Hindraf saman k'jaan atas tahanan tidak sah

manoharan and uthayakumar sue government 091210
Peguam dan pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf), P Uthayakumar and M Manoharan hari ini mengemukakan saman ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana tahanan yang tidak sah dan dikurung selama 514 hari mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 2007.

Uthayakumar yang juga adalah ketua Parti Hak Asasi Manusia dan Manoharan, yang merupakan ADUN Kota Alam Shah menuntut pampasan RM100 juta daripada enam defendan.


Mereka termasuk Perdana Menteri, Tun AbdullahBadawi, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan, komanden kem tahanan di Taiping, tempat mereka ditahan dan pihak kerajaan.

Kedua-dua peguam itu memfailkan saman berkenaan sempena Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa yang berlangsung esok.

Mereka ditahan pada 13 Disember 2007 selepas menganjurkan perhimpunan Hindraf di Kuala Lumpur bagi mengketengah masalah masyarkat India yang didakwa dipinggirkan oleh kerajaan

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 12:25 PM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III