daging dan benda-benda berdarah.Tiada juga jampi serapah mahupun jampi mentera meminta perlindungan daripada makhluk.
Seperkara yang agak aneh, mengapa golongan yang telah mengkhurafatkan Zambry Abdul Kadir menggunakan perkataan ‘ANCAK’? Fahamkah mereka apa yang dimaksudkan dengan ANCAK?
Acak atau Ancak merujuk sebagai sebarang jenis persembahan kepada makhluk halus dalam kebudayaan Melayu. Persembahan ini biasanya merupakan makanan, dan secara biasanya terdiri daripada hidangan (tetapi tidak terhad) seperti berikut :
  • Bertih
  • Pulut kuning.
  • Ayam panggang
  • Telur (mentah/rebus)
  • Anak patung tradisional
Terdapat juga acak yang merupakan darah sembelihan yang diletakkan dalam bekas.
Berikut adalah contoh bagaimana ANCAK digunakan dalam masyarakat di Perak:
  1. Pawang akan meletakkan semua peralatan di atas ke atas rakit batang pisang yang kecil ( 0.5 meter persegi).
  2. Ayam jantan yang telah disembelih dan dibuang bulunya diletakkan sebagai ‘hidangan’ / persembahan.
  3. Dihanyutkan di tengah sungai yang berolak atau berputar atau di kawasan yang dipercayai terdapat hantu air.
  4. Didahului dengan jampi mentera dan dihanyutkan.
  5. Biasanya bagi mengelakkan kemalangan, sebelum dan selepas mati lemas, kehilangan atau kematian di sungai. Jika ingin membina jambatan kayu, besi atau batu, pawang akan dijemput untuk membuat ancak – untuk mendapat kelulusan ‘restu’ hantu air.
Adakah yang mereka maksudkan sebagai ANCAK itu sebenar-benarnya ANCAK menurut kefahaman yang boleh menyebabkan SYIRIK dan BERLAKUNYA khurafat dalam adat yang dilakukan oleh Zambry Abdul Kadir? Atau ia sekadar sehelai daun yang fungsinya tidak lebih berbanding daun pandan yang digunakan untuk membuat renjisan? Atau sebenarnya perkataan ANCAK itu digunakan bagi menguatkan HUJAH MEREKA BAHAWA ZAMBRI ABDUL KADIR ADALAH PELAKU KHURAFAT?
Atau barangkali sewaktu Zambry sedang merenjis mahupun mengikut daun berkenaan ke tiang pertama yang didirikan, penghulu majlis telah membaca jampi serapah yang bertentangan dengan ajaran Islam iaitu memohon perlindungan daripada jin-jin tanah, jembalang hutan, puaka dan orang halus?
Sebenarnya kedatangan Islam tidak pernah menghapuskan adat. Adat atau uruf tidak akan dianggap sebagai satu kesalahan selagi mana tidak menyalahi syarak dan nas-nas yang telah ditetapkan oleh Allah Taala dan Rasul-Nya. Kesalahan berlaku apabila adat diletakkan mendahului tuntutan agama dan dijadikan perkara wajib hingga tuntutan agama diabaikan. Bagaimanapun dalam kes ini, perkara adat tidak mendahului permohonan doa kepada Allah Taala. Malahan perbuatan merenjis tiang berkenaan dengan air juga, tidak menyebabkan tuntutan agama diabaikan.
Tak tahulah sewaktu melakukan adat berkenaan, semua yang ada di situ, tidak menunaikan solat Zohor apabila azan telah berkumandang… atau barangkali juga terlupa menyebut Basmallah ketika memulakan sebarang pekerjaan.
Prof.Madya Dr.Rugayah Tibek, Timb. Dekan (Hal Ehwal Akademik), Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, dalam adat menepung tawar misalnya, perlu dilihat tujuan perbuatan berkenaan. Seandainya perbuatan menepung tawar tersebut berhasrat untuk menolak bala, maka Islam TIDAK MEMBENARKANNYA sama sekali. Sekiranya ianya dilakukan untuk meraikan tuan rumah atau penganjur, itu tidak bertentangan dengan syarak.
Begitu juga dengan perbuatan memalu gong bagi merasmikan sesuatu majlis. Perbuatan tersebut sekiranya dianggap dapat mendatangkan keuntungan atau memanggil tuah, adalah perbuatan khurafat. Sebaliknya perbuatan memalu gong yang dilakukan oleh hampir kesemua pemimpin politik termasuklah Nik Abdul Aziz dan Hadi Awang sekadar meraikan penganjur majlis, tidak menjadi kesalahan kerana ia sekadar satu adat semata-mata.
Terlalu mudah membuat konklusi, menyebabkan PAS dan ahli-ahlinya kelihatan sangat JUMUD dan BONGOK. Bagaimana mereka berani mengatakan perbuatan Zambry Abdul Kadir itu sebagai perbuatan khurafat, sedangkan mereka sekadar menilai daripada beberapa keping gambar, malah mereka begitu jahil dengan adat menaikkan tiang seri yang bertentangan dengan Islam dan sebaliknya? Yang paling penting, tidakkah mereka tahu di dalam majlis berkenaan permohonan dipanjatkan kepada Allah Taala menerusi doa, manakala perbuatan menepung tawar tiang berkenaan tidak lebih daripada urutan adat yang sekadar menyerikan majlis tanpa sebarang puja-memuja atau puji-memuji makhluk.
Sesuatu yang sangat jelas ialah, PAS sebenarnya terdesak dan melihat peristiwa ini sebagai senjata mereka untuk menyerang peribadi Zambry Abdul Kadir dengan harapan, tidak ramai umat Islam, terutama ahli-ahli mereka yang tahu tentang kisah khurafat, bidaah, mahupun perbezaan antara ibadat dan adat.
Mereka juga tidak akan berterus-terang, bagaimana Islam membenarkan berlakunya adat-adat lama selagimana ia tidak bertentangan dengan syarak seperti mana dalam salah satu hadis Nabi s.a.w yang maksudnya:
Syaidatina Aisyah r.a pernah mengahwinkan seorang wanita dengan seorang lelaki Ansar. Ketika itu, Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya: “Wahai Aisyah, tidak adakah kamu mempunyai hiburan (nyanyian)? Sesungguhnya orang-orang Ansar menyukai hiburan (nyanyian). (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad bin Hanbal)
Dek kerana itulah, umat Islam dituntut mencintai dan mendalami ilmu pengetahuan agar tidak mudah ditipu oleh golongan berkepentingan seperti para pemimpin PAS yang sangat cenderung untuk menyesatkan fikiran dan akidah umat selagi mana perbuatan tersebut dilihat dapat memenangkan mereka dalam pilihanraya… SATU PERBUATAN KHURAFAT YANG TELAH MEREKA LAKUKAN tetapi TIDAK MEREKA SEDARI atau BUAT-BUAT PEKAK DAN BANGANG!!!!
Penulis: Cucu Tok Wan

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 11:44 AM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III