Simbol Hebrew Pada Microsoft Office

pwe
Dewasa ini semakin ramai yang berkemahiran menghubungkaitkan sesuatu simbol, objek, pernyataan dan tingkah laku dengan secret societies, Illuminati, Freemason, Kabbalah dan sebagainya.
Tidak kurang juga dengan Darren Garnick yang berjaya menimbulkan teori penting dalam membantu menambahkan maklumat-maklumat konspirasi. Garnick bukan seorang blogger conspiracy theorist dan blognya tidak mengkhusus hal-hal konspirasi walaupun dia agak terkenal dari sudut penerbitan media.

Pada 21 Februari 2010 lepas, Garnick berjaya menimbulkan keraguan pada simbol-simbol produk Microsoft Office versi Mac dalam artikelnya. Garnick menyatakan keraguannya mengenai simbol perisian MS Word, MS Excel dan MS Powerpoint (versi MAC) yang hampir 100% menyerupai simbol perkataan Hebrew.
hebrew-microsoft-icons-2
(Gambar) Icon MS Word, Excel dan Powerpoint yang dikatakan menyerupai huruf Hebrew.
Namun, Garnick tidak berlebihan dalam menyatakan keraguannya. Dia sendiri mengaku dia tidak dapat membuat hubungkait antara huruf Shin-Aleef-Koofyang terdapat pada perisian Microsoft Office itu.
Walaupun tidak menghabiskan teorinya, Garnick menamatkan artikelnya dengan nada sinis kepada  Microsoft;
The Israeli government should hire the Apple-Microsoft team to do a complete Hebrew alphabet redesign.
Yang lebih menghairankan, teori Garnick yang sangat ringkas itu mendapat perhatian akhbar utama Yahudi di Amerika iaitu The Forward.

ads

Ditulis Oleh : .:: AMIRUL AMIN ::. Hari: 7:57 AM Kategori:

0 comments:

Post a Comment

Blog Archive

 

Sponsorship I

Sponsorship II

Sponsorship III