PAS mohon Agong tangguh RUU pengangkutan jalan

NONEPAS hari ini menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, memohon baginda supaya menangguh kelulusan Rang Undang-undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang baru diluluskan di parlimen.

Naib presidennya Datuk Mahfuz Omar berkata pihaknya juga memohon agar Tuanku menitahkan supaya rang undang-undang tersebut dibahas semula di parlimen.


"Ia tidak dibahas dengan masak. Tempoh perbahasan dalam dua jam, ahli parlimen berbahas hanya lima minit," katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

"Akta ini menyentuh kepentingan rakyat, tetapi dibuat (secara) tergesa-gesa. Jadi kami fikir tidak wajar dan mohon kepada baginda menitah supaya dibawa balik ke parlimen (untuk dibahaskan kembali)."

Mahfuz yang juga pengerusi jawatankuasa anti saman ekor (KASE) mengetuai delegasi beberapa ahli parlimen PAS dan dua orang peguam ke istana negara pagi ini.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 3:20 PM Kategori:

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III