Pakatan sulit DAP dan PKR tanpa PAS?

Kerjasama PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) dilihat semakin jitu dan kukuh. Menjadi satu perkara biasa jika musuh politiknya, BN berusaha untuk merungkai balik persefahaman PR itu dengan memainkan pelbagai provokasi jahat.

Tak peliklah sebab itu adalah kerja lumrah BN untuk melemahkan PR. Jadi, bila Zulkifli Noordin cuba mencucuk jarum permusuhan antara komponen PR, sudah pasti ianya adalah permainan BN dan konco-konconya.


Bukan mustahil jika apa yang dilakukan Zul Noordin itu merupakan satu kolaborasi Zul-Umno untuk merosakkan hubungan dalam PR lebih-lebih lagi untuk meleraikan hubungan PAS dan DAP yang dilihat memberi kesan buruk kepada kuasa Umno-BN.

PAS semakin mendapat tempat di hati bukan Islam dan perasaan cemburu dalam Umno menjadi-jadi sehingga mereka cuba menjauhkan PAS dan DAP.

Jadi sahlah, Zul Noordin adalah barua Umno untuk memecah-belahkan PAS dan Pakatan Rakyat. Beliau merasa gembira jika PAS bersendirian tanpa kehadiran rakan-rakan yang lain.

Media - MP Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN), Zulkifli Noordin, kelmarin mendakwa Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat perjanjian sulit di luar pengetahuan PAS untuk memberi kuasa kepada DAP memerintah di tiga negeri sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

Namun, para pemimpin PKR dan DAP menafikan dengan keras dakwaan MP Kulim-Bandar Baharu itu bahawa mereka mengadakan pakatan tersebut dan mengetepikan PAS untuk menjamin dominasi kepimpinan Cina jika Pakatan Rakyat (PR) menguasai Putrajaya.

Sebaliknya, kepimpinan kedua-dua parti itu membidas Zul Noordin, yang keluar PKR awal tahun ini, sebagai pembohong yang memutarbelitkan cerita untuk 'berkhidmat' kepada pemimpin-pemimpin BN.

“Tiada pakatan atau perjanjian rahsia sama sekali. Ini cerita mengarut Zulkifli yang hanya berminat memecahbelahkan anggota Pakatan Rakyat.

“Dia ahli politik yang sudah bankrap, yang digunakan oleh BN untuk membangkitkan dakwaan-dakwaan seperti ini ke atas kami,” kata Naib Presiden PKR, Azmin Ali, kepada laman berita The Malaysian Insider semalam.

Media arus perdana semalam memetik Zulkifli sebagai berkata bahawa melalui perjanjian berkenaan, DAP akan memiliki kuasa autonomi terhadap Pulau Pinang sekiranya pakatan pembangkang itu berjaya mengambil alih kerajaan Persekutuan.

“Sebenarnya di antara kepimpinan DAP dan PKR, yang membuat mereka jadi rapat ialah adanya perjanjian sulit yang PAS sendiri tidak tahu.

“Jika pakatan pembangkang menang dan ambil alih kerajaan Persekutuan, DAP akan diberi kuasa autonomi di Pulau Pinang,” kata beliau ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat kelmarin.

Mengulas, Azmin, yang juga MP Gombak, berkata PR akan terus bersama rakan-rakannya dalam PR yang dibentuk dua tahun lalu.

“Kami bukan macam BN,” kata Encik Azmin sambil menyifatkan Zulkifli sebagai 'anjing yang menyalak'.

Menurutnya, serangan bertubi-tubi BN terhadap PR membuktikan bahawa perikatan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebaliknya terganggu dengan perpaduan kukuh di kalangan pemimpin DAP, PKR dan PAS.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 12:01 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III