Kenapa Anwar Ramal Teori Domino Tunisia Sampai Ke Malaysia ?


Datuk Seri Anwar Ibrahim ramal Teori Domino Tunisia yang sekarang ini melanda Mesir juga akan melanda negara-negara Islam di Asia Tenggara termasuk Malaysia.
Manifesto PKR 2008 "A New Dawn For Malaysia" yang ditabur di seluruh Malaysia meskipun Anwar tidak bertanding ketika itu. Ada misteri di sebalik penyebaran poster ini...
Untuk membenarkan ramalannya itu, Anwar meminta kuasa besar dunia khususnya Amerika Syarikat tidak menyekat kemaraan Teori Domino itu sampai ke rantau Asia Tenggara.

“Pengajaran fundamental adalah jelas : Amerika Syarikat mesti berhenti menyokong pemerintahan kuku besi (tyrants) dan autokrat tidak kira di Timur Tengah, Pakistan mahupun Asia Tenggara. Biarlah ini menjadi sinar harapan baru (a new dawn for democracy) buat demokrasi di negara Arab dan dunia Islam”, kata Anwar dalam tulisannya di The Wall Street Journal, 26 Januari lalu. Klik di sini dan di sini
Dua persoalan yang menarik daripada rumusan kata-kata Anwar ini :
Pertama : Kenapa Anwar menghantar artikelnya ke The Wall Street Journal dan kenapa pula media itu menyiarkan tulisan Anwar ?
Menurut wikipedia The Wall Street Journaladalah media Amerika Syarikat yang dimiliki News Corporation (News Corp.), kepunyaan juwatan media Yahudi, Rupert Murdoch. Klik di sini dan di sini
Pada awal tahun lepas, AIDCNews menyiarkan berita yang mengejutkan apabila Rupert Murdoch mengumumkan syarikat medianya News Corp telah membeli saham 9 peratus daripada syarikat media Rotana Group milik Putera Al Waleed Talal, seorang putera Arab Saudi yang menjadi bilionair sejak usia muda.
Dengan pembelian saham Rotana Group itu membolehkan program-program hiburan keluaran syarikat Rupert Murdoch disiarkan di Asia Barat.
Dalam masa sama, Putera Al Waleed Talal menerusi syarikatnya Kingdom Holding Company turut membeli saham 7 peratus daripada syarikat News Corp yang menjadikan syarikat putera Saudi itu menjadi pemegang saham kedua terbesar dalam syarikat milik Rupert Murdoch.
Sesuatu yang ganjil. Seorang yang kononnya anti-Israel, Putera Al Waled, bergabung dengan Rupert Murdock, seorang Yahudi pro Israel
Pembelian saham di News Corp, membolehkan Putera Al Waleed Talal berjaya akses ke semua media milik Murdoch, termasuk The Wall Street Journal, Far Eastern Economic Review, Financial News, The Sun dan lain-lain.
Bagi akhbar Kosmo penggabungan dua jutawan media, Putera Al Waleed-Murdoch sebagai sesuatu yang amat ganjil [klik di sini], tetapi kepada kami di AIDC, perkara ini bukan ganjil, malah seumpama putera Saudi itu keluar dari persembunyian setelah sekian lama bermain di belakang tabir. Klik di sini
Apakah semua ini turut berkait dengan Anwar ? Jawabnya, Ya.
Anwar dinaungi oleh syarikat Putera Al Waleed Talal. Sejak keluar dari penjara dan merawat di Munich, Anwar mewar-warkan kepada umum bahawa putera Arab Saudi menghantar jet peribadi kepadanya untuk membawa keluarga Anwar ke Jeddah. Putera Arab Saudi mana pemilik jet peribadi itu ?
Pemain-pemain utama di belakang CMCU : Barisan hadapan dari kiri, John Esposito (Pengarah CMCU), John J. DeGioia (Presiden Universiti Georgetown), Putera Alwaleed Talal, Muna Abu Sulaiman (Setiausaha Umum & Pengarah Eksekutif Alwaleed Talal Foundation) dan Alexa Poletto (Georgetown).
Pemain di sebalik tabir Talal Foundation & CMCU : Dr Jamal Barzinji (Pengasas IIIT/duduk paling kiri), Muna Abu Sulaiman (anak Dr Abu Hamid Sulaiman/duduk tengah), Dr. Anas al-Shaikh-Ali (IIIT United Kingdom/berdiri no 3 dari kanan), Omer Totonji (anak Dr Ahmad Totonji pengasas IIIT/berdiri no 5 dari kanan). Di universiti Georgetown, Prince Alwaleed Talal Foundation menubuhkan CMCU (Center for Christian and Muslim Understanding). Wakil CMCU adalah John Esposito (duduk no 2 dari kanan), John Voll (berdiri no 3 dari kiri)
Selepas Anwar berhijrah ke Amerika Syarikat, beliau mengajar di Center for Muslim and Christian UnderStanding (CMCU), Universiti Georgetown di bawah seliaan John Esposito.
Siapa penaja CMCU itu yang kemudiannya ditukar nama kepada Prince Alwaleed Bin Talal Center for Muslim-Christian Understanding ?
Tiga pengasas IIIT : Dari kiri Jamal Barzinji, Anwar Ibrahim dan Dr Abu Hamid Abu Sulaiman
Jawabnya Putera Al Waleed. Melalui syarikatnyaKingdom Holding Company yang berpengkalan di United Kingdom, salah satu anak syarikatnya, iaitu Prince Alwaleed Bin Talal Foundation berjaya mendapat nama di CMCU apabila Talal Foundation menderma menderma $20 million kepada Georgetown University pada tahun 2005.
Siapa di belakang Prince Alwaleed Bin Talal Foundation ? Mereka adalah Dr Jamal Barzinji (Pengasas IIIT), Dr. Anas al-Shaikh-Ali (IIIT United Kingdom), Muna Abu Sulaiman (anak Abu Hamid Sulaiman, pengasas IIIT) dan Omer Totonji (anak Dr Ahmad Totonji juga pengasas IIIT). Klikdi sinidi sini di sini dan di sini
Persoalan kedua : Kenapa Anwar menyeru Amerika Syarikat khususnya di bawah pemerintahan Presiden Obama tidak menyekat gelombang Teori Domino Tunisia sampai ke Malaysia ?
Adakah dalam bahasa tersirat, Anwar mengesahkan teori domino yang melanda Tunisia dan sekarang Mesir itu adalah ciptaan Amerika Syarikat khususnya melalui CIA dan NED ?
Lebih menarik lagi dalam rencananya di The Wall Street Journal itu, Anwar turut mendakwa apa yang berlaku di dunia Islam hari ini selaras dengan apa yang diucapkan di Doha, Qatar pada tahun 2005.
“Ketika berucap di Forum AS Dunia Islam (the U.S.- Islamic World Forum) di Doha pada tahun 2005, saya menghujahkan bahawa pendemokrasian pasti datang ke Timur Tengah lebih cepat daripada jangkaan dan saya mengkritik apa yang saya gelarkan polisi terpilih ‘ambivalen’ Amerika.
“Walaupun pentadbiran Bush menyanjung kehebatan kebebasan (freedom) dalam perangnya terhadap keganasan, Amerika sendiri tetap mengekalkan hubungan rapat dengan pelbagai negara yang jelas menggunakan polisi penindasan untuk menyekat masyarakat awam, seterusnya menghancurkan demokrasi”, kata Anwar.
Bagi mereka yang tidak memahami sejarah perjuangan Anwar pasca pembebasan dari penjara Sungai Buloh pasti akan menelan bulat-bulat kata-kata Anwar ini.
Tetapi bagi yang mengikuti rapat jejak Anwar ketika itu, pasti akan bertanya beberapa soalan : Apa itu Forum AS Dunia Islam, siapa di belakangnya ? Kenapa Anwar terpilih menjadi penceramah di forum itu, sedangkan statusnya ketika itu adalah bekas banduan ? Benarkah Anwar mengkritik Presiden Bush, sedangkan beliau sendiri menjadi tali barut Presiden Bush di dunia Islam, ketika menetap di Amerika Syarikat pada tahun 2005-2007 ?
Untuk menjawab persoalan-persoalan ini, mari kita teliti apa sebenarnya yang diucapkan Anwar di Forum AS Dunia Islam di Doha pada tahun 2005. Rujuk video di bawah :
Untuk memahami situasi ucapan Anwar itu, ketika itu (2005), dunia Islam dilanda gelombang ketidakpuasan hati terhadap Amerika Syarikat ekoran serangannya ke atas Iraq khususnya yang diarkitek oleh Paul Wolfowitz, mentor Yahudi Anwar Ibrahim.
Dan untuk meredakan kemaraan dunia Islam, Presiden Bush telah melaksanakan program Forum AS Dunia Islam berpusat di Doha, Qatar dan Anwar Ibrahim yang selalu disebut-sebut sebagai ‘budak Paul Wolfowitz’ merupakan salah seorang penceramahnya.
Hubungan Anwar Ibrahim dan Paul Wolfowitz telah diulas dalam banyak artikel sebelum ini. Klik di sini,sini,sinisini sini sini, dan sini
Dalam ucapan Anwar di Doha, 2005, Ketua Umum PKR itu mempertahankan serangan Presiden Bush yang diarkitek oleh Paul Wolfowitz ke atas Iraq.
Kata Anwar :
“Perang Iraq, walaupun masih dicemari dengan kontroversi, telah menghasilkan pilihan raya demokratik pertama untuk negara tersebut.
“Dalam hal ini, saya perlu katakan bahawa, walaupun saya masih menentang perang secara prinsipnya,tetapi saya mesti mengalah bahawa suara kebebasan (freedom) di Iraq tidak dapat dibendung selepas penindasan dan paksaan untuk berdiam diri selama berdekad-dekad.
“Saya berani katakan sekiranya diberikan separuh peluang, masyarakat Muslim, bukan sahaja di Iraq, tetapi di seluruh dunia, akan merampas peluang tersebut untuk menikmati demokrasi”.
Anwar memarahi dasar terpilih Amerika ‘ambivalen’ ketika itu kerana polisi Amerika Syarikat berbaik-baik dengan musuh kumpulan Liberal. Sepatutnya kata Anwar polisi Amerika Syarikat memerangi semua kumpulan fundamentalis dan menjadikan kumpulan liberal sepertinya sebagai rakan sekutu.
Kata Anwar :
“Bolehkah secara jujur menafikan bahawa rejim Muslim, sebenarnya, secara terang-terangan merupakan di antara pencabul hak asasi manusia dan bahawa pemimpin mereka mempunyai keunggulan dalam menjadi paling korup dan mempunyai cengkaman yang kuat terhadap kuasa.
“Dan apabila berhadapan dengan isu-isu ini, pemimpin sama yang melantik diri sendiri ini tidak menentang dengan memetik bab dan ayat daripada Quran untuk menjustifikasikan kenapa perubahan hanya dibuat secara berperingkat; yang masyarakat Muslim boleh mengambil demokrasi dalam dos yang kecil, dan kebebasan hanya akan membawa keadaan yang huru-hara.
“Dan dengan Perang Terhadap Keganasan, ianya sudah tentu ironik dan tragik yang rejim-rejim ini dibenarkan untuk wujud di dalam jalan mereka yang menyeleweng dengan bebas daripada sebarang hukuman.
“Saya tidak akan leka dengan perdebatan mengenai liberal dan neocon. Dan saya fikir selain daripada penglibatan di antara Muslim dan A.S. , perlu ada cadangan di mana kita menganjurkan satu persidangan di Washington tentang penglibatan di antara neocon dan liberal”. Klik di sini
Dengan polisi itu, Anwar sendiri mengakui beliau juga turut terlibat menjadi mata rantai Presiden Bush. Anwar bekerja bagi pihak Liberal Muslim untuk meliberalkan negara-negara Islam, tetapi Presiden Bush masih mengekalkan hubungan dengan kumpulan-kumpulan bukan Liberal di dunia Islam.
Menurut Anwar, inilah polisi Presiden Bush (dasar terpilih) yang tidak menyeronokannya, sebagai salah seorang pelaksana di dunia Islam.
“Pada fikiran saya, ini adalah satu kes bekerja dari belakang secara bersyarat. Ia adalah kes di mana membenarkan rejim yang menindas untuk bersikap acuh tak acuh kepada hak kekuasaan kerana mereka menegakkan bayang-bayang keganasan yang menakutkan”, kata Anwar.
Anwar Ibrahim dalam program US-Muslim Word Forum 2010 di Doha, Qatar bersama dengan penganjur program itu seorang Yahudi, bernama Martin Indyk, Naib Pengerusi Foreign Policy, Brookings Institution. Martin Indyk merupakan bekas duta Amerika ke Israel dan seorang aktivis AIPAC (American Israel Public Affairs Committee), sebuah badan lobi Israel yang amat berpengaruh di Amerika Syarikat
Anwar salah seorang tali barut Presiden Bush : NED Board dari kiri Anwar Ibrahim (Panelis), Tom Donahue (Naib Pengerusi NED), Judy Shelton (Ahli lembaga Pengarah NED) , Senator US, Bill Brock (bekas Pengerusi NED ), Lorne Craner (Presiden IRI /Yahudi), Zainab Bangura, (Panelis) , Robert Miller (Bendahari NED), Jean Bethke Elshtain (Setiausaha NED /Yahudi),Ellie Larson (Pengarah Eksekutif Solidarity Center) , John Earl Haynes (Perpustakaan Kongres Amerika, Bahagian Manuskrip), Carl Gershman (Presiden NED/Yahudi) , Howard Wolpe (ahli lembaga Pengarah NED / Yahudi) ,Tom Daschle Ahli Lembaga Pengarah NDI/Yahudi) , Gregory Meeks (ahli Lembaga Pengarah NED) , Ken Wollack (Presiden NDI/Yahudi) , John Sullivan (Pengarah Eksekutif CIPE) dan Donald Payne (bekas Ahli Lembaga Pengarah NED)
Bukankah penerimaan Anwar sebagai penceramah di Forum AS-Dunia Islam, Doha dan dilantik sebagai penasihat Institut Brookings, salah satu badan pemikir polisi luar Amerika Syarikat, bukti jelas Anwar adalah tali barut Presiden Bush ? Klik di sinidi sinidi sini di sini dan di sini
Setelah membaca tulisan Anwar di The Wall Street Journal, maka fahamlah kita kenapa ketika awal-awal kenaikan Presiden Obama, beliau salah seorang yang memohon dana kepada Presiden Amerika Syarikat itu, kononnya untuk demokrasi ke Timur Tengah, kerana Anwar pernah melakukan perkara yang sama semasa Presiden Bush iaitu menjadi tali barut dalam Foundation For The Future. Klik di sini sini, sinisini,sini sini dan di sini
Apakah misi Anwar dengan bantuan PAS berjaya di Malaysia ?

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 10:42 AM Kategori:

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III