Siapa Putera Saudi Berskandal Dengan Pelacur Blond ?


John Perkins penulis popular dalam bukunya “Confessions of an Economic Hit Man”mendedahkan seorang putera Arab Saudi yang berpengaruh yang digelar ‘Putera W’ atau“Prince W”mempunyai skandal dengan seorang pelacur kelas atasan yang dinamakan “Sally’, wanita cantik berkulit halus, berambut perang dan mata biru.

Penulis yang membongkar skandal itu ketika beliau menjadi ketua ekonomi dan konsultan kepada Chas. T. Main (MAIN), sebuah syarikat perunding yang berpusat di Boston, Amerika Syarikat.Klik di sini

“Pada tahun 1975, saya ditugaskan menemui seorang pemain utama kerajaan Arab Saudi. Beliau adalah Prince W. Tugas saya adalah menyakinkannya bahawa Sindiket Wang Haram Arab Saudi – Amerika Syarikat bukan sahaja menguntungnya negaranya, malah turut memberi kekayaan kepada dirinya”, kata penulis.
Menurut penulis, apabila ‘Putera W’ berjaya diyakinkan maka projek usahasama di antara syarikatnya MAIN dengan kerajaan Arab Saudi akan berjaya dilaksanakan.
Katanya lagi usaha menyakinkan ‘Putera W’ amat sukar pada peringkat permulaannya kerana ‘Putera W’ adalah seorang pengamal Wahabi yang baik. Namun, setelah berkenalan, penulis berjaya mengesan kelemahan ‘Putera W’ iaitu sukakan wanita cantik, berambut perang dan mata biru – blonds.
“Putera W punya satu kelemahan – wanita blonds. Nampak seperti lucu untuk disebut..dan saya harus menyebutkan bahawa ‘Putera W’ adalah satu-satunya tokoh di antara orang Saudi yang ramai saya kenali mempunyai kecenderungan ini”, katanya.

Di bawah tajuk ” Pengatur Pelacur dan Pembiaya Kewangan Osama Bin Laden”, penulis menceritakan ketika ‘Putera W’ mahu melawatnya di Boston, putera itu mahu ditemani oleh wanita yang diimpikan tetapi putera itu memberi syarat servis wanita itu lebih baik daripada mana-mana wanita ‘escort’ (wanita yang boleh disewa untuk menemani lelaki/pelacur) yang biasa.
Syarat kedua, mestilah wanita itu bukanlah wanita pelacur yang boleh dilanggan oleh orang ramai, seseorang yang beliau atau ahli keluarganya bakal temui di jalanan atau mana-mana majlis parti cocktail.
Penulis bersetuju dengan syarat itu dan mengadakan meeting di tempat tertutup untuk memudahkannya memenuhi permintaan putera Saudi itu.

Menurut penulis beliau telah mencari wanita yang diimpikan putera itu, seorang wanita cantik berambut perang, bermata biru di Boston bernama “Sally”.
“Sally adalah seorang wanita cantik berambut perang bermata biru yang tinggal di Boston. Suaminya, seorang pilot United Airlines yang melakukan perjalanan banyak baik di dalam dan di luar negara serta memudahkannya untuk menyembunyikan ketidaksetiaan kepada pasangan seksualnya.
“Sally bersikap tidak kisah tentang kegiatan suaminya. Dia menghargai gajinya, kondominium mewah di Boston, dan manfaat pasangan pilot yang dinikmatinya pada setiap hari.
“Sedekad dahulu, wanita itu telah menjadi ‘hippie’ yang telah menjadi kebiasaannya dengan seks bebas, dan dia seronok untuk mendapatkan sumber pendapatan yang menarik.
“Dia bersetuju untuk memberikan servis kepada Putera W. dengan satu syarat: dia mahu hubungan masa depan bergantung sepenuhnya kepada perilaku dan sikap putera itu kepadanya”, kata penulis.
Menurut penulis melayan skandal Putera W & Sally menimbulkan masalah kepadanya. Syarikatnya, MAIN melarang melakukan sesuatu  yang haram. Dari segi undang-undang, penulis telah melakukan aktiviti haram di Massachusetts iaitu sebagai seorang pembekal pelacur. Jadi bagaimanakah untuk dia membayar segala perkhidmatan Sally kepada Putera W itu.
Nasib baik jabatan perakuanan syarikat itu membebaskannya untuk menambah elaun perbelanjaannya. Penulis adalah seorang pemurah dalam memberi wang, dan berjaya memujuk pelayan-pelayan di restoran paling mewah di Boston untuk memberikannya resit-resit kosong yang ketika itu resit-resit hanya ditulis dengan tangan.
Jadi semua perbelanjaan untuk servis Sally kepada Putera W itu ditulis tangan dengan memasukkan item layanan tanpa merujuk kepada skandal seks menggunakan resit-resit kosong yang diperolehi itu.
Hubungan Putera W di luar daripada sempadan yang ditetapkan. Lebih berani lagi, Putera W memintanya membawa Sally ke Arab Saudi dan menetap di cottage peribadinya dan Sally mesti memberi servis kepadanya dalam jangka masa yang lama.
Menurut penulis, permintaan ini bukan keterlaluan kerana terdapat perniagaan membekalkan wanita muda di antara sesetengah negara-negara Eropah dan Timur Tengah.
Wanita-wanita itu diberi kontrak untuk satu jangka masa dan apabila kontrak itu tamat, mereka pulang semula ke rumah masing-masing dengan wang yang banyak dalam bank.
Ketika penulis diwawancara oleh AMY GOODMAN untuk Democracy Now! skandal Putera W turut ditanya. JOHN PERKINS konsisten dengan jawapannya.Klik di sini
“Setiap kali dia (Putera W) datang ke Boston atau saya melawatnya di New York atau Washington, dia berharap akan mendapat teman wanita cantik, berambut perang, bermata biru. Dia mengambarkan secara tepat wanita yang dikehendakinya. Dan jika saya tidak boleh membekalkan wanita seperti itu kepadanya, saya boleh melupakan mesyuarat dengannya.
“Dan saya bernasib baik saya menemui wanita yang telah berkahwin dengan pilot United Airlines yang wanita itu sudah biasa dengan seks bebas gaya hippie beberapa tahun sebelum itu. Wanita itu tidak gembira dengan tabiat suaminya yang mempunyai hubungan dengan ramai wanita lain. Kerana wanita itu mahukan duit tambahan, wanita itu berkata kepada saya, ‘Ya, saya akan bersama lelaki itu (Putera W), asalkan saya suka dia’. Nasib baik, wanita itu menyukai Putera W”, kata penulis.

Menyentuh mengenai permintaan Putera W yang mahu Sally dibawa menetap di cottage peribadinya di Arab Saudi, permintaan itu terpaksa diganti dengan wanita blond yang lain dari salah satu negara Scandinavian kerana Sally tidak dapat pergi ke Timur Tengah.
” Saya tahu Sally tidak mampu pergi ke Arab Saudi dan menetap selama tempoh tertentu untuk memberi servis kepada Putera W. Tetapi kami akhirnya berjaya menunaikan permintaan Putera W dengan membekalkannya, seorang lagi wanita cantik, berambut perang dan bermata biru dari salah satu negara Scandinavian.
“Pada masa itu, terdapat perdagangan besar dalam mengeksport wanita ke Timur Tengah, dan kami membekalkan wanita itu kepadanya. Putera W sangat gembira dan akhirnya dia bersetuju dengan rancangan perniagaan yang kita mahu. Putera W menyokongnya. Dan seterusnya diikuti dengan sokongan sepenuhnya dari kerajaan Saudi”, kata penulis lagi.
Buku “Confessions of an Economic Hit Man” di terbitkan pada tahun 2004 dan menjadi sebutan di kalangan pengamal media barat.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 10:57 AM Kategori:

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III